Wednesday, November 7, 2012

6 CARA BAGAIMANA UNTUK SENTIASA BELAJAR DAN MEMPERBAIKI HIDUP

elajar adalah satu proses dalam hidup. Setiap hari kita akan mempelajari perkara-perkara baru dan akan ada antaranya akan memberi kita masalah dan beban - itu lumrah.
Meneliti dan Belajar | Gamber : sumber
Berikutan daripada masalah yang kita tempuh dalam kehidupan, ia mendewasakan pemikiran dan tindakan masing-masing. Bergantung bagaimana pula seseorang itu menilai dan mengambil pelajaran daripadanya. Masalah adalah guru terbaik untuk memperbaiki diri.

Cara yang kita guna sekarang untuk sesuatu objektif, mungkin tidak akan sesuai digunakan pada masa depan. Tidak dinafikan, memang ada orang yang gagal sekarang mampu berjaya kemudian hari dan juga sebaliknya.

Masih saya ingat seorang panel perserta dialog yang bersama saya dalam satu sesi dialog bersama pelajar tingkatan 5 di bekas sekolah saya dahulu. Beliau hanya punya pendidikan vokasional(mekanikal) tahap sijil. Namun, beliau adalah seorang usahawan yang sangat berjaya. Keyakinan beliau dalam menjawab persoalan-persoalan murid-murid tersebut dengan pengalaman kerjanya yang agak perit, membuatkan mereka termotivasi - juga saya. 

Cuba amati disekeliling kita - keluarga, kenalan, rakan, jiran atau sesiapa pun yang berjaya merubah kehidupan mereka. Dari seorang cikgu kepada seorang jutawan, dari seorang pendiam kepada pensyarah, dari seorang kerani kepada ketua sebuah organisasi dan banyak lagi rakan-rakan sekolah dahulu yang saya anggap sudah berubah dan memperbaiki kehidupan mereka. 

Bagaimana untuk sentiasa belajar dan perbaiki hidup kita? Sini 5 cadangan cara yang boleh diambil dan dipraktikkan ;

1. Berguru - Bergurulah dengan orang yang sama dengan bidang kita minat dan ingin diceburi. Perniagaan, sukan, kerjaya dan banyak lagi. Sekeliling kita ramai orang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Dapatkan bimbingan daripada mereka yang sudah berjaya. Jika tidak boleh mengajar kita secara terus, jadikan mereka idola dan contoh. Perlakuan orang berjaya, akan juga menunjukkan jalan ke arah kejayaan.

2. Membaca - Saya suka kata rakan blogger etuza, membuka buku bagaikan membuka dunia. Benar, membaca jambatan ilmu. Ketinggian ilmu pengetahuan akan membimbing dan membawa sesorang ke tahap yang lebih baik dan tinggi. Sentiasalah belajar dengan membaca dan carikan masa untuknya. Semakin banyak kita membaca, semakin tajam pemikiran dan semakin kita mampu merubah hidup kepda yang lebih baik.

3. Mencuba - Untuk berjaya dan mencapai objektif hidup, haruslah didahului dengan langkah pertama. Biarpun sekecil anak-anak merangkak - Cuba! Ilmu itu satu teori, dan untuk mendapatkan hasilnya mestilah dilakukan. Jika hanya tahu akan cara untuk berjaya tanpa mengambil sebarang inisiatif atau tindakan, ia cuma satu perbuatan sia-sia. Adakah kita akan ketahui air didalam gelas itu sejuk atau panas sehingga kita letakkan jari kita didalamnya bukan. 

4. Belajar dari pengalaman - Mencuba dan melaksanakan sesuatu hanya akan memberi kita 2 jawapan. -Berjaya atau Gagal. Kedua sama penting. Tapi, apa yang lebih penting adalah pengalaman. Pengalaman ini kelak akan mengajar kita pelbagai pelajaran baru. Kadang-kadang, ada rahsia sebuah realiti kehidupan hanya kita akan perolehi daripada sebuah pengalaman. Pelajarilah pengalaman dan ia sangat membantu dalam kita memperbaiki hidup.

Contohi pengalaman orang yang berjaya boleh juga menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam kita belajar dan memperbaiki kehidupan. Pelajari selok belok cerita kesusahan pengalaman hidup, kerja dan bagaimana mereka mengatasinya. Ia juga berguna dalam kita mencari contoh tauladan yang berguna.

5. Wujudkan rasa ingin tahu - Hukum tarikan graviti bumi masih belum diketahui sehingga Isaac Newton berasa ingin tahu kenapa buah epal masak akan jatuh - tidak terapung atau naik ke atas. Kerana ingin tahu akan kesan hukum graviti terhadap bulan, kemudian beliau telah mencipta teleskop untuk mengkajinya. Dapat anda lihat sekarang, kerana perasaan ingin tahu akan kejadian alam membuatkan Isaac Newton sentiasa belajar dan akhirnya beliau mempelajari banyak perkara baru. 

Anda punya impian (contoh motosikal besar, rumah besar, punyai perniagaan) dan masih belum mencapainya? Cuba bertanya kepada diri dan jawab soalan ini dengan iklas ;

a. Kenapa masih belum tercapai impian?
b. Bagaimana boleh saya mencapainya?
c. Siapa yang dapat membantu?
d. Dimana bolah saya dapatkan sumber rujukan?

Jika anda punya kekuatan dan iklas untuk menjawab pertanyaan diatas, saya percaya jawapan sebenar akan muncul. Dengan tindakan kita mengatasi jawapan atau masalah yang sudah diketahui dengan soalan tadi, sebenarnya ia membimbing dan membawa kita ke arah impian kita sendiri. 

6.Carilah berkat - Kata orang setinggi mana pun langit kita junjung, bumi tempat berpijak jangan kita sesekali lupakan. Hargailah orang-orang yang ada disekeliling kita. Carilah berkat daripada sesiapa dan apa pun perbuatan.

Memperbaiki kehidupan bukan hanya untuk memenuhi rasa dan hasrat sendiri. Adalah lebih baik ia dikongsi bersama kerana mereka sekeliling akan berasa senang hati dan sedia untuk membantu kelak. Carilah berkat terutamanya ibu bapa dan dari perbuatan kita, kerana berkat akan sentiasa membantu dalam proses kita memperbaiki hidup.

Selain perkara bersosial dan berkerja, belajar juga adalah salah satu proses dalam kita memperbaiki kehidupan sebagai seorang manusia. Belajar dan memperbaiki hidup punyai hubungkait antara satu sama lain. Sentiasalah belajar untuk kita tempuhi masa datang yang tidak mungkin kita akan dapat duga. Belajarlah sentiasa juga untuk terus memperbaiki diri. 

"Soalan : Bagaimana Langkah Lain Pada Fikiran Anda Penting Untuk Terus Belajar dan Memperbaiki Hidup?Tinggalkan Cadangan Anda Dalam Ruangan Komen Di Bawah"

9 comments:

  1. masih lagi dalam process memperbaiki diri ni yang masih banyak lagi kekurangannya, walaupun umur hampir mencecah separuh abad :P

    ReplyDelete
  2. salam bro. nice, banyak info bro entri ni. aku paling tertarik cara ke 5. rasa ingin tahu. this feel ley buat kita ingin mahu teroka pelbagai bidang. since ilmu itu luas. btw thanks singgah blog aku. entri baru: pesan abang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ingin tahu akan mendorong kita menjadi lebih baik dari hari ke hari. Perasaan ingin tahu akan memberi semangat baru dalam diri. :)

      Delete
  3. kalau aku tulis entry ni dengan gaya aku ko marah tak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurangnya dah bagi Idea dengan Tukang Karut :)

      Delete
  4. hmmm.... kena sentiasa berfikiran positif dan suka mencuba.... kalau betul2 nak memperbaiki diri dari sehari ke sehari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mia. Kena sentiasa berfikiran positif

      Delete
  5. belajar dari pengalaman, sy suka bab tu. berjaya atau gagal tetap memberi makna kpd hidup.. sekali gus menjadikan hidup kita lebih bermakna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul. Pengalaman adalah guru terbaik.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.