Monday, November 5, 2012

BAGAIMANA UNTUK FOKUS KETIKA MENULIS ENTRI BLOG

adang-kadang atau mungkin selalu kita terjumpa, terlihat, terbaca mahupun terdengar rungutan blogger yang mengatakan tidak punya idea untuk menulis entri baru atau update blog.
Fokus Dalam Menulis | Gambar : sumber
Ia normal dan ia satu cabaran untuk seorang blogger. Ada yang terlintas difikiran namun tidak mampu untuk disampaikan. Namun, saya juga pasti ada yang berhenti menulis walaupun sudah sekerat jalan. Satu kemungkinan kerana hilang idea dan kedua hilangnya fokus ketika sedang menulis entri blog. 

Hilang fokus dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan boleh menghalang kita dalam mencapai sesuatu objektif. Begitu juga ketika menulis. Mungkin ada sahaja halangan yang boleh menyumbang kepada hilangnya tumpuan.


Dalam pengalaman saya sendiri ketika menulis, ia berlaku. Pada sesuatu masa, idea bagaikan mencurah-curah dengan perasaan semangat tinggi untuk menuliskan perkara yang berlegar di kepala. Tapi, bila tidak fokus seperti melakukan perkara lain diantaranya, secara spontan idea berkurang dan terus hilang - terasa ruginya. Apatah lagi dalam keadaan idea yang surut, fokus terus ke laut.

Jadi, fokus ketika menulis entri blog penting untuk kita supaya tulisan tersebut sampai kepada tujuan atau objektif yang kita ingin sampaikan. Tapi bagaimana untuk fokus ketika menulis? 

Justeru, saya cadangkan disini beberapa langkah atau cara untuk fokus untuk atau ketika menulis entri blog ;

1. Persediaan Awal - Buka internet dan terus menulis apa yang difikirkan mungkin cara orang yang sudah mahir atau mereka memang dikurniakan dengan bakat. Bagaimana pula kita yang tidak berbakat ini? Buatlah persediaan awal. Idea datang, pergi dan ia berubah-ubah. Tuliskan tajuk dan rangka entri yang ingin anda bahaskan. Simpankan di dalam draft atau evernote atau apa-apa aplikasi yang anda suka.

Cara saya, saya akan tulis dan simpankan idea untuk entri blog baru dalam evernote dan mengunakan kaedah SCORRE untuk membuat rangka dengan alasan atau rational ke atas tajuk yang telah dipilih. 

Kesannya - ketika menulis tidak lagi saya tercari-cari bahan untuk entri tersebut. Minda hanya fokus kepada penulisan dan pengolahan ayat.

2. Tutup Aplikasi Lain - Facebook, Twitter, Google+, Chating dan banyak lagi aplikasi di screen anda, tutup untuk seketika supaya lebih fokus kepada menulis. Terlalu banyak membuka aplikasi lain sebenarnya menganggu tumpuan kita untuk menulis. Untuk seorang manusia, untuk menjadi produktif ia perlu punya fokus tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. "Multi-tasking" adalah mitos. 

Jadi, berikan tumpuan. Satu perkara dalam satu masa untuk lebih fokus dan produktif. 

3. Tentukan Masa dan Disiplin Diri - Setiap orang punya kesesuaian yang berbeza. Begitu juga kesesuaian seseorang terhadap masa. Ada yang akan berasa lebih selesa untuk menulis awal pagi, mungkin tengah hari, mungkin malam dan mungkin ketika orang lain sedang tidur - terpulang. Tapi, pilihlah masa yang kita rasakan  masa tersebut minda dan tenaga kita berada pada keadaan terbaik untuk memberi sumbangan kepada entri blog. 

Jika sudah mengetahuinya, disiplinkan diri dengan menulis ketika dan waktu tersebut. Jadikan ia satu disiplin dan seterusnya menjadi tabiat. Minda kita akan secara automatik memberi sokongan kepada menyumbang idea-idea. Memilih keadaan yang sesuai untuk diri sendiri membuatkan kita akan beroperasi atau bertindak dalam zon terkuat diri yang memberikan banyak kebaikkan.

4. Sediakan lebih entri - Fokus dalam menulis entri blog perlukan masa. Jika dengan keadaan terkejar-kejarkan masa, sebenarnya membuatkan pemikiran runsing. Ia mampu memberi kesan kepada penulisan kita kelak. Jadi, untuk menghindarkan kerunsingan, sediakan satu atau lebih entri blog lebih awal. Blogger ada satu fungsi yang membantu dalam menentukan masa dan tarikh untuk menyiarkan entri.

Dengan keadaan yang tenang dan tidak terkejar-kejar, ia memberikan peluang untuk kita berfikir dan mengulas lebih jauh. Tambahan, ia akan membuatkan fokus terhadap menulis akan menjadi lebih baik.

5. Dengar lagu - Ia cara terakhir yang mungkin ada sesetengah blogger gunakan. Sambil menulis dengan mendengar lagu kesukaan yang mendorong kepada semangat positif dan membantu pemikiran kita. Mendengar lagu kesukaan memberikan ketenangan kepada minda sekaligus membantu fokus. 

Pada saya, saya akan mendengar beberapa lagu ketika sedang menulis. Nampak seperti ia memberikan "mood" baik dalam diri dan membantu dalam penulisan. Bagaimana anda? mungkin anda juga sama. 

Semakin tinggi fokus kita dalam menulis entri blog sebenarnya memberikan banyak kebaikkan seperti menjimatkan masa dan tenaga. Juga pemikiran dan penilaian terhadap sesuatu perkara semakin baik. Semakin baik penulisan blog pula menyumbang motivasi diri dan juga kepada survival blog kita.

Soalan : Bagaimana Cara Anda Untuk Fokus Dalam Menulis Entri Blog? Kongsikan Di Ruangan Komen Dibawah

17 comments:

  1. betul tu..time nal tulis pun kena fokus jgk..macam nak amik exam je.hehe. time tu la idea dtg

    ReplyDelete
  2. selalu sgt hilang fokus masa menaip entri. sbb tu byk entri x siap dlm draft. ataupun entri part 1 yg dah xde part2 lain lps tu.. :p

    ReplyDelete
  3. aku baru menulis tanpa fokus... so hasilnya... ermmm...

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.

    Macamana? hahaha, ini satu2 nya soalan yg sy tak leh jawab.

    Sebab, smpai skrg saya gagal fokus n beri tumpuan nak menulis. Walaupun abgtaliff sebut ttg tutup aplikasi lain, ia sukar nak menjadi - kurg disiplin, ya saya tau (-_-)

    Buat masa ni, cara lain yg boleh bantu saya kawal ketidakfokusan ni,wowww, ayat baru,hik3. urmm, sya tulis entry kat buku nota. Kumpul dalma 4,5 entry, baru taip.

    Setakat ni, itu yg paling berjaya..heh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu juga dinamakan persediaan. Tapi, kalau hendak menulis lebih dari 500-600 patah perkataan, persediaan dan fokus penting.

      Namun, jika sudah punyai disiplin - insyaallah boleh.

      Delete
  5. selain fokus , kita kene ada bahan yang hendak di tulis atau di sampaikan , baru ia nya akan menjadi.

    apa pun pastikan tak hilang mood !hahaha

    ReplyDelete
  6. sy slalu save kt notepad dulu.. edit sampai puas hati bru publish.. kelebihan cara ni utk elak ayat kita berulang2 byk kali & bg org mudah faham entry yg kita publish tu ^^

    ReplyDelete
  7. PPP jarang dapat focus pada penulisan entri, but one thing apa yg ada dalam kepala masa menaip tu... itulah yang akan tertulis kat dalam blog, and akan di baiki typo sana sini :) menulis mengikut naluri... tapi kadang2 bahaya juga, especially kalau menulis semasa dalam keadaan emotional :P

    ReplyDelete
  8. pantang kalau org tegur mase tulis blog. haha . mmg ase nak bg makan kaki je lah kan . hilang berterbangan habis idea .

    ReplyDelete
  9. aku suka menulis sambil mendengar lagu bro. idea datang, tangkap,dan luah. terima kasih, tips yg baik. jemput singgah

    ReplyDelete
  10. kadang2 lain yg nk tls, lain yg terhasil...hihi...

    ReplyDelete
  11. sangat berminat dgn entry ni..it's really give me some sort of idea..thanks :)
    but regarding to the last point,listening to music,is it helps?haha.mmungkin lain org lain caranya. saya tak bole dengar music sambil menulis. kang tetibe entry yg saya type tu tertulis lirik lagu pula :P
    *sigh*

    ReplyDelete
  12. bagusnya tips taliff ni..... suka mia baca....

    ReplyDelete
  13. wah, mampir sob dan mau bilang kalau artikel ini bagus.. ihihihihihi

    *Salam Sehat Ya.

    ReplyDelete
  14. As-Salam. Memang fokus penting ...lebih-lebih lagi jika membuat entri yang sedikit perlukan fakta yang betul. Ada main tulis je, sbb nak dapatkan trafik cepat. Namun, ramai juga yang menulis dengan penuh teliti. Fokus perlu agar kita tahu apa yang kita ceritakan. Fokus penting supaya penyusunan ayat dan kata lancar dalam menyampaikan entri.

    Terima kasih atas saranan dan tips tuan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.