Friday, November 23, 2012

BERAPAKAH HARGA SEBUAH KESIHATAN?

alam cuti ma'al hijrah, saya dan isteri berkesempatan untuk meluangkan masa balik kampung dan bercuti bersama keluarga. Kesibukkan memang sering memakan masa kita. Berkerja, melakukan aktiviti dan semuanya memakan kos - masa.
Amalkan Gaya Hidup Sihat | Gambar : sumber
Seperti terasa semasa suasana balik kampung. Gembira.

Namun, ketika berada di kampung saya mendapat satu pengajaran baik daripada ayahanda. Bagaimana jawapan beliau membuatkan saya cuba mengira berapakah nilai sebuah kesihatan.


Dari kejauhan sedang saya berjalan untuk menuju ke dapur, terlihat ayanda sedang membancuh air minumannya. Kerana ibunda sedang sibuk melayan kerenah cucu-cucunya yang agak nakal. Beliau membuatnya sendiri.

Mungkin kerana ingin tahu, saya melontarkan pertanyaan ringkas kepadanya. Minuman apakah yang sedang beliau bancuh.

Sebuah minuman kesihatan yang dipanggil misai kucing. Sekotak punyai 30 paket dan mesti punya disiplin untuk meminumnya 1 paket setiap hari. Jawap ayahanda sambil membancuh air yang masih panas mengeluarkan wap itu.

Untuk apa? Tanya saya lagi kepadanya.

"Yalah, untuk kesihatan diri. Dengan minuman ini, bapa terasa lebih baik, lebih sihat dan segar. Lagipun, bapa rasa produk ini sesuai," jawapnya

Terdengarkan perkataan produk, fikiran mula berserabut liar terfikir pelbagai produk kesihatan yang ada dipasaran sambil meneguk air. Ada yang sanggup berbelanja besar hanya kerananya. Dan, ada juga yang ditipu kerananya. Selesai meneguk segelas air setelah fikiran liar tadi, terus saya lontarkan satu pertanyaan kepadanya yang kemudian dijawab dengan sebuah pertanyaan.

"Mesti mahalkan produk minuman tu,bapa", kata saya

"Berapa sahajalah harganya. Kalau kamu tahu, berapa harga kesihatan?" tanyanya semula.

Saya yang sedang berdiri terus terkaku dan tidak langsung mampu menjawab. Lidah memang tidak mampu mengeluarkan apa yang tengah dibahas oleh fikiran kerana tumbukan tepat soalan ayahanda - kelu.

Sehingga saya balik semula ke tempat tinggal sendiri, kata ayahanda sentiasa tersemat difikiran. Mencari harga sebenar sebuah kesihatan kepada seorang manusia.

Biarpun kita sesibuk mana untuk mencari kehidupan dan mengejar cita-cita. Kita sering terfikir kesibukan tersebut banyak menelan masa. Namun, pernahkah kita yang sihat (terutamanya yang muda) memikirkan   dalam kesibukkan kita juga perlu menjaga kesihatan supaya ia dapat terus digunakan dalam kita mencapai impian.

Peliharalah sebaik-baiknya sebelum datangnya sakit.

Berapakah harga sebuah kesihatan? Sebuah pertanyaan yang memberikan sebuah pengajaran besar.

Soalan : Jadi, berapakah harga sebuah kesihatan? Mampukah anda membantu dalam menjawab pertanyaan ayahanda saya.

16 comments:

  1. tidak ternilai harganya..... kita memang perlukan kesihatan dari kecil sehingga ke tua. kesihatan perlu dijaga sentiasa. kalau dah sakit, satu apa pun takleh nak buat huhuhuh....

    ReplyDelete
  2. tak ternilai... tapi... nak bersenam tu yang sangat manja sangat tu...

    ReplyDelete
  3. sesibuk mana pun, sentiasa curi masa untuk berjogging atau berfutsal sekurang kurangnya sehari seminggu

    ReplyDelete
  4. klau ada byk harta dunia tapi kita x sihat mmg sia2 semua tu kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Caliph. Tiada yang lebih berharga daripada kesihatan

      Delete
  5. setuju dgn kawan2 lain, melebihi segalanya, tak sihat akan tak sihatlah semua segi, tak dapat kerja, cari duit lagi susah, hati susah tak tenang kan. maka hargailah kesihatan, dalam sibuk tu..kita berriadah..makanan kena jaga. jangan asyik makan benda berminyak ja...Solat tupun latihan jasmai fizikal..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.

    Takpa.. :)

    Ok,jadi, berapa harga untuk sebuah kesihatan? Jawapannya tiada. Bukan tak berharga maksud saya. Kesihatan tiada harganya. Dan ia bukan tak ternilai. Ia memang tak boleh dinilai.

    Harga dan nilai melibatkan angka. Jadi, kalau dah melibatkan angka, boleh ke kita bayar RM XXXX supaya kita tak dijangkiti demam tahun ni? Dan bayar pula RM sekian2 utk tahun depan supaya kita tak terkena penyakit sekian2? Tak boleh kan?

    Kesihatan tu hanya ada, bila kita jaga. Dan juga, dengan izinNya. Dan bila sebut jaga, ia berkaitan usaha.

    Jadi, berusaha cara baik dan mengikut kemampuan untuk menjaga kesihatan diri.

    Menjawab tak? hehehe. Ini pandangan saya saja,hehehe >_<

    ReplyDelete
  7. klu kita tak sihat bukan saja mnyusahkan diri sndiri jer bahkan org2 sekeliling kita..so hargailah ksihatan..

    ReplyDelete
  8. kesihtan itu tak ternilai. sangat berharga tallif. bila dah tak terjaga sukar nak di rawat semula.

    ReplyDelete
  9. rm 1 untuk naik bas.....oh tidak!!! tirah rela jalan kaki pegi kelas demi rm1....jala kaki at least bleh exercise kan...xrugi...hihi

    ReplyDelete
  10. tiada nilainya bro... tu yg aku joging seminggu 2 3 kali

    ReplyDelete
  11. Kaya sekalipun kalau dah sakit langsung tiada ertinya!

    ReplyDelete
  12. kesihatan lebih bernialai dari wang betul erk, hihi

    ReplyDelete
  13. Priceless. With healthy health, wealth is achievable.

    ReplyDelete
  14. Tak ternilai harganya namun tak ramai yang menghargainya. Kebiasaannya, dah terhantuk baru nak tergadah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.