Friday, November 9, 2012

KATA-KATA MOTIVASI TENTANG KEPIMPINAN (MENDENGAR)

alam sesuatu kumpulan, organisasi perlukan pemimpin atau ketua. Fungsi untuk mengemudi kumpulan ke arah objektif (visi dan misi) yang telah ditetapkan. Kepimpinan adalah satu seni atau cara yang didekati untuk mempengaruhi orang lain melakukan kerja atau tugasan yang ditetapkan bagi mencapai satu-satu sasaran.

Oleh kerana memimpin adalah satu seni, maka untuk mempelajarinya seni tersebut adalah satu yang perlu. Setiap orang punya cara dan gaya mereka sendiri dalam menjadi pemimpin.

Mendengar juga adalah salah satu seni atau cara seorang pemimpin ketika menjadi seorang ketua kumpulan atau mengemudi organisasinya. Benar seorang pemimpin punya kuasa atau tanggungjawab untuk membuat keputusan. Namun, dengan mendengar dengan baik ia mampu untuk menyelamatkan seorang pemimpin daripada melakukan keputusan salah dan lebih dihormati oleh pengikutnya.

Justeru, sini saya senaraikan 10 kata-kata motivasi dan inspirasi untuk pemimpin menjadikan mendengar sebagai salah satu cara untuk memimpin  ;

"Cara Bertanya Yang Berkesan Membawa Kepada Wawasan, Ia Menghadirkan Perasaan Ingin Tahu, Dimana Ia Akan Menyemai Kebijaksaan"
-Chip Bell


"Berdiam Diri Adalah satu Sumber Kekuatan Yang Hebat"
- Lao Tzu

"Telinga Pemimpin Mesti Berdering dengan Suara Pengikutnya/Rakyatnya"
- Woodrow Wilson

"Ketidakupayaan Seseorang Manusia Untuk Berkomunikasi Dengan Baik Adalah Kerana Kegagalannya Untuk Mendengar Dengan Baik"
- Carl Rogers

"Bila Seorang Bodoh Menahan Lidahnya Daripada Bercakap, Dia Akan Lulus Menjadi Seorang Cendiakawan"
-Publilius Syrus

"Keperluan Asas Seorang Manusia Adalah Untuk Difahami dan Memahami. Cara Yang Terbaik Untuk Memahami Orang Adalah Dengan Mendengar Kepadanya"
-Ralph Nichols

"Seseorang Yang Punya Ego Yang Besar Hanya Mendengar Dengan Sedikit"
- Robert Schuller

"Cari Dulu Bagaimana Untuk Memahami, Kemudian Difahami"
- Stephen R. Covey

"Kita Bukan Hanya Berkembang dan Membesar Dengan Hanya Dengan Jawapan, Tapi Juga Dengan Dikelilingi Persoalan"
- Max De Pree

"Jika Bercakap Itu Adalah Perak, Maka Mendengar adalah Emas"
- Peribahasa Turki

Mendengar memberikan peluang untuk seorang pemimpin membuat keputusan yang lebih baik dan sempurna. Jadikan mendengar sebagai salah satu alatan untuk kepimpinan anda. Selamat berjaya.

9 comments:

  1. yeah. sokong entry ni..sbb kdg2 org hendak dia didengari rather than dinasihati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk menjadi pemimpin, apa yang disuarakan oleh orang yang dipimpin juga ada betulnya.

      Delete
  2. Mendengar hanya pada perkara2 yg penting saja kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada yang tidak penting juga boleh dijadikan satu panduan untuk membuat keputusan kelak.

      Delete
  3. "Jika Bercakap Itu Adalah Perak, Maka Mendengar adalah Emas"

    sokong 100%...hehehe...untuk menjadi pemimpin yang hebat ,kadang2 mereka perlu menjadi pendengar yang baik kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza2.. :)

    ReplyDelete
  4. salah dengar, dosa yg dapat . kikiki

    ReplyDelete
  5. kita wajib jadi pendengar yang baik.Orang yg bijak adalah orang yang cepat fahama apa mesej orang kepada kita..so betullah bahawa mendengar itu juga seni...apa lagi jika dia tu pemimpin.

    ReplyDelete
  6. wahhh banyaknya... teruja sekejap bila baca entri ni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.