Monday, November 26, 2012

KENAPA KITA PERLU BEKERJA

ibuk, penat, tertekanan,seronok dan pelbagai lagi perasaan kerana kerja. Namun, itulah lumrah kepada semua manusia. Demi mencari sumber untuk menampung keperluan hidupan, semua rintangan dengan mahu atau tidak harus ditempuhi.
Berkerja Satu Ibadat | Gambar : sumber
Melihat orang bangun seawal pagi dan balik lewat memberikan betapa pentingnya kerja kepada seseorang manusia. Tidak perlu untuk melihat jauh, cukup dengan memandang dan mengamati disekeliling kita. Pelbagai gaya dan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada setiap seorang.

Sehinggakan satu masa, sedang saya mengamati keadaan mundar mandir orang yang bersiap sedia untuk berkerja menimbulkan satu pertanyaan kepada diri sendiri.

Kenapa kita perlu bekerja?

Pendapat saya, satu jawapan yang paling tepat untuk soalan ini adalah - wang. Wang untuk membolehkan kita membeli keperluan diri dan keluarga. 

Namun jika difikirkan kemudian, adakah kita yang berpenat lelah untuk memperoleh segulung sijil, diploma, ijazah adalah semata-mata mendapatkan wang setelah tamatnya pengajian?

Justeru, ia adalah salah satu soalan yang saya rasakan ia amat mencabar untuk diulas.

Inilah yang pada pendapat saya kenapa kita perlu bekerja selain daripada mendapatkan wang.

1. Mengolah Sumber Kurniaan Allah SWT - Bekerja disarankan oleh Allah swt. Nabi Muhammad saw sebelum dan selepas kenabiaannya juga bekerja. Menjadi pengembala kambing, menjadi perkerja kepada Siti Khadijah sa, menjadi pemerintah dan banyak lagi. Sumber alam kurniaan Allah swt sudah tersedia di atas muka bumi, cuma tinggal kita sahaja sebagai khalifah berkeliaran atas muka bumi dan mengolahnya.

Sebab itu, dengan niat yang betul kerja dilebelkan sebagai satu perjuangan dan ibadat dalam Islam. 

Islam menyarankan kita untuk menggunakan masa dengan baik. Untuk memenuhi tuntutan agama dan tuntutan keperlua kita sebagai seorang manusia. Oleh itu, kita perlu bekerja. Bagi, memenuhi masa yang ada untuk mencari pahala dan beribadat melalui kerja yang dipertanggungjawabkan.

2. Mensejahterakan Manusia - Kurniaan (rezeki) daripada Allah swt kepada semua umat manusia sememangnya sangat banyak dan tidak akan habis. Contohnya, walaupun hanya bekerja dengan berniaga  kuih, ia cukup menampung kehidupan seseorang dan mensejahterakannya. Bukan hanya menampung keperluan penjualnya, peniaga kuih tadi juga memenuhi keperluan perut orang yang inginkan kuih tersebut. Daripada itu, tuntutan keinginan pembeli tertunai. 

Ia juga boleh dinamakan sebagai memenuhi keperluan fizikal dan psikologi manusia.

Cuma satu contoh kecil daripada seorang peniaga kuih dan pembelinya. Bagaimana pula dengan keperluan atau kemahuaan yang sangat besar di atas dunia ini? Bukan hanya atas tuntutan makanan sahaja, pelbagai macam dan perkara yang diinginkan. Sebab itulah kita diwajibkan bekerja atas muka bumi. Demi mencari kebesaran Allah swt dan rezekinya disamping mensejahterakan diri dan orang lain.

Kerja bukan hanya untuk menampung keperluan diri sendiri dan keluarga. Ia punya implikasi kepada masyarakat, negara dan dunia. Betapa besarnya pengorbanan kita sebagai seorang yang bekerja bukan?

Bayangkan jika sebuah negara rakyatnya tidak langsung bekerja. Dapat saya rasakan negera tersebut akan menjadi tidak produktif dan mengalami pelbagai kemunduran. Kerana sumber rezeki kurniaan Allah swt tidak dioleh negara akan menjadi huru-hara - tiada sejahteranya.

3. Status Diri - Kita bandingkan status ini, kaya dan miskin. Apa yang dapat anda fikir dan bayangkan. Orang yang bekerja kuat mampu mengubah statusnya dari miskin kepada kaya. Orang kaya boleh juga mengubah statusnya kepada miskin jika hanya goyang kaki.

Kesan sesuatu tindakan diri di muka bumi amat mudah. Semakin kuat kita bekerja semakin kita akan memperoleh rezeki yang ada atas muka bumi ini. Seseorang manusia punyai tenaga dan keupayaan yang berbeza, justeru untuk mengelakkan diri daripada jatuh kepada keadaan yang tidak baik, itulah sebab kenapa kita perlu bekerja.

Bekerja kepada seorang manusia yang mampu dan sihat penting. Ia merupakan tuntuan agama kepada atas semua kita. Keperluan bekerja sangat besar maknanya. Bukan hanya kepada diri sendiri, tapi kepada seluruh umat di muka bumi. Justeru, apa yang kita malukan jika kerja dengan bergaji kecil?

Bangga dengan kerja kita, kerana jika tidak tidak yang melakukannya, siapa lagi? Yang penting halal, ia tanggungjawab kita untuk mensejahterakan diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Soalan : Pendapat Anda, Kenapa Kita Perlu Bekerja? Kongsikannya di Ruangan Komen Dibawah

18 comments:

  1. kenapa kita perlu bekerja sama jawapan seperti kenapa kita perlu makan...

    adakah makan untuk hidup atau hidup untuk makan...

    kalau kerja untuk hidup itu betul, dan hidup untuk kerja tu gila!

    ReplyDelete
  2. bagus nya topik entri ni... hmmm zaman sekarang memang kena kerja sebab nak sara kos hidup sekeluarga. suami dan isteri pun kerja.

    hmmm kan best kalau boleh duduk rumah jaga anak... apa yang kita lakukan semuanya ibadat. dapat pahala. moga hidup dan rezeki kita diberkati.. amin...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Mungkin ada masalah. Cuba komen kembali

      Delete
  4. Dalam ekonomi, apabila manusia bekerja dan mendapat wang, ertinya manusia telah mendapat kuasa beli. Dengan kuasa beli itu mereka boleh memaksimakan kepenggunaan dan bagi yang baik, boleh mengagihkan semula pendapatan untuk mencapai keadilan ekonomi dan sosial. Kuasa beli itu sentiasa dihubungkan dengan tingkat produktiviti dan pendapatan. Lumrahnya makin tinggi produktiviti dan pendapatan seseorang, makin tinggilah kuasa beli yang akan mereka dapati. Kuasa beli ini diukur dengan pemilikan wang tunai seseorang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa beli inilah yang Taliff katakan sebagai status diri. Peningkatan status diri meningkatkan status keluarga justeru meningkatkan status negara.

      Kerja sebenarnya meningkatkan kuasa pemilikan. Bukan semata-mata atas wang

      Delete
  5. apa yang taliff katakan tu semuannya benar..selagi hidup selaki itu mulut kena sumbat dgn rezeki halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rezeki halal itu wajib dicari.

      Delete
  6. topik yang menarik...selalu orang nak cari jalan pintas untuk dapatkan kesenangan..bekerja jugak kita boleh kenal diri kita siapa untuk masyarakat,keluarga,agama,bangsa dan negara..

    =)ANISA

    ReplyDelete
  7. Yelahkan...di belakang sana ada beberapa mulut yg perlu disuapkan makanan!

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...pertama kali ke mari datang nak komen nie dari blog mia liana. Saya sebenarnya bila baca entry nie, terus setuju. Sebenarnya niat kita berkerja semata-mata mencari WANG adalah salah. Saya beri contoh , kita bekerja untuk WANG , kita menuntut ilmu untuk dapat segulung ijazah supaya dapat kerja baik, bila kerja baik WANG pun banyak dan kita mampu beli apa sahaja di dunia ini.Semuanya WANG.
    Adakah tujuan kita diciptakan oleh Allah ke dunia ini hanya semata2 WANG? jawapannya sebenarnya kita dicipta Allah ini semuanya adalah untuk melaksanakan amanah-NYa. Amanah untuk kita laksanakan seperti memakmurkan bumi,mentaati perintah-Nya,berbaik sesama manusia dan menjadi khalifah di atas muka bumi-Nya. kan!

    daripada mselim3 saya suka gaya penulisan i think

    pls : Moga terus istiqamah dalam penulisan k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat saudara mselim3.

      Delete
  9. kerja utk rezeki yg halal utk menyara tanggungngan...

    ReplyDelete
  10. pengolahan ayat menarik, tajuk yang dibicangkan pun masih hangat diperkatakan di mas kini :D

    ReplyDelete
  11. walau bergaji kecil namun yang penting halal

    ReplyDelete
  12. x kerja x makan lah nampak nyer dunia skrg.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.