Monday, November 12, 2012

SELEPAS 1000 TWEET, PERCUBAAN MENGGUNAKAN TWITTER (APA YANG SAYA FAHAMI DAN PELAJARI)

edia sosial sememangnya kian pesat berkembang. Sekarang dari kanak-kanak sehingga dewasa, ramai yang mempunyai akaun Facebook - laman sosial yang memecah dominasi MySpace dan Friendster.

Namun, setelah itu, timbul media sosial yang dinamakan micro blog - Twitter.
Cara Menggunakan Twitter | Gambar : sumber
Dengan menggunakan logo seekor burung biru, twitter hanya membenarkan penggunanya menulis sebanyak 140 patah perkataan sahaja yang dipanggi tweet.

Pengalaman saya sendiri, pada mulanya saya tidak yakin dan berminat untuk menggunakan twitter. Sebabnya - terasa sudah mempunyai banyak akaun media sosial dalam internet. Saya juga yakin, mungkin punyai akaun Facebook sudah memadai ( memikirkan mungkin fungsi Twitter sama sahaja dengan Facebook).

Namun, sehinggakan saya tertanya kenapa tidak saya mencuba menggunakan twitter. Selepas itu, saya berikan satu peluang kepada diri sendiri dan menetapkan objektif akan mencuba twitter sehingga post atau tweetnya mencapai 1000.

Ada perkara yang mungkin tidak baik saya perolehi, tapi apa yang pasti twitter punya kuasa sendiri yang boleh membantu kepada penggunanya apatah lagi seorang blogger.

Dan, ingin mengetahui apa pengalaman yang dipelajari dan fahami selepas 1000 tweet/post tersebut?

1. 1000 Tweet Itu Susah Tapi... - Untuk mencapai seribu tweet pada saya amat menyukarkan - pada mulanya. Kerana ia hanya membenarkan 140 patah perkataan, dimana memberikan kekangan sehingga tidak tahu apa yang akan dikatakan lagi. Walaupun atas kekangan objektif untuk seribu post tweet harus dicapai. Tapi, kini setelah mencapai objektif, sebenarnya apa yang saya fikir sudah berubah.

Timeline atau garis masa untuk satu-satu post atau tweet di twitter adalah lebih cepat berbanding facebook. Mencapai 1000 tweet agak mudah, tapi dengan hanya sudah selesa dengan cara untuk memendekkan apa yang difikirkan. 

2. Kreatif - Apa anda akan lakukan jika ingin menyatakan sesuatu dalam twitter tapi hanya dalam 140 patah perkataan - pendekkan. Dengan pelbagai cara dan teknik untuk memendekkan hasrat hati, saya fikir pengguna twitter agak kreatif dalam menyampaikan hasrat mereka. Pada mula, saya agak sukar untuk menulis namun setelah mempelajari gaya orang lain, ia sebenarnya mencabar. :)

3. Peranan Tweet - Senjata twitter adalah tweetnya. Dan personaliti dan gaya ber'twitter' bergantung dengan tweet masing-masing. Justeru, jika sudah berada dalam dunia tweet anda akan hadapi pelbagai jenis tweet yang boleh pengaruhi perasaan. Timeline untuk tweet sangat pantas, tatkala anda akan membaca tweet yang menarik,lucu,sedih dan tidak terlepas juga yang agak meloyakan.

Walaupun hanya dengan 140 patah perkataan, anda akan mengetahui apakah yang sedang berlaku dan sedang menjadi perhatian ramai pada satu-satu ketika. Ia dinamakan Trending. Juga anda boleh memilih sama ada untuk mengetahui apakah isu-isu hangat yang sedang berlaku di Malaysia atau seluruh dunia.

Justeru, anda tidak akan terlepas hal-hal besar yang sedang berlaku - On The Go!. Selalunya para pengguna twitter akan melakukan tweet ke atas kejadian yang mereka nampak dan dengar. Semakin ramai yang tweet perkara yang sama, ia akan menjadi trending dan memberi petanda, ia adalah satu perkara yang mendapat paling banyak perhatian.

Pada saya, saya hanya mengambil peluang untuk mengetahui perkara yang paling mendapat perhatian di Malaysia dengan hanya berpandukan twitter. Teknologi semakin pantas, informasi juga pantas dan jangan biarkan diri anda terlepas.

Ini antara 3 perkara yang saya pelajari dan fahami setelah menggunakan twitter dan mencapai 1000 tweet. Sebenarnya banyak lagi yang saya cuba sampaikan, tapi untuk mengelakkan entri ini menjadi terlalu panjang, saya akan sambungkan ia dalam entri sambungan #2 dimana twitter punya fungsi terbaik dalam menyokong blog dan membawa traffik. :) Nantikan

Soalan : Adakah Anda Pengguna Twitter? Dan Bagaimana Pengalaman Anda Selepas Menggunakannya? Kongsikan dalam Ruangan Komen Segala Pengalaman Anda.

11 comments:

  1. twitter digemari oleh mereka yg suka mendapat maklumat ringkas. oleh sbb itu twitter mampu menjadi pengiklanan dan prmosi yg baik..
    twitter lebih lancar dan cepat berbanding medan sosial lain

    sop suka kalau ada twitt yg baik dan retweet balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taliff pun sama. RETWEET amat berguna untuk para blogger sebenarnya. :)

      Delete
  2. chemay takde tuiterr.
    err rasa macam ketinggalan pulokkss.
    >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa. Boleh cuba kalau berkeinginan

      Delete
  3. uiiii hati2 bila tweet... nak2 kalau dah ada ramai follower. maklumat akan cepat tersebar bila ada orang RT.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat Betul Mia. RT akan menyebabkan maklumat semakin cepat tersebar :)

      Delete
  4. yup, twitter merupakan salah satu option utk pomot blog & bisnes ^^

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Saya ada akaun twitter. Tapi, saya tidak menggunakannya.

    Saya tak tahu nak mula dimana dalam twitter. Pernah cuba, tapi pastu jadi blur (-_-) hehehe.

    ReplyDelete
  6. mohon tunjuk ajar yg selebihnya masih tak faham tapi apa yg ditulis di atas sudah memandai utk mengetahui fungsi twitter :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lagi baca untuk siri #2 :). Semoga dapat membantu PPP

      Delete
  7. salam bro tallif.

    twitter ini memang asyik. hehe. smpi terlupa fb dan blog. sebb mudah dan ringkas.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.