Tuesday, November 13, 2012

SELEPAS 1000 TWEET, PERCUBAAN MENGGUNAKAN TWITTER (APA YANG SAYA FAHAMI DAN PELAJARI) #2

witter adalah salah media sosial cara baru yang juga dipanggil microblog. Twitter memberikan  sebanyak 140 patah perkataan kepada penggunanya untuk menulis atau post sesuatu yang juga dipanggil tweet.
Pengalaman Dengan Twitter | Gambar : sumber
Ya, seperti kata saya sebelum ini walaupun hanya dengan 140 patah perkataaan kekangan tersebut membuatkan penguna twitter menjadi kreatif dalam penyampaian masing-masing. Pada mulanya, mungkin akan rasa menggunakan Twitter agar sukar. Mungkin kerana tidak faham bagaimana untuk tweet dan mungkin juga kerana tidak pasti sejauh mana twitter membantu.

Oleh itu, disini saya sambung daripada entri lepas pengalaman dan apa yang saya pelajari selepas mencapai 1000 tweet.

Antara beberapa lagi perkara yang saya pelajari seperti ;

4. Kebaikkan di Retweet - Tweet adalah post atau sesuatu yang asal ditulis oleh anda atau seseorang. Retweet pula post atau tulisan asal anda telah di tweet atau post semula oleh orang lain. Retweet punyai kebaikkan kepada penulis asal kerana dengan retweet jumlah orang yang akan membaca tweet akan bertambah mengikut jumlah pengikut pengguna yang telah melakukan tweet semula ( retweet). Untuk lebih jelas, saya lakukan sedikit contoh pengiraan dibawah.

Akaun twitter Encik A punyai pengikut = 200 orang
Akuan twitter Encik B punyai pengikut = 1000 orang

(Nota : Jumlah pembaca berpotensi  = Jumlah pengikut)

Jika Encik A telah melakukan Tweet, jumlah pembaca berpotensi untuk membaca = 200 orang.

Dan jika tweet Encik A telah di retweet oleh encik B, jumlah pembaca berpotensi untuk tweet Encik A akan menjadi = 1200 orang.

Hanya dengan re-tweet sahaja, jumlah pembaca kepada tweet encik A telah bertambah 5 kali ganda.

Baiklah, jika anda seorang blogger yang mempromosikan link entri blog dalam twitter dan telah di re-tweet. Ia memberikan potensi jumlah klik yang besar dan mendatangkan pengunjung kepada blog. Cara promosi blog yang baik bukan?

5. Pengikut Itu Kuasa dan Kelemahan - Jumlah pengikut juga bermaksud kuasa kepada seseorang yang punya akaun twitter. Semakin ramai pengikut akaun twitter anda, semakin ramai akan "mendengar" apa yang anda katakan. Twitter adalah salah satu flatform pada saya yang punyai dasar untuk menjadi pengikut yang agak mudah. 

Suka, follow, tidak suka unfollow - senang

Pengalaman saya, antara cara berpotensi untuk mendapatkan pengikut atau sebab seseorang mengikut (menjadi pengikut) kita di twitter adalah ;

1. Follow You, Follow Me Back
2. Tweet Aktif
3. Selalu di re-tweet

Semakin ramai pengikut anda di twitter, melambangkan semakin besar kuasa dalam flatform tersebut. 

Tapi bukan semua pengikut punyai niat untuk mengikut, tapi sebaliknya. Sebaiknya elakkan daripada mengeluarkan tweet berkenaan lokasi dan perkara yang mungkin boleh memberi peluang kepada mereka yang berniat jahat. Kita tidak tahu, tapi berwaspada.

Selalunya kita akan lebih tertarik untuk tweet perkara yang sedang berlaku. Contoh, "sedang berada di Bali Bercuti Sekeluarga! Seronok!". Ini juga memberi maksud rumah kita sekarang sedang kosong! - Jika ada yang berniat jahat, ini pesanan penting kepada mereka. Berati-hati!

6. Promosi - No.4 saya katakan twitter boleh menjadi satu media untuk kita mempromosikan blog atau laman web. Tahukah anda, kita boleh mencari sesuatu perkara yang pengguna lain katakan dengan menggunakan carian "search" dalam twitter.

Kita ambil satu contoh dimana jika anda ingin menyewakan rumah anda yang berada di Miri, Sarawak - anda boleh lakukannya di twitter.

Dengan menggunaka hastag "#" atau perkataan yang betul, anda mampu sampai kepada sesiapa yang anda inginkan ( jika mereka juga pengguna twitter).

Jika tweet anda berbunyi " Rumah untuk disewa di Miri, Sarawak. RM500/sebulan. e-mail jika berminat #rumahsewa". Justeru, jika saya ingin mencari rumah sewa di Miri, Sarawak dan mencarinya di twitter. Saya akan masukkan #rumahsewa atau #rumah atau #sewa di carian "search" - saya akan sampai kepada tweet anda. 

Cara promosi yang agak mudah tapi punya potensi besar.

Jika anda fikirkan menggunakan twitter satu yang membosankan, cuba cabar diri anda untuk mencapai 1000 tweet. Fahami dan pelajari apa yang anda lalui dan saya pasti anda akan menyukainya. 

Pendapat saya, twitter punya potensi besar dalam membawa kebaikkan dan keburukkan kepada penggunanya. Gunakan dengan bijak dan betul.

Soalan : Pengalaman Anda Dengan Twitter? Kongsikan Pengalaman Anda dalam Ruangan Komen

8 comments:

  1. ooo gitu ek,,sypun br lg guna twitter,,bnyk follow artis je,,tp sendri takde follower sbb kwn2 bnyk aktif di FB,,huhu

    ReplyDelete
  2. ok akan cuba dry run untuk tweet n3 then slowly baru boleh cabar diri untuk dpt tweet 1000 :) thanks taliff, nnit klw ada apa2 kemuskilan ppp akan refer ke n3 talif ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK. insya-allah ada lagi entri untuk twitter nanti. Semoga semua mendapat manfaat

      Delete
  3. xde tweet
    fb dgn blog pn kdg tak terjaga pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada masalah. Tapi untuk pengetahuan TH, dengan sokongan FB + Twitter memberikan kelebihan kepada blog :)

      Delete
  4. Ada akaun twitter tp tak pernah guna, tak reti :-)

    ReplyDelete
  5. hehehe....dulu active gak ! pastu dah lama malas nak update status pulak..sebab boring ya pun ada gak ...fuhh !

    tapi saya tengok bebudak sekolah ramai active twitter nie , sy pulak yg tak paham...kui3

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.