Wednesday, November 28, 2012

SMILE UNTUK MIALIANA.COM | BLOG REVIEW

M ialiana.com itulah nama domain kepada blog seorang blogger yang telah membuat penghormatan kepada blog saya melaluinya entri ini. Ia agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menyertai apa-apa segmen atau contest untuk di review oleh blogger dengan nama besar begini.
Smile...Smile...Smile...
mialiana.com 
Sebelum ini, blog saya juga pernah di review oleh seorang nama besar dalam dunia blogger, saudara SOP dengan entri ini. Juga agak mengejutkan tapi rasa terharu dan amat berterima kasih atas penghargaan tersebut.

Terima kasih atas penghargaan yang tidak ternilai dan semangat yang membakar untuk terus berkecimpung dalam dunia blog ini.


Baiklah jika anda biasa menyertai segmen dan berblogwalking, saya amat pasti anda akan terjumpa dengan signboard yang memberitahu untuk senyum - bukan sekali tapi tiga kali. 

Smile...Smile...Smile... Itulah tagline kepada blog mialiana.com yang saya kenali dengan nama Mia. Seorang peramah dan tidak pernah putus membantu ramai blogger. Bagaimana cara beliau membantu - dengan kerajinan dan konsistennya.

Saya perhatikan (setelah lama kenal Mia) beliau akan tidak melepaskan peluang untuk menyertai mana-mana segmen yang dianjurkan oleh mana-mana blogger. Asal ada yang menganjurkan segmen akan disertainya. Tidak pernah mengira faktor trafik kepada blog tersebut dan tidak pernah mengira berapa lama sudah blog itu wujud. Kerana ini, beliau banyak mendapat penghormatan dari ramai blogger baru dan lama. 

Mia sama seperti saudara Sop, punya kemahiran(skill) dalam mengolah entrinya. Sama ada untuk menulis entri yang panjang atau pendek. Yang pasti ia mudah dibaca dan senang difahami. Pandangan saya, blog mialiana.com lebih kepada sebuah blog peribadi. Tapi, beliau menjadikan pengalaman peribadinya sebagai satu entri yang bukan untuk sahaja ditatap tapi memberikan pengajaran dari tulisannya. 

Sebab itu, entrinya tidak hanya keluar untuk memberitahu tapi datang sekali dengan pakej pengajaran. Perkara baik jika dikongsi ia akan menjadi manfaat bukan?

Sepanjang saya kenal blog Mia, saya tahu beliau akan  membincangkan perkara baru dengan entri barunya yang dikeluarkan antara pukul 6.30 am sehingga 7.00am. Ini memang antara masa yang saya tahu, blogger Mia gunakan untuk mengeluarkan entri. Tapi, beliau juga selalu update entrinya sepanjang hari.

Menunjukkan bagaimana konsisten cara beliau berblogging - menunjukkan kerajinannya dan pengurusan masa yang baik.

Dengan blog yang berwarna putih dan ditambah warna seakan peach muda, membuatkan blog beliau senang apabila dipandang. Loading blog ringan membuatkan hati tidak gusar menunggu dan tulisan yang baik memberikan pemahaman kepada pembacanya.

Kekuatan blog Mia kerana kerajinan dan sifat rendah diri beliau. Disamping konsisten, cara penulisan menarik dan idea yang tidak pernah putus menjadi senjata yang pasti membuatkan pembaca tertawan.

Jika anda ingin berjaya untuk berblog, contohi cara blogger Mia dan Sop. Jadikan mereka mentor sekaligus menjadi idola dan ikut cara mereka berblog, insya-llah kita akan ikut berjaya.

Tahukan Anda?
Walaupun ia blog peribadi, pelbagai tips dan tunjuk ajar juga ada ditulis oleh kedua blogger ini. Menjadikan blog mereka tempat rujukan dan mempelajari perkara yang mungkin kita tidak tahu.

Nota : Mohon kebenaran daripada Mia untuk menampal banner blog di blog i-think-of.blogspot.com

18 comments:

  1. saye pun suke baca blog ni. memang singgah cara senyap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Kerana memang akan ada informasi yang berguna akan beliau kongsikan.

      Delete
  2. suka terjah blog kak mia...
    tahniah sebab direview oleh kak mia... ^_^

    ReplyDelete
  3. wahhhh terima kasih banyak2 ya taliff... penerangan yang cukup jelas tentang blog mia. (segannya)..

    terlalu terharu dengan penulisan taliff. mia sukaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Cuma sedikit penghargaan untuk Mia :) Semoga Mia semakin sukses dalam berblog. :)

      Delete
  4. thniah bro tallif. aku belum pernah lagi di review. hehe. eh, ada ke nak review? hehe. btw tahniah sekali lg.

    ReplyDelete
  5. "Seorang peramah dan tidak pernah putus membantu ramai blogger".. waahh suke ayat taliff yg ni.. kak mia da mcm boleh jd duta nii.. heheh setuju dgn artikel ni, kak mia & abg sop mmg jd mentor dlm blogging :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu touchingnya dengan ayat ini... thanks ya mar haini..

      Delete
  6. tahniah..Mia dah bagi respon teknik talif agar Mia terlebih SMILE3x hehe harap Mia dah lihat entry etuza tu. Dah join...best juga idea dia..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia dah tengok dah entri etuza tu... takpe. dah lama bloggong nanti ok la tu..

      Delete
  7. tirah pon nk kena revies blog kak mia nnt..hihi

    ReplyDelete
  8. nh pun baru je kenal beliau. tp blog mia memang nice lah. cuma nh kdg2 tk bkesempatan nk terjah blog beliau.. mklum lah krn kesibukan kerja..

    apapun semoga maju jaya.. amin.

    ReplyDelete
  9. sambil review sambil mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.