Tuesday, December 18, 2012

3 LANGKAH BAGAIMANA MEMBINA ENTRI BLOG

enulis perlukan startegi. Maksud saya strategi untuk membolehkan idea untuk terus menerus mengalir dalam membina entri blog. Dan, saya pasti setiap para blogger punyai idea dan langkah yang berbeza dalam membina, menghasilkan dan menzahirkan idea masing-masing.
Langkah-langkah dalam membina entri blog | Gambar : sumber
Apabila sudah sampai ke penghujung tahun 2012, saya rasakan strategi yang telah saya gunakan terutamanya dalam membina idea blog sangat membantu. Dengan menemui kaedah-kaedah tersebut, walaupun tidak mampu untuk mengemaskini setiap hari, ia memberikan kekuatan dan motivasi kepada saya untuk menulis.

Justeru, saya rasakan dengan menggunakan keadah dan cara membina idea dalam penulisan entri blog, ia membuatkan saya lebih konsisten dan yakin apa yang dikongsikan - walaupun entri tersebut sedikit panjang.


Jadi, bagaimana cara dan langkah yang saya gunakan dalam membina idea untuk entri blog sepanjang tahun 2012 ini? Inilah 3 langkah yang biasa saya gunakan. Semoga ia mampu mencetus idea dalam anda mengharungi dunia blogging ini.

Langkah #1 - Membaca : Ini adalah langkah pertama dan terpenting dalam saya menghasilkan mencari dan membina idea. Sama ada buku, surat khabar, web atau entri yang telah anda sendiri tuliskan. Saya tidak sarankan untuk membaac semua, namun pilihlah tulisan yang mungkin menarik dan berkaitan dengan jaringan atau "niche" blog sendiri.

Saya selalunya akan membaca entri lama dalam blog sendiri. Kebaikkanya? Ia akan mendatangkan idea yang tidak akan tersasar jauh dari jaringan(niche) tulisan anda. Keseimbungan penulisan blog anda tidak akan tersasar. 

Jika sudah punyai idea besar boleh seterusnya ke langkah #2

Langkah #2 - Kaedah 4W 1H - Entri menerangkan bagaimana dengan bertanya kepada diri sendiri dapat membantu dalam mendatangkan idea untuk menulis entri. Kaedah ini menggalakkan kita bertanya kepada diri sendiri bagaimana, dimana, siapa, kenapa, apa tentang satu-satu idea yang telah kita perolehi daripada pembacaan tadi (langkah #1).

Sebagai contoh kita sudah mendapat idea daripada perkataan motivasi. Gunakan kaedah 4W 1H dan kita lihat apa yang kita perolehi;
  1. Bagaimana memotivasikan diri? (How)
  2. Siapa perlukan motivasi? (Who)
  3. Bila motivasi diperlukan? (When)
  4. Dimana mendapatkan buku motivasi? (Where)
  5. Kenapa perlukan motivasi? (Why)
5 tajuk asas yang sudah sedia untuk kita ulas dalam langkah #3

Langkah #3 - SCORRE - Apa itu SCORRE? Ini adalah langkah terakhir saya untuk membina draft entri blog kesayangan saya ini. Boleh klik sini untuk mempelajarinya. Ia adalah keadah yang saya pelajari dari blog yang sangat berjaya. 

Langkah ini akan membantu anda dalam mengembangkan idea dan mengulas tajuk yang sudah anda perolehi diatas. Ia sangat berkesan dan jika sudah mengetahui dan menguasai kaedah ini, ia menbantu dengan menjimatkan masa dalam kita membina entri blog kita kelak.

Selesai 3 langkah yang sering saya gunakan. Nah, entri blog anda sudah siap dibina dan sedia untuk ditaip dan publish. Gunakan kreativiti dalam mengayakan penulisan anda.

Bagi saya, membina entri blog bagaikan juga kita membina rumah. Memulakannya dari sebuah lukisan idea, memasang strukutur dan akhir sekali menutup dengan atap dan mencantikkanya. 

Membina entri blog perlukan idea, struktur dan penutupnya sebelum dipersembahkan kepada pembaca. Jika ianya berguna, ia mampu mendatangkan manfaat kepada sesiapa sahaja. Tambahan, dengan menggunakan langkah betul untuk menulis, ia mampu mengurangkan masalah kehilangan dan buntu idea kepada para blogger. 

Soalan : Apa pula langkah anda dalam membina rangka untuk blog anda? Kongsikan pendapat anda diruangan komen di bawah.

10 comments:

  1. Saya main tulis je apa yang terlintas dalam otak masa tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk penulisan yang agak panjang, mungkin boleh menggunakan langkah-langkah ini. Mungkin dapat membantu.

      Delete
  2. wahhh.... penuh dengan tertibnya. mia main taip je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana kadang-kadang sudah selesa dengan cara ini, membuatkan Idea untuk menulis lebih tertib dan baik. :)

      Tapi, kadang-kadang juga main taip je :).

      Delete
  3. kena amalkan tiga langkah, walaupun main taip ja tetapi pada dasarnya kita kena membaca agar idea tu masuk..maksud saya cepat ada idea...kalau nak lagi menarik blog ikut 3 langkah ni baru mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hanya cara yang Taliff gunakan. Jika suka boleh digunakan dan diadaptasi dan di improvasasi. Bergantung kepada keselesaan masing2.

      Delete
  4. sy main tulis aje... sebab tu selalu tulis entri merepek aje... -_-"
    baguslah cara taliff ni... kagum sekejap...
    terima kasih sebab share... :)

    ReplyDelete
  5. aku main belasah je....ape yang terlintas dlm otak..itu yang aku taip...cuma bila xtau nak tulis apa...memang kena byk membaca la..kasi dpt idea...

    ReplyDelete
  6. salam,
    saya menulis sekadarnya..lebih kepada blog peribadi berbanding informasi..
    tapi boleh jadi panduan untuk meulis walaupun untuk blog peribadi at least kita sendiri baca pun takde la rasa macam :apa yang aku dah tulis ni?" hehehehe

    ReplyDelete
  7. Bernas! zushares.blogspot.com dh lama tergendala.....haha....tips bijak!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.