Thursday, December 6, 2012

KATA-KATA MOTIVASI TENTANG SAHABAT

epada semua insan yang berdiri di atas muka bumi, pasti punyai rakan atau sahabat. Istilah sahabat sangat besar. Bukan hanya tergolong kepada mereka yang berada dilingkungan keluarga tapi juga sesiapa sahaja yang tidak langsung punyai talian.

Tentang sahabat, kita pastinya tidak memilih apakah latar belakang mereka - sama atau berbeza, sesiapa sahaja boleh menjadi sahabat. Namun, Sebuah sahabat sejati memang sukar dicari - umpama mencari sebuah mutiara yang benar-benar berkualiti. Sehinggakan terdapat satu ungkapan mengatakan orang yang berjalan paling jauh adalah orang ingin menemukan sahabat sejatinya.

Sahabat yang baik akan sentiasa membantu dalam apa jua keadaan sehinggakan kita percaya mereka akan sentiasa menjaga apa sahaja aib kita - ketika hidup dan sudah mati.

Justeru, disini ada beberapa kata-kata motivasi atau mutiara tentang seorang sahabat dan sebuah persahabatan.

"Persahabatan tidak bermaksud siapa yang lebih lama, tapi mereka yang datang dan tidak pernah meninggalkan sisi anda" - anonymous


"Kelilingi diri anda dengan mereka yang akan mengangkat anda tinggi" - Oprah Winfrey

"Masa susah akan menunjukkan siapakah sahabat sebenar" - anonymous

"Penyembuh untuk 50 orang musuh adalah seorang sahabat" - Aristotle

"Seorang sahabat tahu apakah lagu di dalam hati dan menyanyikannya bila kita terlupa" - Donna Roberts

"Walaupun selalu digunakan, ia tidak akan memutuskan ikatan kain persahabatan" - Dorothy Parker

"Persahabatan adalah sekuntum bunga mawar hidup, dimana memberikan kewangian disetiap kelopaknya" - Oliver Wandell Holmes

"Sahabat adalah mereka yang melihat tangisan pertama, menangkap yang kedua dan memberhentikan yang ketiga" - Angelique

Hargai sahabat anda dan jadilah yang terbaik untuk mereka.

10 comments:

  1. Sahabat sukar dicari.. Bila dah jumpa memang sampai mati..

    ReplyDelete
  2. sahabat rerbaik adalah pasangan hidup, susah sennag bersama...

    ReplyDelete
  3. ya sahabat yang terbaik sukar nak cari, apapun biarlah jaringan maya menghubungkan kita bertegur sapa, yakin dan niat keranaNya

    ReplyDelete
  4. sahabat sejati sukar untuk ditemui...

    ReplyDelete
  5. Salam.

    1st time saya baca quotes dari Angelique tu. Sebelum ni memang tak pernah dengar dan tak tahu.. ^_^

    ReplyDelete
  6. sahabat dn org y pling rapat, fmly.

    ReplyDelete
  7. huhuh sahabat.... sesiapa juga boleh jadi sahabat. tapi tak semua yang boleh katakan benar2 sahabat yang sejati...

    ReplyDelete
  8. Best friend bring out the Best in each other

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.