Tuesday, December 4, 2012

KENAPA KITA MERASA BOSAN

adang-kadang walaupun kita punya kenderaan sendiri, pernah juga kita terfikir untuk menggunakan kenderaan lain. Ataupun ingin menggunakan pengangkutan awam. Kita merasa bosan untuk memandu, merasa bosan untuk menekan minyak dan bosan untuk memusing "steering".

Saya pernah merasa begitu.
Bosan | Gambar : Sumber
Soalannya kenapa kita merasa bosan kepada sesuatu perkerjaan atau tindakan yang selalu kita lakukan. Perasaan bosan boleh menghilangkan motivasi diri dan produktiviti. Bukan setakat perkerjaan harian sahaja, dalam perhubungan juga boleh berlakunya perasaan bosan. 

Bosan adalah satu perasaan yang timbul dari dalam diri. Perasaan ini selalunya hadir kerana tindakan, perkerjaan yang berulang-ulang dalam masa yang lama. Akibatnya, perasaan bosan ini akan selalunya akan membantutkan kita daripada melakukan perkara-perkara rutin tersebut.


Contohnya, jika berniat untuk melakukan sesuatu kerja, kita akan terasa seperti terhenti dan tidak punyai semangat dan idea untuk meneruskannya. Jika dibiarkan lama, ia akan membawa masalah kerana hilang tumpuan dan matlamat.

Hilang tumpuan dan minat juga adalah antara perkara yang boleh mendatangkan bosan kepada diri. saya pasti anda masih ingat ketika zaman ketika sedang belajar, sama ada di sekolah atau intitusi tinggi.

Kita akan berasa hilang minat kepada pelajaran yang tidak disukai. Sekaligus, ketika berada di dalam kelas matapelajaran tersebut, kita akan cepat merasa mengantuk, hilang tumpuan dan sepertinya ingin masa untuk kelas tesebut berlalu dengan cepat. Berasa bosan dengan apa yang sedang berlaku ketika itu.

Perasaan bosan ini muncul kerana tindakbalas minda yang perlukan sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru  atau cabaran baru untuk memuaskan perasaan diri sendiri. Kita sebagai manusia biasa, lumrahnya tidak akan sentiasa puas dengan sesuatu yang kita lakukan. Apatah lagi dengan perkara yang dilakukan berulang-ulang bertahun lamanya.

Semakin kita matang, semakin susah sesuatu perkara itu akan memuaskan hati kerana melalui pengalaman kita tahu sejauh mana diri kita mampu pergi, dicabar dan mengatasinya.

Satu lagi contoh, jika seorang kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa diberikan sebuah permainan katakan kereta lumba. Dia akan merasa puas dengan hanya memainkan satu permainan tersebut - tanpa bosan. Tapi jika dia mengetahui ada banyak lagi permainan kereta lumba dengan warna,kelajuan, dan cara berbeza berada diluar (pasaran), anak kecil tersebut pasti akan merasa ingin untuk mencubanya kerana inginkan "feel" atau perasaan yang baru.

Akibatnya, perasaan ini mencuba dan ingin tahu ini akan mendorong anak kecil tersebut sehingga satu tahap akan merasa bosan dengan permainan yang dia ada sekarang - dengan cepat.

Sebab itulah, perasaan bosan ini patut dibendung dengan melakukan perkara-perkara baru. Cabar diri untuk mendapatkan kepuasan dan lupakan sementara perkara rutin yang selalu dilakukan. Kepuasan yang kita dapat daripada cabaran baru boleh menghidupkan semula semangat kepada perkara rutin yang sering dilakukan.

Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan bosan dan saya pernah mencadangkan beberapa tips untuk mengatasinya. Jangan biarkan ia terus merasa bosan dan menghalang pergerakan kita seharian.

Soalan : Pada Pendapat Anda, Kenapa Kita Merasa Bosan? Tinggalkan Di Ruangan Komen

11 comments:

  1. hmmm kalau asyik buat benda yang sama setiap hari je.. tentu bosan. jadi buatlah kelainan sedikit dari rutin harian supaya lebih menarik dan happy. kena pandai pujuk diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. memang akan bosan kalau asyik lakukan perkara yang sama setiap hari...
    sebab itu kena cuba buat benda lain untuk hari esok... barulah ada life.. ^_^

    lebih kurang pula macam komen kak mia...

    ReplyDelete
  3. baguslah sy terbaca ini .. baru je nak rasa bosan sebab duk ngadap laptop ! hahahaha
    tme kasih taliff !
    hemm betul, we should create something new. ataupun kalau xpdt OLAH rutin tu jd lebih menarik pun oke kan :) hehe yg penting always renew our NIAT, insyAllah bertenaga ^^
    (ecece pandai lak ak membebel, hihi)

    ReplyDelete
  4. Maybe kerana selalu sgt buat perkara yg sama

    ReplyDelete
  5. PPP adalah seorang yg suka freedom and suka mecuba sesuatu yg baru dlm hidup, thus PPP cepat merasa bosan... tapi ada juga consnya klw cepat sgt rasa bosan :P

    ReplyDelete
  6. tak ikhlas, tak mencintai tugasan, malas dan tak buat kelainan dalam service bidang kerjanya. Nah tulah dah bosan.Tup2 gaji penuh..bahaya tu taliff..harap tak. Namun tak mustahil kadang bosan. cuma saya tak bosan dgn kerja saya..hehehe...

    ReplyDelete
  7. bosan bila tak puas.tak bersungguh2

    ReplyDelete
  8. maksudnya kita kena cari sesuatu yang menarik dalam kerja harian itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dengan cabaran baru atau objektif baru. Kita juga boleh pelbagaikan cara untuk berkerja supaya tidak berasa bosan.

      Delete
  9. Em memang rasa bosan buat keja yg sama ja. Cuba cri cara utk hilang bosan buat benda atau ubah suasana keja. Mcm dgr radio ke

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.