Wednesday, December 12, 2012

KENAPA KITA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA?

ernah anda lakukan sesuatu yang sangat diyakini akan keputusannya tapi ia berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah disangka - gagal.
Jangan berputus asa | Gambar : sumber
Kemudian, bangun semula untuk terus mengejar cita-cita dan impian tersebut tapi akhirnya tersungkur dan gagal lagi. Pendorong diri terasa seperti semakin kurang dan kini apa yang diminati dan difikirkan mampu dicapai menjadi satu tekanan. Perasaan hampir putus asa mula tercetus. Akhirnya kita sedar kita tidak akan pernah mampu untuk mengapai cita-cita tersebut dan menyerah kalah dan berputus asa.

Pengalaman pernah mengajar diri tentang perasaan ini, berputus asa dan mengajar juga kenapa kita tidak boleh berputus asa.

Perasaan berputus asa ini, bagaikan kita sudah berjalan jauh dan akhirnya bertemu dengan jalan mati yang ditutup dengan tembok besar dan tinggi. Membuatkan cita-cita yang dikejar untuk sampai ke satu destinasi impian seperti menjadi suatu perkara yang tidak pasti.



Apabila sudah ditanam cita-cita dalam diri pasti apa sahaja yang menjadi sumber untuk ke arah cita-cita tersebut menjadi satu minat. Seperti saya menyimpan cita-cita menjadi seorang jurutera tetapi gagal sepanjang tahun dalam mata pelajaran kejuruteraan awam semasa tingkatan 4 - amat memeritkan.

Walaupun cuba belajar dengan lebih tekun untuk mendapatkan lulus walaupun dengan markah 50%. Tapi masih gagal. Ingin tahu apa yang saya rasakan ketika itu?
  • Kembali ke aliran lain yang tidak mempunyai matapelajaran kejuruteraan awam
  • Pasrah dan mengagalkan sahaja mata pelajaran kejuruteraan awam dalam SPM
  • Menyalahkan cikgu yang mengajar mata pelajaran tersebut dan
  • Melupakan sahaja cita-cita sebagai jurutera
Tanggapan negatif ini sebenarnya banyak terdorong kerana kekecewaan dan kegagalan berulang dalam subjek tersebut. Sehingga suatu hari cikgu mata pelajaran kejuruteraan awam menegur lunturnya minat saya terhadap subjek tersebut membuatkan saya tersedar.

Tegurannya mudah

"Jika ingin menjadi seorang jurutera, memang alirannya adalah aliran teknikal. Tapi, kalau asyik gagal dan tiada perubahan, ia umpama membinasakan diri. Kamu masih ada masa 10 bulan (Dalam tingkatan 5) sebelum SPM. Lakukan sedikit perubahan, insya-allah berjaya", katanya.

Syukur, dengan teguran itu ia mendatangkan satu idea yang agak mudah dan mengurangkan tekanan. Mendapatkan markah sebanyak 20% sahaja pada ujian pertama (awal tingkatan 5) dan menambahnya sebanyak 20% lagi dalam ujian-ujian seterusnya. Sedikit perubahan dalam setiap masa yang ada. 

Strategi belajar hanya satu - fokus sedikit demi sedikit.

Namun, ia telah memberi impak sangat besar dalam saya mengubah diri dari seorang pelajar yang mendapat merah dalam pelajaran kejuruteraan sepanjang tahun dan mendapat kepujian dalam SPM. Alhamdulillah.

Sekarang saya terfikir, apa akan terjadi jika diikuti perasaan negatif dan berputus asa dalam mengejar cita-cita sebagai jurutera. Tentu saya telah rugi kerananya. Rugi kerana tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak menggunakan akal, tenaga dan masa dengan baiknya. 

Kesimpulannya, putus asa amat merugikan dan pada pendapat saya kenapa kita tidak boleh berputus asa adalah kerana kita masih punya ;

1. Akal - Selagi kita ada akal dan mampu berfikir, gunakan sebaiknya. Ia anugerah Allah swt yang tiada tandingan tara. Tinggal hanya kita untuk menggunakannya dengan baik dan betul.

2. Tenaga - Selagi hayat dikandung badan. Tidak kita akan pernah undur menyerah. Selagi punya daya, gunakan sebaiknya.

3. Masa - Tiada siapa dapat menyangka masa hadapan. Tiada siapa dapat mengulang masa lampau. Hanya, kita punya masa sekarang untuk mengubah masa depan kita dan masa lampau untuk dijadikan panduan. Gunakan akal dan tenaga selagi masa masih ada untuk kita. Tiada salah mencuba dan usaha itu memang tangga kepada kejayaan.

Amat merugikan bila kita sudah tahu tujuan diri dan berusaha ke arahnya dengan bersungguh-sungguh tapi dengan sedikit kegagalan, kita mula merasa mundur dan berputus asa. Lebih merugikan kerana kita berfikirkan kita sudah tidak lagi mampu melakukan sesuatu sedangkan kita masih punya semua kekuatan yang ada.

Jangan pernah berputus asa kerana kita tidak akan ketahui apa yang kita mampu capai. Berusaha sepenuhnya. Jangan sia-siakan usaha yang sudah dilakukan.

Soalan : Apa lagi kerugian yang bakal kita perolehi jika sudah berputus asa? Kongsi pendapat anda di ruangan komen dibawah

12 comments:

  1. aku putus asa dengan biologi... sebab tu aku jadi jurutera sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putus asa .. sentiasa muncul ..sebb setan duk hasut

      Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

      Delete
    2. Untuk permohonan anda, saya akan lakukan dalam masa terdekat. Jangan berputus asa. :)

      Delete
  2. kalau kita asyik putus asa, kita takkan memperoleh apa apa dlm kehidupan ini.

    ReplyDelete
  3. Mudah2han kita tidak tergolong dari orang yang berputus asa... insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. betul tu taliff.... susah nak capai impian kalau ada perasaan putus asa ni... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Boleh tak kalau bahagian ni:

    "Strategi belajar hanya satu - fokus sedikit demi sedikit"

    Strategi belajar tu jadi strategi bekerja..

    Nak minta pendapat abgtaliff la.. slow learner mcm lana ni.. huk3. Entry ni pun sngt bertepatan dgn situasi lana skrg.. bukan berputus asa, cuma agak sukar menyesuaikan diri dgn persekitaran baru..lebih2 lgi, bidg yg dipilih ni tiada kena mengena dengan minat,huhuhu.

    Urm..taktau mcmna nak jwb soalan kali ni. Lana bukan jenis mudah putus asa, walaupun, hampir2 tu ada,heh3.

    Yg lana tahu, mungkin kita dah cuba bbrapa kali mengatasi masalah dgn cra yg sma, cuba pula dengan cara lainnya. Kdg2 usaha kita untuk mendapatkan sesuatu/menjadi sesuatu kurg berhasil kerana kaedah yg kita guna kurg tepat. Kaedah pun memainkan pranan juga kan dlm penentu kejayaan.

    Eh..jap2.. urmm..rsanya..kerugian paling besar bila kita berputus asa.. aaa.. itu tanda kita tak menghargai nikmat pemberiannya. Kita diberikan peluang hidup ant sebabnya ialah supaya sentiasa berusaha dengan kudrat yg ada. Tapi bila kita dah give-up..hurmm..mcm membelakangkanNya pun ada.. eh, taktau cmna nak explain,hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lana, mungkin ini membantu.

      Percaya dan pelajari ilmu dan pengalaman yang Lana perolehi sekarang. Kerana kita tidak akan tahu bila pengalaman yang kita dapat sekarang akan sangat diperlukan di masa hadapan.

      Taliff menghadapinya dan syukur kerana pengalaman kerja yang tiada kaitan dengan pelajaran sekarang sebenarnya sangat membantu dalam membantu keyakinan diri.

      Delete
  6. selalu gak kena talif. bila rasa cenggitu, kena tenang2. kuatkan semangat balik. then usaha dan doa seterusnya. paling penting jgn duk layan sedih putus asa tu. tak kemana.

    ReplyDelete
  7. putus asa hanya merugikan kita setelah usaha yg dibuat..
    tp ada jug aperkara yg perlu untuk kita putus asa kan?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.