Wednesday, December 19, 2012

5 PERKARA YANG BERNILAI UNTUK DITINGGALKAN DEMI KEJAYAAN

asih saya ingat satu perkara yang saya kongsikan bersama rakan saya dahulu iaitu dalam dunia hanya ada dua macam perkara yang saling bertentangan. Perkara yang baik dan tidak baik(buruk). Perkara yang memberi nilai dan tidak memberi nilai - seperti Ying dan Yang.
Berjalan dan tinggalkan pergi | gambar : sumber
Dalam dunia semua perkara akan sentiasa berlawanan antara satu sama lain dan sehingga sekarang saya yakin apa yang saya fikirkan. Kecuali Maha Besar Allah swt tiada tanding taranya. 

Mengharungi masa dan menimba pengalaman, mengajar pelbagai macam serba macam perkara kepada kita sebagai seorang manusia. Akan ada perkara yang kita amat banggakan, ada perkara yang tidak ingin kita laluinya lagi dan pasti ada perkara yang menjadi sesalan.


Tiada siapa yang akan mampu mengundur masa dan memperbetulkan masa lampau dan tiada siapa yang akan mampu mengetahui masa hadapan. Masa sekarang, untuk menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang ada pelbagai motivasi dan panduan diberikan. Hanya tinggal diri kita sahaja untuk menekan butang mula. 

Entri kali ini sudah terlalu lama saya simpan dalam draft walaupun hati berkobar-kobar untuk menulisnya. Ini kerana sebagai manusia biasa, saya lakukan juga banyak kesalahan - takut akan membuka pekung di dada.

Namun, dari pengalaman dan untuk munasabah diri, saya upayakan untuk manfaat bersama.

Bagi mencapai sebuah kejayaan dan cemerlang dalam hidup, motivasi dan dorongan tinggi dalam diri memainkan peranan penting. Dan untuk terus mempertahankannya, ada satu perkara yang perlu kita hadapi -  rintangan dari diri sendiri. 

Untuk mencapai sesuatu memang perlu untuk mengorbankan sesuatu yang lain. Dan sememangnya ada perkara yang bernilai untuk ditinggalkan demi kejayaan dan kecemerlangan diri sendiri.

Antara perkara yang patut ditinggalkan untuk menjayakan diri sendiri adalah ;

1. Bangga diri - Kita patut berasa bangga dengan apa yang kita capai. Kejayaan dan kecemerlangan yang kita perolehi adalah hasil daripada usaha keras diri. Namun, hari semalam hanyalah sebuah cerita kejayaan. Justeru, tinggalkan perasaan bangga diri kerana ia boleh mendatangkan riak. Siapa tahu apa akan berlaku pada masa hadapan bukan.

Kita mungkin gagal dan hanya mampu menceritakan apa yang kita dapat di masa lampau. Bagaimana tanggapan orang terhadap kita untuk masa sekarang? fikirkannya. Jangan terlalu banggakan diri.

2. Bodoh sombong - Ia banyak kaitan dengan ego diri dan malu. Saya pasti, cikgu kelas pernah menyebutnya kepada anda. Jika tidak tahu akan sesuatu, bertanya dan belajar dan terus belajar. Namun, apa yang saya alami kadang-kadang kita akan berasa belajar sesuatu perkara baru dan mendapatnya daripada orang lain - memalukan. Lupakan perasaan itu. Ia lebih memberi keburukan kepada diri. 

Belajar dengan guru adalah terbaik untuk setiap insan manusia. Siapa guru kita? Orang-orang yang ingin dan sudi mengajar kita apa sahaja perkara, merekalah guru. Zaman akan berubah setiap detik, kita tidak akan sedar yang kita sudah ketinggalan. Jangan sombong.

3. Terlalu menilai - Pernah anda cuba untuk mencuba sesuatu yang baru? Kemudian anda sangat yakin keputusannya akan amat menguntungkan anda, dari sudut apa pun. 

Selepas itu, anda berfikir semula apa akan jadi jika berlaku perkara yang tidak diingini. Kita akan rugi, selepas rugi akan jatuh miskin. Selepas jatuh miskin kita terpaksa berkerja keras dan jatuh sakit kerana terlalu penat. Kerana jatuh sakit hidup akan melarat dan macam-macam perkara tidak baik difikirkan! (anda fikirkan segala perkara buruk yang boleh berlaku)

Terlalu menilai akan sesuatu perkara akan membantutkan langkah kita sendiri. Jika terlalu tinggi menilai sesuatu perkara yang baik, takutkan kita akan bermimpi siang hari.

Jadi, setelah mengira segala risiko ambil langkah pertama untuk bergerak. Jangan terlalu banyak menilai kerana ia akan memerangkap kita dalam ruang diri kita sendiri. Jika kita gagal, ambil ia sebagai pengalaman.

Selagi tiada langkah pertama kita tidak akan sampai ke mana-mana - percayalah.

4. Terlebih mendengar - Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dalam organisasi, kita perlu mendengar rintihan dan cadangan orang lain atau pekerja. Untuk menjadi pemimpin yang baik kepada diri sendiri, kita juga perlu mendengar kata-kata sekeliling.

Tapi berhati-hati. Jangan terlalu asyik mendengar kerana ia tidak akan cukup untuk mengangkat diri. Yang perlu kita lakukan adalah mendengar dan menilainya. Nilai dengan masa baik dan berikan masa yang cukup untuk menyakinkan diri sendiri.

Pengalaman saya, kerana terlalu mendengar kata orang lain membuatkan penilaian sendiri menjadi salah. Ini kerana tidak memberikan masa yang cukup baik untuk mematangkan keputusan yang telah diambil - amat memalukan.

5. Ego - Semakin banyak pengalaman yang kita bawa, semakin kita akan yakin dengan apa sahaja keputusan diri. Semakin kita yakin akan sesuatu perkara, semakin susah untuk kita mempercayai sesuatu perkara. Berhati-hati, ini kerana ia adalah sebuah perangkap ego. 

Semakin tinggi ego diri juga akan membuatkan kita semakin susah untuk mempercayai orang lain. Semakin tinggi pangkat dan kedudukan kita dalam organisasi tidak menjamin sebuah kejayaan jika ditambah dengan ego yang terlalu tinggi.

Lupakan ego kita sementara dalam apa sahaja keadaan. Rendahkan diri untuk mendengar dan menilai. Ia membantu dalam memberikan keputusan tepat dalam diri. 

Inilah antara 5 perkara yang saya rasakan sangat bernilai jika ditinggalkan. Kadang-kadang kita boleh teguhkan pendirian keras seperti batu, tapi kadang-kadang juga perlu melembutkan diri seperti air untuk menilai. Memasuki setiap ceruk punca masalah sebelum membuat keputusan.

Kita manusia punya akal anugerah terhebat. Gunakan dengan baik demi untuk diri sendiri dan kejayaan. orang sekeliling akan pasti akan menghargainya.

Soalan : Ada lagi perkara yang boleh punyai nilai atau kebaikkan untuk ditinggalkan? Kongsi pendapat anda dalam ruangan komen dibawah

12 comments:

  1. Saye Seorg Yang Terlalu Menilai...huhu...Nak Kene Tinggalkan Perangai Buruk Nie Jauh2...

    ReplyDelete
  2. terlebih mendengar. yup. tiada untungnya

    ReplyDelete
  3. cepat2lah tinggalkan perkara itu ( ego memakan diri, sombong merana hati,terlebih dengar maklumat hancur nantinya,terlalu menilai hilanglah keyakinan,bangga diri akan taksub bahaya) terbaik nasihat dan tazkirah talif

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah berada di no 3 tu hinggakan perjalanan sering terbantut. Malah kadang2 langkah tidak sempat bermula. Begitu juga dgn yg no 4. hingga ada masanya tak kenal dgn diri sendiri. Memang menyedihkan apabila direnungkan kembali. Kini sedang berhati-hati dgn yang no 5 tu. Tahniah Talif.Ibu suka entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Semoga mendapat manfaat daripadanya

      Delete
  5. bangga diri kene tempatnyer. bodoh sombong buat org menyampah, terlalu menilai pun susah, terlalu mendengar org lain tanpa ada pendirian dan confiden diri pun akan dipijak org, terlalu ego takkan bawa kemana malah dipandang sinis masyarakat...maka jadi lah diri sendiri dan berpada2 dalam apa saja keputusan dan tindakan kita buat demi keharmonian komuniti sejagat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalulah menjadi diri sendiri yang akan membanggakan setiap orang dikeliling kita.

      Delete
  6. betul... benda2 patut ditinggalkan... terlalu mendengar tak ada untungnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat keputusan yang baik daripada apa yang kita dengar itu.

      Delete
  7. hmmm.. mia ni seorang yang sangat teliti... huhuhu yang kat atas tu mia tak buat... minta dijauhkan...

    ReplyDelete
  8. perlu melembutkan diri demi air, betul, sgt2 setuju, xkisah ap org kata, bertolak ansur tu sgt penting

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.