Wednesday, December 26, 2012

PRESTASI BLOG I-THINK-OF SEPANJANG 2012

alam dan selamat datang kepada semua yang biasa berkunjung ke blog ini. Blog yang membincangkan perihal tentang motivasi, kepimpinan, media sosial, produktiviti. Namun, apa yang saya cuba sampaikan adalah melalui pengalaman sendiri dan pembacaan. 
i-think-of.blogspot.com
Fokus penulisan adalah untuk kegunaan diri sendiri dan lebih penting, berkongsi itu baik. Bak kata orang, jika sepotong kek dikongsi ramai, ia akan habis. Berbeza dengan ilmu, semakin dikongsi semakin ia bercambah dan semakin banyak.


Kita kian melangkah ke hujung tahun dan dimana ramai yang akan mula menyimpan pelbagai azam baru dan matlamat baru. Tapi, sebelum kita memulakan matlamat baru dalam apa sahaja yang kita inginkan di masa hadapan, tahukan apakah pencapaian yang pernah kita perolehi? Apakah tanda aras yang boleh kita gunakan?

Justeru itu, disini saya akan berkongsikan bersama "report card" atau buku laporan tentang prestasi blog i-think-of.blogspot.com. 

Berikut adalah beberapa laporan yang saya dapati daripada Google Analytics. Laporan ini adalah laporan  yang bermula daripada 1 Disember 2011 sehingga 1 Disember 2012. 

1. Pengunjung.

Jumlah pengunjung untuk blog I Think Of untuk tarikh di atas adalah seramai 38,098 kunjungan. Dan daripada jumlah tersebut 72.55% (27, 639 kunjungan) adalah daripada "search traffic", 22.63%(8,620 kunjungan) dari "Referrel Traffics" dan 4.83% (1,839 kunjungan) daripada "Direct Traffics".

Jumlah pengunjung unik adalah sebanyak 33,018 untuk tahun 2012 dan mendapat sebanyak 62, 918 pageviews.

Purata paparan untuk setiap kunjungan adalah 1.65 dan masa purata untuk seorang pengunjung berada di blog i-think-of.blogspot.com adalah sebanyak 2.06 minit.
Jumlah Pengunjung
2. Entri blog

Dari 1 Disember 2011 sehingga 1 Disember 2012, jumlah entri yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 110 buah entri yang merangkumi entri tentang motivasi, kata-kata motivasi, media sosial, produktiviti, kepimpinan dan pelbagai.

Target atau sasaran untuk jumlah entri blog di i-think-of.blogspot.com sepatutnya mencapai sehingga 144 entri setahun. Ini adalah berdasarkan pengeluaran entri sebanyak 3 kali seminggu untuk setiap bulan (3 entri x 4 minggu/sebulan x 12 bulan/setahun) = 144 entri/setahun.

Jadi jumlah peratusan untuk entri yang dikeluarkan adalah 110/144 x 100% = 76.4%  = Markah B+ untuk diri sendiri.

3. Pendapatan Blog

Ini adalah pendapatan daripada blog sepanjang masa yang telah dinyatakan di atas;

1. Nuffnang : RM0.00
2. Affiliate : RM50.00. Komisen daripda penjualan Ebook Guru Coklat, cara membuat coklat dirumah
3. Iklan : RM0.00
4. Entri Tajaan : RM0.00
5. Adsense : RM0.00 ( Gagal dalam permohonan)

Jadi jumlah untuk pendapatan blog ini hanyalah sebanyak RM50.00 sepanjang masa yang tersebut. Ini agak kurang memberansangkan kerana saya tidak fokus untuk menjadikan blog ini menjadi blog berpendapatan tinggi. Sekarang masih dalam pembinaan dan belajar untuk membina blog yang mempunyai kualiti dari segi penulisan dan kegunaan entri tersebut.

Jika sudah rezeki nanti, insya-allah tidak akan ke mana-mana. Namun, kena lebih banyak belajar dan berusaha.

Masih banyak lagi yang boleh saya nilai tentang blog ini. Seperti jumlah komennya, entri terbaik, cara promosi terbaik entri dan banyak lagi. Namun, apa yang saya fikirkan inilah antara 3 faktor utama dan motivasi kepada setiap blogger termasuk saya sendiri.

Kesimpulan ringkas daripada 3 penanda aras diatas, saya rasakan blog ini masih jauh ketinggalan daripada blog-blog lain yang mampu menjadi traffik, entri blog dan pendapatan yang banyak. Ini juga bermaksud, masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan untuk dibaiki.

Blog ini masih punyai peluang banyak untuk diperbaiki terutamanya dari segi entri blog yang berkaitan rapat dengan jumlah pengunjung dan cara promosi blog perlu dipertingkakan. Dengan penambahan jumlah traffik, ini mampu meningkatkan juga jumlah pemdapatan kepada blog.

Jadi, untuk menetapkan matlamat tahun depan semoga ia akan menjadi lebih baik daripada apa yang dicatatkan diatas. Insya-allah

Soalan : Bagaimana pula prestasi blog anda? Sudilah untuk kongsikan untuk penetapan matlamat tahun depan.

12 comments:

  1. Tahniah
    Nuffnang masih ksong?
    Boleh usahakan lg

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. terbaik entri ni... semoga berjaya menjana pendapatan sampingan di pada tahun 2013 ya taliff.

    usaha itu tangga kejayaan... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-allah. Terima kasih atas sokongan Mia selama ini :)

      Delete
  3. imbas masa setahun ye... tetiba rasa nak buat juga... haha!
    moga blog taliff lebih meningkat maju untuk tahun 2013 nanti...
    seperti kata kak mia, usaha tangga kejayaan... ^_^

    ReplyDelete
  4. entahlah.
    saya amat jarang promote blog.
    hehe
    matlamat tahun depan?
    hmm.
    mungkin nak tetapkan berapa byk entri utk dikeluarkan dalam masa seminggu.

    ReplyDelete
  5. blog pn ade report card .. insyaAllah selagi ada minat & usaha, mesti ada yg lebih baik utk tahun baru :D gudluck taliff ^^

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Saya selalu dapat sesuatu yang baru kat sini. Memang tak terfikir saya nak buat report card mcm ni.

    Memandangkan tahun ni, saya mula kembali berblog pada bulan tiga, jadi fokus saya lebih pada mencari rangkaian rakan blogger. Dan, usaha saya menulis entry satu untuk sehari juga..boleh kata 70% tercapai..

    Dan, sebut pasal pendapatan, Alhamdulillah, ada rezeki untuk sy tahun ni. Saya harus akui, bila dapat menjana pendapatan dari berblog, sikit sbnyk memg membantu tingkatkan smngt berblog tu,hehehe.

    Kalau ikutkan, saya memg kurg berminat untuk menjadikan blog saya blog tumpuan SEO. Sebab saya ada tujuan saya.. tpi, tak tahula kan dimasa akan dtg, mungkin berubah.. :)

    Dan..akhir skali, bagi saya, sejak saya mula dtg sini smpai saat ni, perubahan paling ketara abgtaliff, sudah tentu gaya penulisan. Tulus dari saya, tahniah kerana sering tampil dengan entry yg penuh isi, padat dan bermutu.

    Semoga terus dan bertambah sukses ditahun baru.. terima kasih banyak sebab selalu berkongsi ilmu.. ^_^

    ReplyDelete
  7. jauh lagi aku ketinggalan kl gini...adesss...kena usaha lagi ni....walaupun blog suka2...tp tak leh nafikan..bab pendapatan blog tu antara pemberi semangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berjaya untuk tahun 2013! :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda.