Monday, December 3, 2012

5 SERVIS UNTUK PENYIMPANAN DATA SECARA TALIAN(ONLINE)

unia teknologi memang berubah dengan terlalu pantas. Saya masih teringat dahulu apabila mula menggunakan telefon bimbit pertama - Nokia 3310.

Ketika itu, telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat panggilan tiada boleh menghantar pesanan ringkas.
Penyimpanan Secara Online(Web), Dropbox | Gambar : Sumber
Namun, telefon sudah benar-benar berevolusi kepada bukan hanya boleh menghantar pesanan ringkas, segala perkara yang anda fikirkan tidak mungkin ketika dahulu kebanyakkan sudah berlaku.

Banyak contoh betapa majunya teknologi sekarang. Tidak juga terlepas bagaimana cara menyimpan data atau file - sama ada untuk kegunaan kerja atau peribadi.

Bermula daripada disket yang besar yang lembut (boleh menyimpan data hanya sebanyak 100MB, kalau tidak silap) sehingga sekarang berubah ke thumbdrive atau lebih dikenali sebagai pendrive. Satu alatan kecil untuk menyimpan data dan mampu untuk menyimpan apa sahaja data sehingga 64GB data. 

Namun, tahukah anda jika suatu hari nanti kita tidak perlu lagi untuk membawa pendrive bagi tujuan menyimpan data kerja atau file-file peribadi? 

Dan, hari itu sebenarnya sudah bermula sekarang.

Dengan kemajuan teknologi internet sekarang, cara penyimpanan data atau file juga telah berevolusi. Daripada menggunakan alatan yang boleh dipegang dan dibawa bersama, kini data atau file boleh disimpan  di awan. Selagi ada internet, selagi itu data atau file kerja akan bersama anda! Antara lain, ia juga dipanggil penyimpanan secara online (dalam talian atau web)

Antara kebaikkan menggunakan penyimpanan web ini adalah;
  1. Boleh diakses selagi ada internet.
  2. Data bleh dikongsi bersama rakan-rakan lain dan di akses bila-bila
  3. Servis didatangkan dengan kawalan keselamatan 
  4. Ruangan untuk "Back-up" data 
Menakjubkan bukan? Itulah sebab dalam satu wawacara di televisyen mengatakan mungkin suatu hari pendrive tidak lagi digunakan. Semua orang akan beralih kepada penyimpanan data ke awan atau cloud - penyimpanan melalui web.

Jadi sini ada beberapa web yang menyediakan penyimpanan data menggunakan cloud. Ada yang menyediakan penyimpanan data secara percuma dan jika dibayar untuk perkhidmatannya akan memberikan lebih ruangan untuk penyimpanan sehingga 1000GB.

1. Dropbox - Penyimpanan web pertama yang saya sudah gunakan sekarang - sebagai percubaan. Dengan pendaftaran percuma, anda akan diberikan sebanyak 2GB ruangan penyimpanan. Jika ingin menambah ruangan untuk penyimpanan, beberapa cara boleh digunakan. Dengan membuat pembayaran bagi penggunaan persendirian membolehkan anda meningkatkan(upgrade) sehingga 100GB ruangan penyimpanan. Jika penggunaan untuk organisasi atau kumpulan, sehingga 1000GB boleh diperolehi.

Ada juga cara-cara lain untuk mendapatkan ruangan penyimpanan bertambah dari 2GB kepada 16GB secara percuma. Cuma ajak rakan-rakan untuk bersama menggunakan Dropbox.

2. AsusWebStorage - Jika anda pembeli produk Asus contohnya komputer riba. Aktifkan akaun daripada software yang diaktifkan di dalam produk Asus itu sendiri. Memberikan ruang sehingga 5GB untuk permulaan.

3. Box - Juga memberikan 5GB ruang simpanan web untuk permulaan secara percuma.

4. JustCloud.Com - Antara penyimpanan web yang punyai ruangan simpanan yang tidak terhad.(Melebihi 1TB).

5. GoogleDoc -Anda punyai akaun untuk google? Google+, blogger, Gmail dan apa sahaja punya kaitan dengan google. Maka dengan automatik anda sudah punyai akaun untuk penyimpanan data google, Google drive. Hanya download aplikasinya ke komputer anda dan ia sedia untuk digunakan. 

Inilah antara 5 servis penyimpanan secara online. Sama ada anda ingin menyimpan file kegunaan peribadi, kerja atau data yang untuk dikongsikan bersama rakan-rakan - ia boleh dilakukan.

Masih banyak lagi servis untuk menyimpan secara online. Namun, saya hanya senaraikan 5 antaranya kepada anda untuk pengenalan. Anda boleh mencarinya di internet dan menggunakan apa yang anda rasa sesuai dengan keperluan anda.

Soalan : Sudahkan Anda Punyai Akaun Untuk Ruangan Penyimpanan Data di Internet? Apakah Servis Yang Anda Cadangkan? Kongsikan di Ruangan Komen

13 comments:

  1. Salam.

    Bila abgtaliff buat entry camni, memang bikin terangguk-angguk kepala saya, hehehe.

    Jap2, fungsi kelima2 ni macam pendrive kan? kita simpan data2 yang kita nak kan?

    Camna dari segi privacynya abgtaliff? lagi2 kalau yang kongsi rmai2 tu?

    Yang GoogleDoc sy pernah guna..tapi sekejap je..tak berapa nak memanfaatkannya,heh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk perkongsiaan, ia adalah pilihan tetapan kita. Kalau ingin berkongsikannya, boleh buat pilihan. jika untuk sendiri tidak untuk perkongsian, juga boleh buat pilihan.

      Delete
  2. mia guna 2 je kat sini... box dan dropbox... ;) senang dan memudahkan.

    ReplyDelete
  3. Dropbox tu bagus jugak boleh upload and share even file yg besar... cuma dah lama tak guna now dah lupa password and login ==

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana kongsi maklumat ini

    ReplyDelete
  5. cloud computing dah makin menguasai dunia it sekarang... tak lama lagi pupus la pendrive macam pupusnya cakera liut dulu dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Itulah yang kita nampak sekarang.

      Delete
  6. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

    ReplyDelete
  7. bagus kalao menggunakan sebaik yg mgkin produk online penyimoanan ni..tp kena ada akses tenet sokmola...

    ReplyDelete
  8. baru tau tentang 5 servis ni..
    haha! ni sah sebab lama sangat duduk dalam gua..
    buta IT sudah..
    terima kasih sebab share maklumat cam gini...

    ReplyDelete
  9. servis didatangkan dgn kawalan keselamatan, means xde virus la kan ? hehe
    memang semakin mantap evolusi cemgini, memudahkan xde kes tertinggal maklumat la,
    maklumat kena virus la. hemm kan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.