Monday, February 20, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | MISKIN

"Orang Yang Paling Miskin Di Muka Bumi bukanlah Orang Yang Tidak Punya Harta. Tapi Mereka Yang Tidak Punya Impian dan Cita-cita"

Monday, February 13, 2012

KOREA'S GOT TALENT | SUNG BONG CHOI | BILA PELUANG DIGUNAKAN SEBAIKNYA

Korea's Got Talent, Sung Bong Choi ialah sensasi internet terkini. Ingat Susan Boyle yang juga telah mengegar dunia dengan suaranya. Tapi, Sung Bong Choi uniknya juga punyai cerita beliau yang sukar dan sangat menyedihkan

Apabila ditanyakan oleh juri, kenapa ruangan keluarga dalam ruang borang dibiarkan kosong. Jawapnya, beliau tidak punyai keluarga. Dia tinggal di rumah asuhan kanak-kanak tapi telah melarikan diri kerana telah didera. Mengejutkan.

Jadi, sepanjang 10 tahun, beliau hidup keseorangan, menjual Gula-gula getah dan air minuman tenaga untuk meneruskan hidup. Menjadikan tandas dan bawah tangga sebagai tempat untuk berteduh namun dia teruskan juga kehidupan.

Apabila ditanya lagi, kenapa beliau ingin menyanyi? Katanya, ramai menganggap menyanyi sebagai satu cara untuk bersuka atau bersenang tapi baginya ianya sebagai cara untuk mengharungi kehidupannya yang perit selama 10tahun. Baginya, Menyanyi adalah salah satu perkara yang beliau suka semasa keseorangan.

MUST SEE VIDEO
HOMELESS KOREAN BOY IN KOREAN GOT TALENT SHOW



Sunday, February 12, 2012

KEDAI MAKAN YANG PENUH...SEBUAH MITOS ATAS FAKTANYA

"Jangan Makan Kat Kedai Super Sedap Kaw Lagi!"

"Apa hal? Aku tengok Elok je. Makanan Sedap, Ramai Orang, Makanan banyak pilihan, Ok je"

"Jangan. Sebab Makanan ko makan tu, ada kencing Jin..Itu yang sedap!"

Aik? Betul ke?

Pernah diri anda lalui perkara atau dialog seperti di atas? Jadi apa yang anda fikirkan sekarang? Terus makan di kedai tersebut atau sebaliknya.

Nasi bersama ketam | Gambar : Google

Inilah keadaan yang selalu yang kita lalui atau dengar apabila terdapat kedai yang sangat ramai pelanggannya. Akan ada kedengaran suara-suara yang akan mengatakan kedai makan yang mempunyai ramai pelanggan akan ada macam-macam pelaris yang digunakan.

Wednesday, February 8, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | BODOH

"Bertanya Akan Membuatkan Kamu Bodoh Ketika Itu, Tapi Dengan Tidak Bertanya, Akan Membuatkan Kamu Bodoh Selamanya"

Monday, February 6, 2012

7 CARA MENCARI IDEA UNTUK ENTRI BLOG

Blogger selalunya bersedia untuk menampilkan apa sahaja yang bernas dalam dunia penulisan laman blog mereka. Bersemangat dan bersedia untuk menghuraikan dengan seni tersendiri dan gaya tersendiri yang memukau. Setiap masa mengharapkan laman blog anda seperti kedai pisang goreng panas yang setiap hari dikunjungi ramai.


Percambahan Idea | Gambar : Google

Seronok bukan, ramai orang banyak masyuk. Tetapi apa terjadi jika bahan-bahan pisang goreng habis? Mahupun tong gas sudah habis? Mana nak cari ganti? Tahu tidak di mana kedai untuk membeli gantian? Kalau tidak tahu alamatnya tutuplah kedai. Kecewa bukan?

Begitu juga idea berblog, terkadang kita akan berasa kecewa apabila tidak dapat memberikan apa saja yang terbaru kepada para pendatang laman kita. Pada suatu ketika, terasa idea yang begitu banyak melimpah ruah, ada saja yang ingin dibincangkan. Tetapi tidak mampu berbuat apa setelah ingin bermula. Idea kering.

Saturday, February 4, 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W | CONTOH MENTOR MOTIVASI DAN KEPIMPINAN TERBAIK

Setiap tahun, masyarakat islam dunia akan meraikan hari keputeraan baginda Rasullullah, Nabi Muhammad s.a.w atau lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul. Ianya dilangsungkan dengan bacaan shalawat dan doa ke atas Nabi Junjungan Besar kita. Pada hari tersebut juga, kita semua umat islam disaran untuk memperingati dan menghayati akan perjuangan baginda Rasullah dalam pengorbanan baginda dalam menyebarkan syiar Islam keseluruh pelusuk muka bumi.

Nabi Muhammad s.a.w, mentor terbaik | Gambar : Google

Jadi, sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan dalam kita menghayati perjuangan baginda, apakah pengajaran yang dapat diperolehi daripada apa yang telah baginda tunjukkan kepada kita terutamanya sebagai umat Islam?

Thursday, February 2, 2012

BAGAIMANA BERJAYA DENGAN SEORANG MENTOR

Peribahasa menyebut "Berkawan Dengan Penjual Minyak Wangi, Kita akan turut Wangi". Peribahasa ini digunakan untuk mengingatkan kita untuk memilih kawan dalam menjalani kehidupan seharian. Perumpamaan ini, memang ada benarnya.

Ikut Jejak Mentor Gambar : Google

Dengan memilih kawan, kita akan sekali - sekala, terikut terikut dengan perwatakan mahupaun cara mereka. Jika baik caranya, serba-serbi baiklah hala tuju kita. Jika tersalah caranya, kita akan terjebak sama andai bersama lalai dan terleka. Seorang juga mentor boleh menentukan hala tuju kita dan bagaimana?

Wednesday, February 1, 2012

ENTRI DAN PEMBERI KOMEN UNTUK JANUARI 2012

Sebuah komen adalah amat berharga kepada sebuah penulisan langsung memberi impak kepada sebuah blog. Justeru, demi untuk menghargai para blogger yang telah singgah datang, meluangkan sedikit masa membaca, mentelaah isi kandungan dan memberikan komen yang berguna dalam blog saya.

Justeru, saya akan meletakkan link blog mereka dalam entri ini. Jika anda ingin merapati dan singgah di blog mereka, klik sahaja pada kaitan yang disediakan.

Pemberi Komen Januari 2012 | Gambar : google

Untuk pemberi komen, terima kasih kerana datang dan memeriahkan blog I Think Of. Komen anda ke atas entri yang telah disiarkan amat berguna untuk perkembangan idea yang telah dilontarkan. Idea bernas anda banyak membantu dalam penulisan-penulisan saya yang akan datang walau dalam apa topik sekali pun.