Sunday, March 25, 2012

7 KEBAIKKAN YANG BOLEH DIDAPATI DENGAN MEMBACA

"Membaca jambatan ilmu". Perumpamaan yang menyifatkan membaca sebagai penghubung untuk sampai ke sesuatu tempat berbeza atau yang lain. Sememangnya terlalu banyak kebaikkan dan faedah yang didapati dengan membaca. Mungkin kerana itu, soalan karangan SPM juga sering meminta pelajar untuk memberikan beberapa faedah yang boleh diperolehi membaca.

Membaca Jambatan Ilmu | Gambar : Google

Banyak bahan bacaan terkini dan baik berada di pasaran. Majalah, buku, komik, media massa seperti blog, dan tidak ketinggalan surat khabar. Malah, kedai-kedai buku juga membawa bahan bacaan daripada luar negara untuk meningkatkan lagi pengetahuan apa sahaja yang kita perlukan.

Wednesday, March 14, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | MENGUBAH DUNIA

"Kita Sering Bercita-cita Untuk Mengubah Satu Dunia, Tapi Tidak Pernah Bercita-Cita dan Berusaha Untuk Mengubah Diri Sendiri"

Sunday, March 11, 2012

3 PERKARA YANG DIPELAJARI SEMASA KEJADIAN KETIADAAN AIR DI MIRI

Sedang saya berehat hujung minggu sambil menonton filem Cicakman di televisyen. Saya tertarik dengan satu slot dimana seorang Datuk Bandar meletak jawatan kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah air tercemar yang berlaku di bandar Metrofulus.

Kejadian huru-hara tersebut adalah konspirasi Professor Klon lakonan Aznil untuk mempengaruhi dan memberi tekanan kepada pemerintah bandar metrofulus demi untuk kepentingan peribadinya.

Orang Ramai Berebut Untuk Membeli Air Minuman | Gambar : miritodaynews.blogspot.com

Dengan mencemarkan air bersih di empangan, Professor Klon berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk setempat dengan taktik membekalkan air bersih. Tapi, entri saya bukan untuk mengulas lebih lanjut jalan cerita filem Cicakman tersebut.

Thursday, March 8, 2012

ENTRI DAN PEMBERI KOMEN UNTUK FEBUARI 2012

Jika anda terlepas atau belum lagi singgah untuk entri bulan febuari 2012, anda boleh melihat dan klik di pautan dibawah untuk membacanya;
Bahasa Itu Indah. Jika anda ingin mengetahui keindahnya boleh klik dipautan untuk mendapatkan sedikit mutiara daripada kata-kata ; MUTIARA KATA


Pemberi Komen Terbanyak Untuk Febuari 2012 | Gambar : Google