Saturday, April 28, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | BERBAHASA

"Bertutur Kata Dengan Bahasa Yang Baik Umpama Mutiara Yang Digantung Bersama"

Wednesday, April 25, 2012

PENGENALAN KEPADA "CLOUD COMPUTING"

Sambil saya dengan rakan sekerja duduk mendengar ceramah ringkas seorang VIP untuk sebuah pembangunan kawasan perumahan yang lebih efektif dan mengikut ciri perjalanan arus masa kini. Saya tertulis satu perkara baru yang beliau telah sampaikan dalam ucapan tersebut.

Apa Itu "Cloud Computing"? | Gambar : youtube

"Cloud Computing". Sendiri tertanya apakah sebenarnya perkara sebenar atau fungsi perkara tersebut. Ya, saya yakin mungkin ada antara anda yang sudah mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut dan mungkin ada yang serupa saya, sentiasa tertanya.

Saturday, April 21, 2012

5 SEBAB MENGAPA PENTINGNYA SEORANG SAHABAT KEPADA PEMIMPIN

Sambil saya sedang mengemas halaman rumah, terlihat 2 orang kanak - kanak sedang berjalan sambil bergurau bertepuk tampar antara satu sama lain. Lalu, terlintas seketika diminda dan teringat seorang kawan karib, Fauzi. Sahabat yang namanya saya gunakan untuk memasuki pertandingan menulis karangan sekolah rendah yang bertajuk "My Best Friend".

Bersama Rakan | Gambar : google

Karangan tersebut, menceritakan bagaimana beliau menyelamatkan saya daripada lemas dan akhirnya mendapat tempat ketiga dan dimasukkan dalam majalah sekolah. Setiap orang punyai sahabat. Sahabat ada walaupun dimana kita berada tanpa mengira apa status kehidupan kita. Seorang kanak-kanak perlukan sahabat. Seorang dewasa perlukan sahabat. Seorang pemimpin juga perlukan sahabat.

Wednesday, April 18, 2012

BAGAIMANA DAPATKAN IDEA ENTRI BLOG DENGAN 4W DAN 1H

Menulis memang amat menyeronokkan. Terkadang kita sangat teruja untuk menulis atau mengarang sesuatu untuk dikongsikan bersama kepada semua terutamanya para pembaca. Namun, sekali sekala atau selalunya kita terasa seperti terlalu banyak idea tapi kehilangan idea untuk mencongaknya.. Pernah menghadapi perkara sedemikian?

Mula Cetuskan Pertanyaan | Gambar : Google

Saya pernah bertemu seorang blogger yang pada katanya amat susah untuk dia menulis kerana ketandusan idea. Tidak tahu apa yang ingin dikongsikan bersama rakan pembaca lain. Jadi, saya cadangkan satu idea untuk beliau sebagai pencetus atau pemula bagi mendapatkan idea untuk menulis. Apa yang saya cadangkan ialah menggunakan teknik 4W dan 1H.

Tuesday, April 17, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | MASA DEPAN

"Jika Hilang Segalanya, Ingat Bahawasanya Kita Masih Punyai Masa Depan"

Saturday, April 14, 2012

JEMPUTAN UNTUK MENULIS DI BLOG "I THINK OF" | PENULIS JEMPUTAN

Ini adalah jemputan dan peluang untuk para pembaca dan para blogger untuk mula menulis dan menyiarkan entri anda di blog i-think-of.blogspot.com. Untuk perkongsiaan ilmu yang kian luas dan tidak mungkin mampu untuk saya tafsirkan seorang diri, mungkin anda punyai idea, pandangan dan cadangan yang lebih baik dan ingin kongsikan bersama di sini.

Mula Menulis di i-think-of.blogspot.com | Gambar : Google

Saya sendiri mulanya ragu-ragu untuk mengadakan ruang Penulis Jemputan ini, namun setelah mendapati ianya juga mempunyai faedah yang baik kepada saya dan terutamanya anda. Justeru dengan langkah mula saya meneruskan juga idea ini. Antara beberapa faedah yang akan anda perolehi dengan menjadi Penulis Jemputan;

Monday, April 9, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | RASA GULA

"Tidak Kita Kenali Rasa Manis Sebenar Gula Jika Tidak Pernah Kita Rasai Pahitnya Hempedu"

Saturday, April 7, 2012

BAHAYA DUDUK TERLALU LAMA [ INFOGRAFIK ]

Dalam zaman teknologi yang serba pantas dan menghiburkan ini. Kita akan sentiasa hanyut dengan infomasi-infomasi yang sentiasa bergerak dan segar. Tanpa sedar kita duduk berjam-jam lamanya dihadapan komputer.

Gajah Duduk | Gambar : joul-zero.blogspot.com

Sama ada untuk menyiapkan kerja, mendengar lagu dan menonton video daripada Youtube mahupun menaip entri blog. Sedarkan kita sebenarnya duduk yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan diri.

Pada mulanya, infografik ini saya temui pada satu blog namun tidak mengendahkannya. Tapi, apabila sekali lagi terjumpa info yang sama, dan sekarang dirasakan penting, jadi disini saya sertakan untuk pembacaan dan pengetahuan bersama.

Tahukan anda satu kajian mengatakan bahawa duduk terlalu lama adalah merbahaya dan ianya boleh membunuh? 

Monday, April 2, 2012

HARGA SEBUAH KESIHATAN


Tidak perlu menjadi seorang doktor atau jururawat untuk menilainya bukan? Tidak perlu seorang yang pakar untuk kita mengetahui nilainya sebuah kesihatan.

Tapi sepanjang kita berada dalam keadaan yang baik, sihat dan sejahtera pernah kita hargai kesihatan yang sememangnya satu anugerah kepada diri. 

 Penuh Dengan Tenaga | Gambar : Google

Rasanya kebanyakkan kita akan menyedari nilai sebuah kesihatan apabila sudah tiadanya sihat lagi pada diri sendiri. Contohnya demam atau sebagainya. 

Ada yang sengaja menjadikan sakit sebagai satu alasan untuk menidakkan sesuatu perkara atau hal. Mungkin ada, semasa sedang berada dibangku sekolah menjadikan demam sebagai satu alasan untuk tidak menghadiri kelas. Hanya satu alasan kukuh untuk menyembunyikan kemalasan diri? :)

Sunday, April 1, 2012

ENTRI DAN PEMBERI KOMEN UNTUK MAC 2012

Dalam bulan Mac yang lalu, saya hanya telah mampu mengeluarkan 3 entri untuk blog. Angka yang pada saya sendiri, amat kurang memberansangkan. Saya akui mungkin ianya kerana kekurangan masa, disiplin diri dan tenaga untuk menghasilkan artikel untuk dikongsikan.

Entri dan Pemberi Komen Untuk Mac 2012 | Gambar : Google

Mungkin juga kerana kekurangan idea untuk menghuraikan tajuk yang dipilih antara faktor atau sebab kepada kurangnya pengisian kepada blog ini. Untuk pengetahuan saya hanya mampu mengeluarkan 3 entri bawah label Pelbagai, Mutiara Kata, Kepimpinan. Jika terlepas untuk membacanya, anda bolehlah klik pautan dibawah untuk mengikutinya ;
  1. 3 Perkara yang Dipelajari Semasa Ketiadaan Air di Miri
  2. 7 Kebaikkan Yang Boleh Didapati Dengan Membaca 
Bahasa seindah Mutiara? Klik pautan ini Mutiara Kata

Walaupun dengan kekurangan entri yang dikeluarkan, tapi masih ada antara blogger dan pembaca yang telah singgah, mentelaah dan meninggalkan komen dan memberi idea kepada penulisan entri tersebut.