Monday, May 21, 2012

BEREHAT SEBENTAR

Dalam beberapa minggu ini, saya terlalu sibuk dalam menguruskan perihal walimatul urus sendiri . Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang entri demi memberikan fokus sepenuhnya kepada majlis tersebut.

Berehat Sebentar | Gambar : Google

Akibatnya, saya tidak akan dapat mengeluarkan entri seperti biasa, tidak akan mampu menumpukan kepada pembacaan entri rakan-rakan dan menurunkan komen.

Saya juga tidak akan dapat mengeluarkan entri wajib "Pemberi komen dan Entri untuk bulan Mei 2012" yang akan dikeluarkan setiap hujung bulan. Mungkin akan dikeluarkan ketika sudah selesai segalanya nanti.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan majlis tersebut. Amin

Sehingga ke entri yang akan datang. Insya-allah

Saturday, May 19, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | RIANG


"Dan sudah terbukti, dengan kudrat yang halus semasa bayi, saya mampu membesar menjadi kanak-kanak yang periang, jadi..dengan kudrat yang kecil semasa kanak-kanak, saya juga tahu saya mampu menghadapi alam dewasa yang penuh cabaran.. dan..saya tetap mahu menjadi seorang yang periang! "

Friday, May 18, 2012

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER YANG LEBIH BAIK

Sambil menjenguk kembali rakan-rakan blogger yang telah singgah di fibox, terjumpa seorang penulis yang mengikut beliau  masih baru.

Klik sini untuk pergi ke halamannya dan jangan lupa sampaikan salam daripada saya. :)

Berusaha Menjadi Lebih Baik | Gambar : Google

Kerana itu, terkenang kembali, ketika dulu apabila mengambil keputusan untuk terjun ke dalam dunia penulisan maya - Blog. Penulisan pertama berjudul "First Step To Make 1000 Ahead" menunjukkan betapa kagum, takut dan tergapai-gapainya saya sendiri apabila memulakan misi ini. Masih baru pastinya tiada komen, tiada pelawat, tiada tujuan dan akhirnya kecewa.

Wednesday, May 16, 2012

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI

Pernah menerima sesuatu atau ucapan ringkas daripada kawan, isteri, suami, sanak saudara atau bos? Mungkin kerana sambutan ulangtahun, pencapaian atau harijadi?

Belajar Menghargai | Gambar : Google

Jadi, apa yang anda rasakan? Semestinya rasa sangat dihargai. Kebetulan, kita berada dalam Bulan Mei atau bulan penghargaan. Kenapa? 

Cuba senaraikan hari-hari yang disambut dalam bulan MEI, banyak bukan. Begitu juga saya, baru-baru ini menerima banyak ucapan selamat dan baik daripada rakan sekeliling, keluarga dan kenalan.

Monday, May 14, 2012

KEMAHIRAN HIDUP BUKAN SEKADAR PELAJARAN SEKOLAH

Saya teringat semula beberapa puluh tahun yang lepas, berada dalam sekolah tingkatan. Kelas kami telah diberikan satu mata pelajaran iaitu kemahiran hidup. Mempelajari kemahiran tentang kerja-kerja asas seperti menjahit, bertukang dan bercucuk tanam.

Kemahiran Diri | Gambar : Google

Dalam masa setahun, kami sekelas diajarkan dengan kemahiran-kemahiran tadi yang pada masa tersebut saya fikirkan amat tidak bersesuaian dengan diri. Adakah patut seorang lelaki mempelajari cara menjahit dan jenis jahitan? Pada akhir pelajaran kami diarahkan untuk menanam dan menjaga bunga matahari, hasilnya kami perolehi kuaci hasil tanaman sendiri.

Saturday, May 12, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | BERMULA KECIL

"Perkara Hebat Bermula Dari Beberapa Perkara Kecil Yang Dicantum Bersama"

-Vincent Van Gogh-

Thursday, May 10, 2012

5 CARA DAPATKAN MASA UNTUK MEMBACA

Dalam entri lepas, saya pernah perbincangkan 7 kebaikkan yang boleh diperoleh dengan membaca. Rakan-rakan blogger terutamanya seperti Lana dan FiQ sebagai contoh, menjadikan membaca salah satu hobi dan sumber untuk mendapatkan perkara baru yang mereka ingin pelajari.

Sediakan Masa Membaca | Gambar : Google

Bahan untuk membaca boleh kita perolehi dengan banyak cara. Daripada buku, internet, majalah mahupun surat khabar. Baru-baru ini saya juga telah membeli satu buku yang bertajuk 13 Qualities Winners Share, Tom Bay, Ph.D dan diedarkan oleh Advantage Quest Publications.


Tuesday, May 8, 2012

6 CARA BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN ENTRI BLOG TERUS "MATI"

Semakin banyak entri yang kita tuliskan dari hari ke hari, masa ke semasa pasti kita akan kurang menumpukan perhatian kepada entri-entri kita yang lepas. Jika kita sendiri kian melupakan entri yang telah kita tuliskan, apatah lagi dengan orang lain bukan?

Jangan Biarkan Entri Anda Hilang Nilainya | Gambar : Google

Saya sendiri dalam beberapa minggu kebelakangan mula membaca semula entri-entri yang lama dan apa yang saya perasan penulisan saya banyak berubah terutamanya dalam tahun ini berbanding tahun lepas. Ini mungkin kerana terikut-ikut langkah seorang cara seorang direktor dan blogger professional.

Saturday, May 5, 2012

8 PERKARA YANG PERLU UNTUK SEBUAH TRANFORMASI

Tranformasi dengan mudah boleh disamakan dengan berubah. Berubah dari satu perkara kepada satu perkara lain. Ataupun berubah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya.

Mana yang kita pilih? Diri kita, kita pemimpinnya.

Perubahan Perlukan Pengorbanan | Gambar : Google

Saya juga seperti anda, sering mendengar terdapat mana-mana orang atau pihak tertentu ingin bertranformasi kepada yang lebih baik. Punyai idea tapi tidak sampai ke mana. Ada yang berjaya, tapi banyak yang kecundang setengah jalan. Adakah perubahan akan digapai dengan memetik jari atau hanya dengan menepuk dada? Tidak bukan.

Thursday, May 3, 2012

KEMBANGKAN KEBOLEHAN DIRI DENGAN ASK

Setiap daripada kita akan tersimpan cita-cita untuk berjaya dan mengapai sesuatu yang lebih tinggi dalam kehidupan. Mungkin dari gaji yang cukup makan kepada gaji yang lebih baik. Atau, daripada penulis blog separuh masa kepada professional dan mampu menjana pendapatan daripadanya.

Gabungkan A-S-K untuk berkembang | Gambar : Google

Kecuali anda tidak punyai cita-cita untuk melangkah, mungkin akan tersekat atau terus terhenti keupayaan untuk mengapai sesuatu.

Tuesday, May 1, 2012

ENTRI DAN PEMBERI KOMEN UNTUK APRIL 2012

Jika anda terlepas atau belum membaca entri saya untuk bulan April, anda bolehlah klik pautan dibawah untuk membacanya;
  1. Harga Sebuah Kesihatan
  2. Bahaya Duduk Terlalu Lama [ inforgrafik ]
  3. Jemputan untuk Menulis di Blog "I Think OF" | Penulis Jemputan
  4. Bagaimana Dapatkan Idea Entri Dengan 4W 1H
  5. 5 Sebab Mengapa Pentingnya Seorang Sahabat Kepada Pemimpin
  6. Pengenalan Kepada "Cloud Computing"
Jika Anda Inginkan Sedikit Mutiara Kata, boleh klik di sini ; Mutiara Kata

Pemberi Komen untuk April 2012 | Gambar : Google