Friday, June 29, 2012

5 APLIKASI ANDROID YANG BOLEH MEMBANTU DALAM KERJA

Teknologi android kian pantas dan pesat berkembang. Ini kerana kebolehahnya seakan-akan boleh menyamai komputer biasa yang kita gunakan sekarang.

Android Datang Membantu | Gambar : Google

Setelah terdorong untuk menjawab persoalan Puan Mia berkaitan telefon terbaik untuk dipilih, dengan segera jawapan terlintas adalah telefon dengan sistem android. Mungkin kerana selama ini, saya lebih terarah kepada aplikasi android dalam menjalankan tugas harian - Mungkin.

Wednesday, June 27, 2012

3 SEBAB KENAPA PERLU "LAKUKAN SEKARANG"

Setelah sekian lamanya terhenti seperti tulisan saya dalam entri ini. Terasa perasaan yang sangat berat untuk mencari momentum. Sama ada untuk untuk kembali memulakan tugas, apatah lagi untuk menulis blog. 

Sehinggakan boleh tertimbulnya motivasi untuk melakukan sesuatu seperti saya katakan disini - setelah sekian lamanya terhenti.  Namun masih juga punyai satu masalahnya - Untuk Bermula!

Bermula Sekarang | Gambar : Google

Setelah mengumpulkan upaya dan berlatih sekian lama, perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah untuk memulakan kerja atau tugas yang kita inginkan - semua pasti merasa. Tapi, jika perkara yang telah kita rancang dan tidak memulakannya juga seperti juga perbuatan sia-sia.

Monday, June 25, 2012

(VIDEO) DAHULUI DENGAN BATU BESAR! CARA MENGURUS MASA?

Tugasan atau perkara yang mengelilingi kita dalam hidup, sememangnya banyak. Terlalu banyak sehinggakan kita terlepas untuk melakukan yang lebih penting dan sepatutnya, dahulu.

Kita, terkadang terlalu leka dengan mengutamakan perkara kecil, remeh-temeh dan hanya punyai peluang atau pulangan yang hampir sama setiap satunya. Ini membuatkan perjalanan kehidupan masa kita umpama terlalu sempit sedangkan setiap orang punyai jumlah masa yang sama - 24/7 !

Saya sendiri telah ditemukan dengan video ini  apabila membaca blog seorang penceramah dan blogger professional. Kini saya panjangkan untuk tatapan dan penilaian bersama.


Put Your Big Rocks in First! | Sumber : Youtube

Jangan terlepas untuk menonton video Youtube ini kerana ia akan memberikan seribu satu pengajaran dalam tatacara kita mengurus masa. 

Selamat Menonton.

Soalan : Apa Pengajaran Yang Anda Perolehi Dari Rakaman Video Tersebut Dengan Pengurusan Anda? Kongsikan Pendapat Anda.

Thursday, June 21, 2012

BAGAIMANA MENULIS ENTRI BLOG (SETELAH LAMANYA TERHENTI)

Setelah hampir sebulan meninggalkan blog, menjerumuskan diri dalam kesibukkan untuk urusan peribadi.  Akhirnya saya kembali ke keadaan sedia kala yang memberikan ruang masa untuk kembali menulis.

Alhamdulillah, segala urusan sudah pun selesai dan berjalan dengan baik.

Bermula Menulis Semula | Gambar : Google

Tapi, sebaik sahaja saya cuba untuk memulakan penulisan, terasa seperti terdapat halangan yang membuatkan jari seperti terhenti untuk mencurahkan apa yang difikirkan kepada penulisan entri. Bagaimana menulis entri blog? Tertanya sendiri.

Terasa pemikiran dan daya untuk menulis seperti terhenti - Tergendala tanpa idea.