Tuesday, July 31, 2012

6 CARA MENGHILANGKAN BOSAN

M elakukan perkara yang sama dan berulang akan boleh menimbulkan satu perkara pasti - bosan. Perkara ini adalah satu perkara biasa terjadi kepada semua orang. Sama ada cepat atau lambat pasti akan merasa.

Bosan | Gambar : sumber
Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri sehinggakan saya tercetus idea untuk mengeluarkan entri ini. Merasa bosan untuk melakukan apa sahaja. Saya merasakan sangat bosan, walaupun menonton televisyen. Sepertinya satu perkara yang mustahil bukan?

Sebelumnya, bila duduk dihadapan komputer, juga merasa bosan walaupun telah banyak perkara dan idea telah disimpan draft blogspot dan hanya untuk menghuraikannya. Kerana perasaan bosan tersebut, ia  membawa kemalasan yang membantutkan keupayaan sendiri.

Monday, July 30, 2012

7 TEKNIK MUDAH SEO

Setelah melakukan sedikit ulang kaji ke atas entri blog, saya terperasan bahawa semakin jarang entri seo dikeluarkan. Mungkin saya lebih menumpukan perhatian kepada entri lain. Jadi, sekarang saya kongsikan beberapa teknik mudah seo untuk blog anda yang saya perolehi melalui pembacaan. :)

Teknik Mudah Seo | Gambar : Google
Saya sangat pasti tentunya ramai yang mengetahui apa itu SEO (Search Enjin Optimizer). Jika tidak mungkin sedikit penerangan SEO ini dapat membantu pemahaman anda. Saya terangkan secara ringkas disini SEO adalah salah satu teknik atau kaedah untuk memastikan kedudukan blog dalam Search Enjin Result Page - SERP.


Sunday, July 29, 2012

APA PELANGGAN MAHU DARI KEDAI MAKAN

Apa pelanggan mahu dari kedai makan? Untuk pengetahuan anda, ini adalah salah satu keyword atau kata kunci yang saya dapati daripada nuffnang keyword search.

Keyword Kedai Makan 
Saya rasakan kata kunci sebagai satu anugerah - Hadiah.

Hadiah untuk saya mengulas perkara ini dalam laman blog. Saya tanyakan kepada anda adakah anda selalu berpuas hati setelah membayar makanan dan minum yang telah anda tempah? Pengalaman saya, daripada 10 buah kedai makan yang disinggah, mungkin hanya 2 atau 3 buah kedai sahaja, dengan rela hati untuk saya pergi singgah semula.

Friday, July 27, 2012

JANGAN MENYERAH DAN PUTUS ASA

ubaan dalam hidup memang memberikan cabaran kepada diri setiap hari. Cabaran yang dihadapi bukan hanya yang mampu kita hadapi tapi juga cabaran yang sepertinya kita terasa tidak adil kepada diri - Terlalu berat.



Inspirasi Entri Kali Ini | sumber : Youtube

Setiap insan atas dunia punya beban tersendiri dan tidak pernah terlepas daripadanya. Terkadang kita rasakan bebanan yang datang sepertinya bertimpa-timpa.

Jangan Menyerah!

Wednesday, July 25, 2012

TANGGUNGJAWAB BLOGGER DIBULAN RAMADHAN

B erkongsi itu baik. Terutamanya, seorang blogger. Memberi maklumat dan memberi pelbagai maklumat sebagai panduan dan perkongsian bersama kepada pembaca.

Berhati-hati Apabila Berkongsi | Gambar : sumber
Bagaimana pula tersalah kongsi? 

Berkongsi maklumat palsu dan salah kepada pembaca. Akhirnya, si pembaca yang datang mempercayainya dan kemudian memanjangkan perkara salah tersebut. Bukankan itu bagai satu wabak yang memberi penyakit kepada semua secara perlahan - Tapi Pasti.


Monday, July 23, 2012

RAMADHAN BULAN UNTUK MENDIDIK DIRI SENDIRI

D alam khutbah jumaat lepas, khatib telah menyampaikan tajuk tentang bulan yang sangat dinantikan oleh seluruh umat islam didunia - Ramadhan.
Bersabar Dalam Menempuh Ramadhan | Gambar : sumber
Dalam khutbah tersebut, khatib telah juga menyebut ramadhan adalah salah satu bulan pendidikan. Ini membuatkan saya terimbas kenangan lama ketika masih kanak-kanak. Zaman ketika mula-mula berpuasa dan mengerjakan apa sahaja yang semua orang lakukan dalam bulan tersebut termasuk membantu Ibu membuat kek lapis sarawak. 


Sunday, July 22, 2012

KADAR ZAKAT FITRAH DI SARAWAK 2012 | RM6.50

Kadar zakat fitrah untuk bulan ramadhan tahun 2012 adalah sebanyak RM6.50 seorangBerikut dibawah adalah waktu untuk membayar zakat fitrah bagi seluruh umat islam.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Zakat | Gambar : sumber
Wajib : Mulai terbenam matahari Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Afdal : Sebelum sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat : Sepanjang Bulan Ramadhan
Makruh : Selepas sembahyang hari raya aidilftri sehingga terbenam matahari 1 syawal
Haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal. 

Selamat menunaikan puasa Ramadhan dan menunaikan kewajiban menunaikan zakat.

p.s : Jika anda mempunyai sumber untuk kadar zakat di tempat-tempat lain di Malaysia, bolehlah meninggalkannya dalam ruangan komen dibawah.

Saturday, July 21, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | KEPIMPINAN

"Kepimpinan Adalah Satu Seni Untuk Membuatkan Orang Lain Apa Yang Kita Mahu dan Mereka Mahu Untuk Melakukannya"

-Dwight D. Eisenhower- 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H/2012M

Dengan kedatangan bulan mulia dan yang dinantikan oleh semua umat islam diseluruh dunia, jadi disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H/2012M.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa | Gambar : sumber
Kepada isteri, keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan blogger, pengunjung blog dan seluruh umat islam di Malaysia dan seluruh dunia, Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan mulia - Ramadhan.

Semoga dengan Ramadhan kali ini, kita memberikan yang terbaik untuk menjalankan segala ibadat dan kebaikkan. Jangan lepaskan segala peluang besar yang telah dijanjikan didalamnya.


Friday, July 20, 2012

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1433H/2012M

Untuk umat Islam di Sarawak, ini adalah jadual berpuasa yang (waktu imsak dan berbuka) zon-zon di Sarawak untuk Tahun 1433 Hijrah bersamaan Tahun 2012 Masihi.

Zon 1 : Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2 : Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

Zon 3 : Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu

Zon 4 : Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song

Zon 5 : Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang

Zon 6 : Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Sepaoh, Pusak, Saratok, Roban dan Debak

Zon 7 : Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Maludam

Zon 8 : Kuching, Lundu, Bau dan Semantan


Klik Gambar dibawah untuk ke Laman Web Jabatan Agama Islam Sarawak Untuk memuat turun Jadual Imsak dan Berbuka bagi Tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi.


Selamat Berpuasa

Wednesday, July 18, 2012

4 PERKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN SELEPAS BANGUN TIDUR

Pagi pada anggap pemula hari kepada ramai. Mungkin kerana  kesegaran setelah bangun daripada tidur dan penuh dengan tenaga untuk memulakan hari setelah matahari terbit.
Bangun Pagi | Gambar : Google
Namun, apa pun tanggapan pastikan bangun pagi anda penuh dengan semangat! - Berkobar.

Saya sendiri juga sentiasa mengharapkan agar bangun pagi dan hari yang ditempuhi adalah yang baik. Terkadang tidak semua yang kita inginkan akan seperti yang dingini. Tentu ada sahaja faktor dan sebab yang mungkin menganggu perasaan seharian.


Monday, July 16, 2012

BLOG REVIEW | SOP.NAME.MY

Blog Ini Adalah Mengenai Saya. Anda kenal dengan blogger yang menggunakan frasa ayat ini? Gambar dibawah mungkin boleh menceritakan segalanya.

Blog sop.name.my 
Pada penilaian saya, beliau adalah salah seorang blogger yang sememangnya amat dikenali ramai. Sudah berada dalam arena blogging mungkin lebih daripada 5 tahun (ketika entri ini dibuat). Beliau lebih dikenali dengan panggilan SOP dalam blogging - mungkin juga dunia reality.


Friday, July 13, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | MALU

"Antara Sebab Mereka Yang Gagal Adalah Kerana Malu"


Wednesday, July 11, 2012

PERLUKAH MEMBALAS KOMEN DALAM BLOG SENDIRI?

Sedang saya berbual bersama rakan, tiba-tiba datang rakan yang cuba berinteraksi dengan kumpulan kami yang sedang rancak berborak.


untuk memberi komen
Memberi Komen Dalam Blog | Gambar : Google
Namun, kerana keasyikkan kami seolah tidak memperdulikan teguran beliau sehinggakan beliau terus duduk dan menegur dengan gaya tidak berpuas hati. Segera kami menjelaskannya mungkin kerana keasyikkan sehingga beliau sepertinya - terbiar. :)

Apa pun itulah kehidupan normal - berinteraksi.

Monday, July 9, 2012

FAKTA ATAU MITOS? MUDAH UNTUK MENJADI BLOGGER

Setiap hari dan masa setiap perkara yang terlintas difikiran kini punyai nilai tersendiri. Kerana, nilai buah fikiran tersebut penting dan perlu untuk meneruskan rentak dan aliran dalam blog i-think-of.blogspot.com.

Blogger
Blogging Itu Mudah? | sumber : Google
Teringat kembali ketika mula-mula ingin mencuba untuk membina laman web peribadi itu pun kerana terikut-ikut. Sehinggakan saya membuka akaun blog dibawah platform geocities - gagal. Kemudian meneruskan untuk mengejar kemahuan kerana minat, tapi kali ini atas flatform blogger. Namun, setelah 4 tahun masih dalam proses belajar.


Friday, July 6, 2012

HIDUP JUGA TENTANG MENGAMBIL PELUANG

Ia sepertinya satu kekecewaan kepada diri saya oleh kerana satu perkara. Bukan sebab cinta, tapi kekecewaannya kerana peluang.

Jangan Lepaskan Peluang Yang Ada
Jangan Lepaskan Peluang | Gambar : Google
Sedang saya sendiri singgah ke kedai runcit hanya untuk membeli beberapa barangan dapur yang telah disenaraikan oleh isteri, ternampak kedai kosong sebelah mula diubahsuai. Dan mula terdetik hati perniagaan apakah yang akan berlangsung - kemungkinan idea yang sedang ligat bermain difikiran, hanya tunggu untuk dilaksanakan.

Wednesday, July 4, 2012

BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI

Apabila berdepan dengan pelbagai tugasan yang memberikan tekanan atau apa sahaja perkara yang mendatangkan masalah, kita akan merasakan motivasi diri sendiri kian menurun.

Kehilangan motivasi diri membawa kesan sepertinya hilang minat untuk melakukan sesuatu, hilang fokus, malas, kecewa, tidak tentu arah, tiada objektif mahupun hilang percaya diri.

Kehilangan Motivasi Membawa Masalah | Gambar : Google

Antara keadaan yang sering membawa kepada turunnya motivasi atau pendorong dalam diri adalah kerana pelbagai perkara terutamanya perkara yang membawa kepada kekecewaan seperti konflik, kegagalan dan tekanan. Hal seperti kesihatan contohnya keletihan juga mendorong kepada turunnya motivasi diri.


Monday, July 2, 2012

ENTRI DAN PEMBERI KOMEN UNTUK JUN 2012

Dalam pertengahan bulan Mei sehingga pertengahan bulan Jun, saya tidak mampu untuk memberikan ruang kepada penulisan blog. Kerana memberikan fokus kepada satu urusan antara terpenting - walimatulurus. Alhamdulillah kerana segala berjalan lancar.

Ini menyumbang kurangnya entri antara bulan tersebut walaupun telah saya tetapkan 3 - 4 entri dalam seminggu. Apa pun, jika anda terlepas entri yang telah dikeluarkan dalam bulan Jun - Pilih di sini untuk membacanya.
  1. Bagaimana Menulis Entri Blog (Setelah Lamanya Terhenti)
  2. (Video) Dahului Dengan Batu Besar! Cara Mengurus Masa?
  3. 3 Sebab Kenapa Perlu "Lakukan Sekarang"
  4. 5 Aplikasi Android Yang Boleh Membantu Dalam Kerja
Pemberi Komen untuk Mei/Jun 2012 | Gambar : Google

Seperti cadangan kebanyakkan blogger, komen adalah salah satu interaksi terbaik untuk mencetuskan persekitaran sihat dalam dunia blogging.