Friday, August 31, 2012

KENAPA PERLU KITA HAYATI DAN HARGAI KEMERDEKAAN

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 kepada Malaysia. Sebuah bumi kecil yang sudah menempah nama besar atas pentas dunia.
Bendera Malaysia, Hayati Kemerdekaan | Gambar : sumber
Sejak daripada bangku sekolah, kita semua sudah didedahkan dengan Hari Kemerdekaan. Kita diajarkan tentang sejarah bagaimana pemimpin masa lepas berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan dunia demi membebaskan Malaysia.

Dan akhirnya pada 31 Ogos 1957 - Malaysia Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengan kemerdekaan, kita masih punyai peluang masa dan ruang untuk terus maju kehadapan. Jangan biarkan fikiran terus dijajah dengan pelbagai unsur yang boleh tanpa sengaja atau tidak memperdagangkan negara sendiri. 

Semoga kita rakyat semua Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit, agama dan bangsa akan terus maju dan berjaya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Wednesday, August 22, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | MASA DEPAN

"Masa Depan Bergantung Dengan Perkara Yang Kita Lakukan Masa Sekarang"

Tuesday, August 21, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | PERCAYA DIRI

"Percaya Dengan Diri Adalah Langkah Pertama Untuk Berjaya"

Monday, August 20, 2012

APA YANG SUDAH DIPELAJARI DARI BULAN RAMADHAN

B ulan besar Ramadhan sudah pun berlalu dan sesudah itu seluruh umat islam akan menyambut bulan kemenangan iaitu Syawal. Kemenangan kerana berjaya melaksanakan kewajiban menunaikan puasa Ramadhan selama sebulan - Tahniah.

Pelajari Pelajaran Ramadhan | Gambar : sumber
Semoga semua amalan diberkati dan diterima.

Alhamdullilah, walaupun pelbagai rintangan dan dugaan kerja dihadapi, berjaya mengharunginya. Bukan hanya itu sahaja tapi banyak lagi cabaran yang secara tidak langsung mencabar diri. Semoga juga, amalan saya, isteri dan keluarga juga diterima di sisi Allah swt.

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

S etelah menjalani amalan puasa selama sebulan di bulan Ramadhan, akhirnya umat Islam seluruh dunia menyambut Syawal. Bulan kemenangan bagi yang berpuasa dan seluruh umat Islam menyambut Aidilfitri.

Gambar hari raya aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 | Gambar : sumber
Jadi dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dah syabas kepada seluruh umat islam yang telah berjaya mengambil kesempatan dengan sebaiknya mencari keberkatan di bulan Ramadhan. 

Pasti akan terasa kerugian bila kita tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya bukan. Tanam dalam diri untuk mendapatkan yang terbaik daripada Ramadhan akan datang, jika dipanjangan umur. Insya-Allah.

Kesempatan ini, kepada keluarga, isteri,  rakan taulan, rakan sekerja,  rakan blogger dan semua yang pembaca dan pengunjung. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Tersilap kata dan terkasar bahasa moga mendapat petunjuk untuk memperbaikinya di masa akan datang. Selamat bergembira di Aidilfitri yang menjelang.

SELAMAT MENYAMBT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Friday, August 17, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | BERMIMPI

"Jika Mampu Kita Bercita-cita Mendapatkan Sesuatu, Bermakna Kita Mampu Untuk Mencapainya"

Thursday, August 16, 2012

KURANGNYA PENGLIBATAN BLOGGING DALAM BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL

M ungkin ada yang terperasan saya seperti kurang aktif dalam berblogging dalam bulan ramadhan ini. Hanya mengeluarkan entri tapi langsung tidak menyentuh chatbox blogger lain (blogwalking). Mohon maaf kepada yang mengharapkan disinggah semula.
Mengunakan Masa Dengan Berkuaiti | Gambar : sumber
Apa yang dapat saya lihat akibat kurangnya "bersosial" di blog mengakibatkan turunnya pengunjung ke blog. Itu sudah pasti kepada blog yang masih tercari-cari arah seperti blog saya. :). Sememangnya untuk berjaya dalam blogging juga perlukan usaha keras bukan?

Friday, August 10, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | ATTITUDE

"Arragont Win You Medals But Attitude Wins Hearts"

ESPN commentator

Wednesday, August 8, 2012

TERIMA KASIH DATUK LEE CHONG WEI

I tulah perkara "trending" yang berlaku di twitter sebaik sahaja Malaysia menyaksikan harapan seluruh Malaysia untuk melihat emas pertama olimpik 2012, di London melalui sukan badminton tidak kesampaian.

Datuk Lee Chong Wei Melakukan Jumpin Smash | Gambar : sumber
Keputusan perlawanan tersebut mulanya menyebelahi kepada Datuk Lee Chong Wei dengan kemenangan 15-21 dan kemudian tewas dalam set ke-2 dan set penentuan dengan 21-10 dan 19-21 masing-masing. Perlawanan badminton perseorangan lelaki yang hampir sempurna dan saya pasti hampir seluruh negara menyaksikannya.

Monday, August 6, 2012

ENTRI DAN PEMBERI KOMEN UNTUK JULAI 2012

K erana sedikit kekangan seperti yang saya maklumkan di sini, entri blog untuk entri keluaran dan pemberi komen bulan Julai 2012 sedikit tersasar. Apapun, dahulukan urusan yang penting.

Entri dan Pemberi Komen | Gambar : sumber
Untuk pengetahuan, jumlah entri untuk bulan Julai adalah terbanyak, 18 entri jika dibandingkan dengan semua bulan sebelumnya. Syukur dengan masa dan idea yang telah dikurniakan. Tapi, kebanyakkan motivasi yang mendorong sedikit sebanyak adalah kerana entri ini. - Lakukan sekarang!

Friday, August 3, 2012

BAGAIMANA CARA UNTUK MENULIS ENTRI BLOG DENGAN SCORRE

Dalam pembabitan awal dalam blogging, saya tidak pasti apakah gaya tulisan sendiri. Tanpa membuat apa-apa persediaan awal apa yang saya lakukan hanya duduk dan bermula. - Menaip tanpa panduan.

Menulis Dengan Teknik | Gambar : google
Kadang-kadang apabila dibaca semula, seperti entri yang ditulis sepertinya tidak tersusun dan kadang-kadang keluar dari tajuk - ke laut


Mungkin ketika itu masih tidak tahu bagaimana teknik atau cara terbaik untuk menulis entri blog.

Thursday, August 2, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | MEMAAFKAN

"Semakin Tinggi Pengetahuan Seseorang, Semakin Banyak Dia Memaafkan"


Wednesday, August 1, 2012

PENGUMUMAN | PENGURUSAN NILAI

Dalam minggu ini, anda mungkin perasan saya sepertinya tidak datang menjenguk dan meninggalkan jejak seperti biasa. Ini kerana saya masih terlibat dalam satu bengkel Pengurusan Nilai "Value Management" untuk sebuah projek yang telah di adakan bermula dari 30 Julai sehingga 3 Ogos, 8 pagi sehingga 11 malam.

Kerana Tugasan | Gambar : sumber
Oleh kerana itu, pasti saya tidak akan dapat mengeluarkan entri wajib untuk yang akan dikeluarkan setiap awal bulan - Pemberi Komen dan Entri yang telah disiarkan untuk bulan Jun.

Walaubagaimanapun entri tersebut akan saya selesaikan sebaik sahaja selesai tugas nanti, insya-allah.

Walaupun tidak dapat online seperti biasa, saya mendapat beberapa soalan yang telah dilontarkan oleh beberapa pembaca bertanyakan bagaimana untuk "melakukan sesuatu" dalam entri 7 Teknik Mudah Seo. Saya akan cuba menjawabnya apabila tugas selesai kelak.