Wednesday, October 31, 2012

MENGAPA KITA PERLU MENEPATI JANJI

S ebagai manusia atau insan biasa, masa untuk sesuatu perkara atau kerja amatlah terhad. Setiap manusia hanya punya 24jam dalam sehari - di mana sahaja.
Tepati Janji | Gambar : sumber
Justeru, untuk menyelesaikan atau melaksanakan sesuatu di masa hadapan kita sering melontarkan janji. Perbuatan merancang atas persetujuan bersama bagi sesuatu tindakan. Janji wajib ditepati. Namun, berapa ramai antara kita berpegang kepada prinsip untuk menepati janji kita. Sama ada individu, organisasi, diri sendiri apatah lagi kepada Allah swt.

Ketika bersama ketua saya dalam satu tugasan, dalam masa menunggu (yang sudah tersasar dari masa sebenar) beliau sempat melahirkan kekecewaaan dengan sikap atau perangai yang sering diucapkan oleh kita sendiri (dan sepatutnya kita malu) - Janji Melayu.

Monday, October 29, 2012

APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARIPADA SEMANGAT SUKAN DATUK LEE CHONG WEI DALAM MENCAPAI KEJAYAAN HIDUP

D ia sentiasa menjadi inspirasi dan kebanggaan rakyat Malaysia dalam sukan badminton. Sentiasa konsisten  dan memberikan yang terbaik dalam apa yang beliau lakukan. Walaupun berada dalam pelbagai tekanan dan delima, namun masih lagi memberikan persembahan tertinggi.

Itulah semangat Datuk Lee Chong Wei dalam memberikan yang terbaik dalam karriernya.
Datuk Lee Chong Wei | Gambar : sumber
Baru-baru ini, melihat perlawanan Datuk Lee Chong Wei dalam Super Series BWF Terbuka Denmark menentang Du Pengyu dari China mengingatkan kembali bagaimana beliau menentang dengan penuh semangat pemain China Lin Dan di temasya sukan Olimpik London yang lepas.

Walaupun kalah, namun sikap dan semangatnya membuatkan semua orang menyanjungnya sehinggakan pengulas ESPN juga memuji semangat juang Datuk Lee Chong Wei.

Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

D engan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Aidil Adha atau Raya Haji kepada seluruh umat Islam dimana sahaja berada. 
Haji | Gambar :sumber
Namun, mungkin ada rakan-rakan yang perasaan pengeluaran entri di blog saya seperti tergendala. Ini mungkin kerana masa kerja dan peribadi yang mungkin telah mengambil masa dan menyebabkan fokus terhadap penulisan entri tersasar. Promosi ke atas blog ini juga berkurangan oleh sebab yang sama.

Tapi hikmahnya, saya mengambil keputusan untuk mengunakan masa sibuk tersebut untuk berehat dan mempelajari keadaan sekeliling - mungkin ada yang baik untuk dikongsi. 

Insya-allah jika tiada rintangan tenaga dan masa, akan saya kembali menulis setelah perayaan Aidil Adha nanti. Tuhan menentukan segalanya dan kita hanya mampu merancang. 

Sekali lagi, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA.

Monday, October 22, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | BERFIKIR

"Ubah Cara Berfikir Dan Anda Akan Mengubah Dunia"
-Norman Vincent Peale

Friday, October 12, 2012

KETAHUI 7 TABIAT INI DAN BAGAIMANA IA MENGHALANG DARIPADA BERFIKIRAN KREATIF

I nformasi ini saya dapati daripada infografik bagaimana berfikiran kreatif dan penghalangnya. Disalin daripada copyblogger. Merasakan infomasi tersebut berguna dan punya faedah, sebab itu saya mengambil keputusan untuk menulisnya semula ke dalam Bahasa Malaysia.
Berfikiran kreatif | Gambar : sumber
Berfikiran kreatif atau befikiran diluar kotak selalunya dikaitkan dengan para cendiakawan atau sebuah anugerah tuhan kepada seseorang. Namun, mengaitkan berfikiran kreatif dengan cerdiknya seseorang tidak punya bezanya. 

Daripada penyelidikan, jika I.Q anda berada lebih kurang 120 dimana ia hanya sedikit sahaja di atas biasa, kebijaksanaan dan kreativiti bukanlah satu perkara yang berhubungkait. Bermakna walaupun kita bukan seorang yang bijak, tapi kita masih punyai potensi dan bakat untuk berfikiran kreatif.

Wednesday, October 10, 2012

APAKAH MOTIVASI SEORANG BLOGGER UNTUK TERUS MENULIS

M anusia perlukan dorongan atau motivasi. Dalam apa pun perkara dan tindakan. Motivasi untuk melakukan perkara yang baik mahupun sebaliknya. Bermaksud sesuatu perkara itu motivasi itu bersesuaian dengan motif dan objektif masing-masing.
Motivasi Seorang Blogger | Gambar : sumber
Saya tertarik dengan kata-kata Datuk Fazley semasa beliau menjadi chef undangan dalam rancangan masterchef ke-2 di astro. Katanya motivasi bagi setiap peserta terpilih didalam rancangan tersebut adalah makan. Makanan yang akan dirasai dan dinilai oleh setiap juri. 

Menyediakan makanan yang kemas dan sedap adalah motivasi untuk terus berjuang.

Monday, October 8, 2012

5 SEBAB MENGAPA PERLUNYA BERCAKAP PERKARA BAIK SETIAP HARI

S etiap hari, setiap masa kita akan berkomunikasi dengan orang lain dan juga mungkin diri sendiri. Seribu satu perkara yang akan kita perbincangkan dan ada sahaja topik yang akan dibawa ada baik ada mungkin tidak.
Berkomunikasi Dengan Kata Yang Baik | Gamber : sumber
Orang lain pula akan sentiasa menilai kita. Salah satu antara caranya - melalui kata-kata yang diucapkan. Pada pendapat saya, kita sebenarnya adalah apa yang kita ucapkan - setiap hari. Dan perlunya bercakap perkara baik setiap hari adalah penting kepada diri.

Kata-kata datang dari hati (niat) dan ia akan sampai ke hati.

Sunday, October 7, 2012

10 KATA-KATA MOTIVASI TENTANG KEJAYAAN

B erikut adalah 10 kata-kata motivasi tentang kejayaan untuk panduan dan titipan bersama. Selamat berjaya.

"Rahsia Kejayaan Adalah Dengan Mengetahui Perkara Yang Orang Lain Tidak Tahu" - Aristotle


"Untuk Mendaki Bukit Yang Curam Memerlukan Langkah Yang Kecil Pada Mulanya" - William Shakespeare


"Dengan Sikap Yang Betul, Tiada Yang Mampu Menahan Seseorang Daripada Mencapai Kejayaannya ; Tiada Satu Pun Atas Dunia Yang Mampu Menolong Seseorang Dengan Sikap Yang Salah" - Thomas Jefferson


"Mereka Boleh Kerana Mereka Fikirkan Boleh" - Virgil

"Jalan Yang Pasti Untuk Tidak Gagal Adalah Dengan Kesungguhan Untuk Kejayaan" - Richard Brinsley Sheridan


"Datang Bersama Adalah Permulaan, Sentiasa Bersama Adalah Perjalanan, Kerjasama Adalah Kejayaan" - Henry Ford


"Asas Untuk Kejayaan Adalah Bertindak" - Pablo Picasso


"Untuk Sebuah Kejayaan, Kemahuan Untuk Berjaya Perlu Lebih Tinggi Daripada Takut Akan Kegagalan" - Bill Cosby


"Kegagalan Adalah Kejayaan Jika Kita Belajar Daripadanya" - Malcolm Forbes


"Kalau Turun Dewa Sekali Pun, Kalau Sendiri Malas, Tidak Akan Berjaya Untuk Belajar Matematik Tambahan" - Cikgu Ngu ( Cikgu Matematik Tambahan Semasa Berada Di Tingkatan 4 & 5 :) )

Friday, October 5, 2012

[INFOGRAFIK] BAGAIMANA BERFIKIRAN KREATIF DAN APAKAH PENGHALANGNYA?

B agaimana untuk terus berfikiran kreatif?, dan apakah antara sebab kenapa kita gagal untuk mengunakan anugerah akal untuk berfikiran kreatif - sedangkan ia ada pada setiap orang.

Berfikiran Lain dari Yang Lain, Kreatif | gambar : sumber
Infografik bertajuk How To Break Out Of A Creative Rut ini saya dapati dari copyblogger. Dan saya salinkan info baik dan berguna tersebut disini untuk perkongsiaan bersama.

Dengan membacanya, kita akan sedar yang kita juga adalah seorang yang mampu berfikiran kreatif tapi masalah utamanya hanya satu - kita sendiri.

Ingin mengetahui apakah faktor diri kita yang menghalang daripada berfikiran kreatif dan bagaimana untuk mengatasinya?

Apa tunggu lagi, teruskan membaca dan ubah minda menjadi seorang yang mampu berfikiran di luar kotak.

Wednesday, October 3, 2012

KENAPA KITA PERLUKAN IDOLA DAN BAGAIMANA MEREKA MAMPU MENDORONG KITA UNTUK BERJAYA

Dalam entri berkaitan mentor ini, saya nyatakan beberapa langkah bagaimana untuk kita menjadikan seseorang mentor kepada diri kita. Dalam entri tersebut juga, pelbagai respon dan komen baik juga telah diilhamkan oleh para pengunjung.

Mengikuti Cara Idola | Gambar : sumber
Walaupun dengan perbezaan pandangan, saya masih yakin satu perkara yang mereka dan saya akan setuju berkenaan mentor iaitu mereka juga seorang idola. Idola yang kita kagum akan perbuatan dan tingkah lakunya sehingga membuatkan kita ingin mencapai seperti yang telah mereka capai.


Monday, October 1, 2012

KENAPA MEMBACA SEMULA ENTRI LAMA (SERTA KOMEN) MEMBERI KEBAIKKAN KEPADA BLOGGER

Selepas berada dalam tempoh masa yang akan panjang dengan perkara lain, saya mengaku penglibatan kepada blog sendiri amat terhad. Mungkin satu cabaran atau kebiasaan kepada semua penulis - Mungkin.

Sentiasa Membaca | Gambar : sumber
Akibat kehilangan fokus dan masa kepada penglibatan dalam blog, momentum menulis merundum, kehilangan idea dan rasa keberatan. Walaubagaimanapun, dengan kekangan yang ada ianya tidak menghalang untuk saya untuk terus membaca (temasuk penulisan sendiri yang lama dan terkini). Namun, dengan membaca entri sendiri berserta komen pengunjung ia telah menimbulkan satu kejutan kepada diri.