Wednesday, November 28, 2012

SMILE UNTUK MIALIANA.COM | BLOG REVIEW

M ialiana.com itulah nama domain kepada blog seorang blogger yang telah membuat penghormatan kepada blog saya melaluinya entri ini. Ia agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menyertai apa-apa segmen atau contest untuk di review oleh blogger dengan nama besar begini.
Smile...Smile...Smile...
mialiana.com 
Sebelum ini, blog saya juga pernah di review oleh seorang nama besar dalam dunia blogger, saudara SOP dengan entri ini. Juga agak mengejutkan tapi rasa terharu dan amat berterima kasih atas penghargaan tersebut.

Terima kasih atas penghargaan yang tidak ternilai dan semangat yang membakar untuk terus berkecimpung dalam dunia blog ini.


Tuesday, November 27, 2012

KOLEKSI KATA-KATA MOTIVASI TENTANG KEJAYAAN

ebelum ini saya telah tuliskan beberapa kata-kata motivasi tentang kejayaan yang telah disebut oleh tokoh-tokoh terkenal. Disini, saya tambahkan lagi koleksi kata-kata motivasi atau hikmah tentang kejayaan untuk tatapan dan manfaat bersama.

"Jika Kamu Tidak Berjaya Semasa Cubaan Pertama, Fikirkan Berapa Ramai Yang Telah Kamu Gembirakan" - H. Duane Black

Monday, November 26, 2012

KENAPA KITA PERLU BEKERJA

ibuk, penat, tertekanan,seronok dan pelbagai lagi perasaan kerana kerja. Namun, itulah lumrah kepada semua manusia. Demi mencari sumber untuk menampung keperluan hidupan, semua rintangan dengan mahu atau tidak harus ditempuhi.
Berkerja Satu Ibadat | Gambar : sumber
Melihat orang bangun seawal pagi dan balik lewat memberikan betapa pentingnya kerja kepada seseorang manusia. Tidak perlu untuk melihat jauh, cukup dengan memandang dan mengamati disekeliling kita. Pelbagai gaya dan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada setiap seorang.

Sehinggakan satu masa, sedang saya mengamati keadaan mundar mandir orang yang bersiap sedia untuk berkerja menimbulkan satu pertanyaan kepada diri sendiri.

Kenapa kita perlu bekerja?

Friday, November 23, 2012

BERAPAKAH HARGA SEBUAH KESIHATAN?

alam cuti ma'al hijrah, saya dan isteri berkesempatan untuk meluangkan masa balik kampung dan bercuti bersama keluarga. Kesibukkan memang sering memakan masa kita. Berkerja, melakukan aktiviti dan semuanya memakan kos - masa.
Amalkan Gaya Hidup Sihat | Gambar : sumber
Seperti terasa semasa suasana balik kampung. Gembira.

Namun, ketika berada di kampung saya mendapat satu pengajaran baik daripada ayahanda. Bagaimana jawapan beliau membuatkan saya cuba mengira berapakah nilai sebuah kesihatan.


Tuesday, November 20, 2012

4 PERKARA YANG BOLEH MENGECEWAKAN BLOGGER

logging boleh menjadi satu perkara hanya indah khabar dari rupa. Tampak ianya mudah untuk menjadi seorang blogger.

Daftar - tulis - kongsi.
Kekecewaan Blogger | Gambar : sumber
Itulah juga yang saya fikirkan dulu semasa mula tertarik untuk menjadikan blog sebagai satu landasan atau flatform untuk berkongsi cerita, pendapat dan menjadi salah satu sumber untuk pendapatan. Satu impian yang tidak dahulu diukur kira tingginya.


Monday, November 19, 2012

6 KATA-KATA MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI

Diri seorang manusia perlukan satu dorongan yang dinamakan motivasi. Motivasi juga datang dari ucapan-ucapan baik dan positif. Justeru disini terdapat 6 kata-kata motivasi/kata hikmah untuk diri kita sendiri. 

Kata-kata hikmah ini adalah kata-kata hikmah daripada Rasullulah s.a.w dan para khalifah untuk peringatan dan memperbaiki diri kita. 

"Perjuangan Seseorang Akan Lebih Banyak Bererti Jika Bermula Dari Diri Sendiri"

Thursday, November 15, 2012

5 TAULADAN DAN PENGAJARAN KISAH HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK SEBUAH PERUBAHAN

alam Ma'al Hijrah untuk semua umat Islam. Syukur kerana kita masih diberikan nikmat-Nya. Hijrah bermula daripada peristiwa hijrah (perpindahan) Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah dalam memperkukuhkan kedudukan Islam dan merancang strategi baru untuk penyebaran Islam.
Hijrah | gambar : sumber
Hijrah dari segi bahasa pula bermaksud perpindahan, kepada satu keadaan yang lebih baik. 

Apabila sampai tahun baru sering akan timbul pertanyaan azam baru yang ingin kita capai. Tidak dinafikan perasaan saya sendiri, semangat tahun baru sering mendorong kepada terciptanya impian atau cita-cita baru. Namun, memang ada yang tidak berjaya. Apakah sebabnya? Sebagai seorang manusia biasa, saya fikirkan anda anda juga sama (mungkin).

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MA'AL HIJRAH YANG KE 1434H

aya ingin mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah, 1434H kepada keluarga, rakan, kenalan, rakan blogger dan semua umat Islam.
Salam Ma'al Hijrah 1434H | Google : sumber
Semoga tahun baru menjadi tahun yang semakin baik dalam kita memunasabahkan diri dan sekaligus memperbaiki.

Salam Ma'al Hijrah

Tuesday, November 13, 2012

SELEPAS 1000 TWEET, PERCUBAAN MENGGUNAKAN TWITTER (APA YANG SAYA FAHAMI DAN PELAJARI) #2

witter adalah salah media sosial cara baru yang juga dipanggil microblog. Twitter memberikan  sebanyak 140 patah perkataan kepada penggunanya untuk menulis atau post sesuatu yang juga dipanggil tweet.
Pengalaman Dengan Twitter | Gambar : sumber
Ya, seperti kata saya sebelum ini walaupun hanya dengan 140 patah perkataaan kekangan tersebut membuatkan penguna twitter menjadi kreatif dalam penyampaian masing-masing. Pada mulanya, mungkin akan rasa menggunakan Twitter agar sukar. Mungkin kerana tidak faham bagaimana untuk tweet dan mungkin juga kerana tidak pasti sejauh mana twitter membantu.

Oleh itu, disini saya sambung daripada entri lepas pengalaman dan apa yang saya pelajari selepas mencapai 1000 tweet.

Antara beberapa lagi perkara yang saya pelajari seperti ;

Monday, November 12, 2012

SELEPAS 1000 TWEET, PERCUBAAN MENGGUNAKAN TWITTER (APA YANG SAYA FAHAMI DAN PELAJARI)

edia sosial sememangnya kian pesat berkembang. Sekarang dari kanak-kanak sehingga dewasa, ramai yang mempunyai akaun Facebook - laman sosial yang memecah dominasi MySpace dan Friendster.

Namun, setelah itu, timbul media sosial yang dinamakan micro blog - Twitter.
Cara Menggunakan Twitter | Gambar : sumber
Dengan menggunakan logo seekor burung biru, twitter hanya membenarkan penggunanya menulis sebanyak 140 patah perkataan sahaja yang dipanggi tweet.

Saturday, November 10, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | BERMULA HEBAT

"Tidak Perlu Kita Bermula Dengan Hebat, Tapi Bermulalah Untuk Menjadi Hebat"

Friday, November 9, 2012

KATA-KATA MOTIVASI TENTANG KEPIMPINAN (MENDENGAR)

alam sesuatu kumpulan, organisasi perlukan pemimpin atau ketua. Fungsi untuk mengemudi kumpulan ke arah objektif (visi dan misi) yang telah ditetapkan. Kepimpinan adalah satu seni atau cara yang didekati untuk mempengaruhi orang lain melakukan kerja atau tugasan yang ditetapkan bagi mencapai satu-satu sasaran.

Oleh kerana memimpin adalah satu seni, maka untuk mempelajarinya seni tersebut adalah satu yang perlu. Setiap orang punya cara dan gaya mereka sendiri dalam menjadi pemimpin.

Mendengar juga adalah salah satu seni atau cara seorang pemimpin ketika menjadi seorang ketua kumpulan atau mengemudi organisasinya. Benar seorang pemimpin punya kuasa atau tanggungjawab untuk membuat keputusan. Namun, dengan mendengar dengan baik ia mampu untuk menyelamatkan seorang pemimpin daripada melakukan keputusan salah dan lebih dihormati oleh pengikutnya.

Justeru, sini saya senaraikan 10 kata-kata motivasi dan inspirasi untuk pemimpin menjadikan mendengar sebagai salah satu cara untuk memimpin  ;

"Cara Bertanya Yang Berkesan Membawa Kepada Wawasan, Ia Menghadirkan Perasaan Ingin Tahu, Dimana Ia Akan Menyemai Kebijaksaan"
-Chip Bell

Wednesday, November 7, 2012

6 CARA BAGAIMANA UNTUK SENTIASA BELAJAR DAN MEMPERBAIKI HIDUP

elajar adalah satu proses dalam hidup. Setiap hari kita akan mempelajari perkara-perkara baru dan akan ada antaranya akan memberi kita masalah dan beban - itu lumrah.
Meneliti dan Belajar | Gamber : sumber
Berikutan daripada masalah yang kita tempuh dalam kehidupan, ia mendewasakan pemikiran dan tindakan masing-masing. Bergantung bagaimana pula seseorang itu menilai dan mengambil pelajaran daripadanya. Masalah adalah guru terbaik untuk memperbaiki diri.

Cara yang kita guna sekarang untuk sesuatu objektif, mungkin tidak akan sesuai digunakan pada masa depan. Tidak dinafikan, memang ada orang yang gagal sekarang mampu berjaya kemudian hari dan juga sebaliknya.

Monday, November 5, 2012

BAGAIMANA UNTUK FOKUS KETIKA MENULIS ENTRI BLOG

adang-kadang atau mungkin selalu kita terjumpa, terlihat, terbaca mahupun terdengar rungutan blogger yang mengatakan tidak punya idea untuk menulis entri baru atau update blog.
Fokus Dalam Menulis | Gambar : sumber
Ia normal dan ia satu cabaran untuk seorang blogger. Ada yang terlintas difikiran namun tidak mampu untuk disampaikan. Namun, saya juga pasti ada yang berhenti menulis walaupun sudah sekerat jalan. Satu kemungkinan kerana hilang idea dan kedua hilangnya fokus ketika sedang menulis entri blog. 

Hilang fokus dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan boleh menghalang kita dalam mencapai sesuatu objektif. Begitu juga ketika menulis. Mungkin ada sahaja halangan yang boleh menyumbang kepada hilangnya tumpuan.


Saturday, November 3, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | KESUSAHAN

"Manusia Perlukan Kesusahan Kerana Ia Perlu Untuk Meraikan Kejayaan"

- Abdul Kalam

Friday, November 2, 2012

KATA-KATA MOTIVASI | ANDA PENENTU

"Apa Sahaja Yang Anda Fikir Boleh Atau Fikir Tidak Boleh, Anda Memang Betul"

-Henry Ford