Wednesday, December 26, 2012

PRESTASI BLOG I-THINK-OF SEPANJANG 2012

alam dan selamat datang kepada semua yang biasa berkunjung ke blog ini. Blog yang membincangkan perihal tentang motivasi, kepimpinan, media sosial, produktiviti. Namun, apa yang saya cuba sampaikan adalah melalui pengalaman sendiri dan pembacaan. 
i-think-of.blogspot.com
Fokus penulisan adalah untuk kegunaan diri sendiri dan lebih penting, berkongsi itu baik. Bak kata orang, jika sepotong kek dikongsi ramai, ia akan habis. Berbeza dengan ilmu, semakin dikongsi semakin ia bercambah dan semakin banyak.


Sunday, December 23, 2012

BEREHAT SEBENTAR

ntuk minggu terakhir hujung tahun 2012 ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk berehat sebentar dari dunia berblogging dan fokus kepada perkara lain. Melakukan kerja seperti biasa dan melakukan aktiviti kegemaran - badminton.
Berehat sebentar : Gambar : sumber
Dengan masa yang berkualiti itu, saya harapkan ia akan memberi peluang yang lebih banyak kepada saya untuk membaca dan mencari idea. Disamping itu juga, saya akan cuba mengambil sedikit masa untuk membuat persediaan bagi entri yang akan dikeluarkan bagi tahun 2013 dan menyusun semula strategi blog ini.

Sampai berjumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih kerana sentiasa sudi bersama sepanjang tahun 2012. 

Wednesday, December 19, 2012

5 PERKARA YANG BERNILAI UNTUK DITINGGALKAN DEMI KEJAYAAN

asih saya ingat satu perkara yang saya kongsikan bersama rakan saya dahulu iaitu dalam dunia hanya ada dua macam perkara yang saling bertentangan. Perkara yang baik dan tidak baik(buruk). Perkara yang memberi nilai dan tidak memberi nilai - seperti Ying dan Yang.
Berjalan dan tinggalkan pergi | gambar : sumber
Dalam dunia semua perkara akan sentiasa berlawanan antara satu sama lain dan sehingga sekarang saya yakin apa yang saya fikirkan. Kecuali Maha Besar Allah swt tiada tanding taranya. 

Mengharungi masa dan menimba pengalaman, mengajar pelbagai macam serba macam perkara kepada kita sebagai seorang manusia. Akan ada perkara yang kita amat banggakan, ada perkara yang tidak ingin kita laluinya lagi dan pasti ada perkara yang menjadi sesalan.


Tuesday, December 18, 2012

3 LANGKAH BAGAIMANA MEMBINA ENTRI BLOG

enulis perlukan startegi. Maksud saya strategi untuk membolehkan idea untuk terus menerus mengalir dalam membina entri blog. Dan, saya pasti setiap para blogger punyai idea dan langkah yang berbeza dalam membina, menghasilkan dan menzahirkan idea masing-masing.
Langkah-langkah dalam membina entri blog | Gambar : sumber
Apabila sudah sampai ke penghujung tahun 2012, saya rasakan strategi yang telah saya gunakan terutamanya dalam membina idea blog sangat membantu. Dengan menemui kaedah-kaedah tersebut, walaupun tidak mampu untuk mengemaskini setiap hari, ia memberikan kekuatan dan motivasi kepada saya untuk menulis.

Justeru, saya rasakan dengan menggunakan keadah dan cara membina idea dalam penulisan entri blog, ia membuatkan saya lebih konsisten dan yakin apa yang dikongsikan - walaupun entri tersebut sedikit panjang.


Wednesday, December 12, 2012

KENAPA KITA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA?

ernah anda lakukan sesuatu yang sangat diyakini akan keputusannya tapi ia berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah disangka - gagal.
Jangan berputus asa | Gambar : sumber
Kemudian, bangun semula untuk terus mengejar cita-cita dan impian tersebut tapi akhirnya tersungkur dan gagal lagi. Pendorong diri terasa seperti semakin kurang dan kini apa yang diminati dan difikirkan mampu dicapai menjadi satu tekanan. Perasaan hampir putus asa mula tercetus. Akhirnya kita sedar kita tidak akan pernah mampu untuk mengapai cita-cita tersebut dan menyerah kalah dan berputus asa.

Pengalaman pernah mengajar diri tentang perasaan ini, berputus asa dan mengajar juga kenapa kita tidak boleh berputus asa.

Perasaan berputus asa ini, bagaikan kita sudah berjalan jauh dan akhirnya bertemu dengan jalan mati yang ditutup dengan tembok besar dan tinggi. Membuatkan cita-cita yang dikejar untuk sampai ke satu destinasi impian seperti menjadi suatu perkara yang tidak pasti.


Monday, December 10, 2012

KATA-KATA MOTIVASI TENTANG BODOH

Bodoh adalah satu perkataan yang sensitif kepada sesiapa pun. Tidak akan ada yang akan gembira bila dikatakan bodoh. Namun, secara lumrahnya kita sebagai manusia biasa bermula daripada sesuatu perkara yang tidak kita ketahui. 

Tapi dengan ilmu dan pelajaran yang ada, memberikan kita pengetahuan dan mengelakkan diri dilabelkan sebagai seorang yang 'bodoh'.

Tapi, disini kita lihat apakah bijak pandai katakan tentang sebuah kebodohan.

"Yang bijak memahami dengan sendirinya, tapi yang bodoh hanya mengikut laporan orang lain" - petikan peribahasa Tibet

Thursday, December 6, 2012

KATA-KATA MOTIVASI TENTANG SAHABAT

epada semua insan yang berdiri di atas muka bumi, pasti punyai rakan atau sahabat. Istilah sahabat sangat besar. Bukan hanya tergolong kepada mereka yang berada dilingkungan keluarga tapi juga sesiapa sahaja yang tidak langsung punyai talian.

Tentang sahabat, kita pastinya tidak memilih apakah latar belakang mereka - sama atau berbeza, sesiapa sahaja boleh menjadi sahabat. Namun, Sebuah sahabat sejati memang sukar dicari - umpama mencari sebuah mutiara yang benar-benar berkualiti. Sehinggakan terdapat satu ungkapan mengatakan orang yang berjalan paling jauh adalah orang ingin menemukan sahabat sejatinya.

Sahabat yang baik akan sentiasa membantu dalam apa jua keadaan sehinggakan kita percaya mereka akan sentiasa menjaga apa sahaja aib kita - ketika hidup dan sudah mati.

Justeru, disini ada beberapa kata-kata motivasi atau mutiara tentang seorang sahabat dan sebuah persahabatan.

"Persahabatan tidak bermaksud siapa yang lebih lama, tapi mereka yang datang dan tidak pernah meninggalkan sisi anda" - anonymous

Wednesday, December 5, 2012

KENAPA KITA PERLUKAN MOTIVASI DIRI

Motivasi dalam maksud lain bermakna dorongan. Dorongan untuk sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sama ada kepada perkara yang baik ataupun buruk. Semuanya bermula dengan sebuah motivasi.
Motivasi Diri Untuk Mencapai Sesuatu | Gambar : sumber
Motivasi seperti yang telah saya katakan adalah sebuah dorongan. Dorongan itu sama ada daripada faktor dalam diri atau faktor/pengaruh luaran yang memberikan kesan kepada keputusan dan tindakan diri untuk bertindak.

Untuk mencapai sesuatu tetapan matlamat, kita perlukan motivasi sebagai pendorong. Sebagai seorang manusia biasa, saya pasti akan ada sesuatu objektif atau impian yang ingin dicapai. Justeru, untuk bergerak dan membuat keputusan untuk mencapainya adalah sebuah motivasi.


Tuesday, December 4, 2012

KENAPA KITA MERASA BOSAN

adang-kadang walaupun kita punya kenderaan sendiri, pernah juga kita terfikir untuk menggunakan kenderaan lain. Ataupun ingin menggunakan pengangkutan awam. Kita merasa bosan untuk memandu, merasa bosan untuk menekan minyak dan bosan untuk memusing "steering".

Saya pernah merasa begitu.
Bosan | Gambar : Sumber
Soalannya kenapa kita merasa bosan kepada sesuatu perkerjaan atau tindakan yang selalu kita lakukan. Perasaan bosan boleh menghilangkan motivasi diri dan produktiviti. Bukan setakat perkerjaan harian sahaja, dalam perhubungan juga boleh berlakunya perasaan bosan. 

Bosan adalah satu perasaan yang timbul dari dalam diri. Perasaan ini selalunya hadir kerana tindakan, perkerjaan yang berulang-ulang dalam masa yang lama. Akibatnya, perasaan bosan ini akan selalunya akan membantutkan kita daripada melakukan perkara-perkara rutin tersebut.


Monday, December 3, 2012

5 SERVIS UNTUK PENYIMPANAN DATA SECARA TALIAN(ONLINE)

unia teknologi memang berubah dengan terlalu pantas. Saya masih teringat dahulu apabila mula menggunakan telefon bimbit pertama - Nokia 3310.

Ketika itu, telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat panggilan tiada boleh menghantar pesanan ringkas.
Penyimpanan Secara Online(Web), Dropbox | Gambar : Sumber
Namun, telefon sudah benar-benar berevolusi kepada bukan hanya boleh menghantar pesanan ringkas, segala perkara yang anda fikirkan tidak mungkin ketika dahulu kebanyakkan sudah berlaku.

Banyak contoh betapa majunya teknologi sekarang. Tidak juga terlepas bagaimana cara menyimpan data atau file - sama ada untuk kegunaan kerja atau peribadi.