Thursday, November 28, 2013

KATA-KATA MOTIVASI | BELAJAR

Yang Penting Itu Bukan Apa Yang Kita Ketahui Tapi Apa Yang Kita Sedia Untuk Pelajari

Monday, August 19, 2013

APA ITU DISIPLIN DIRI?

M elihat tajuk di atas, rasanya mungkin ramai akan teringat dengan guru disiplin ketika berada di sekolah dahulu. Mungkin ada yang mungkin tidak mahu langsung bertembung dengan mereka. Takut akan diperiksa, ditegur atau lebih teruk dihukum kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh sekolah.

Sumber : Google
Itulah yang dilakukan oleh seorang guru disiplin kepada anak-anak muridnya - menepati undang-undang atau garis panduan sekolah. Secara ringkasnya, ia adalah disiplin untuk memenuhi arahan-arahan sekolah.

Jika guru disiplin bertindak untuk menguatkan dasar atau kemahuan sekolah, disiplin diri pula boleh dijelaskan sebagai sebuah kebolehan untuk mengambil tindakan berdasarkan kemahuan atau kehendak diri sendiri (emosi).

Thursday, August 15, 2013

HIDUP KITA ADALAH SEBAGAIMANA PILIHAN SENDIRI

ernahkan anda melihat iklan berkaitan jus minuman untuk mencantikkan diri dengan slogan beautiful inside - inner shine. Mencantikkan diri bermula dari dalaman. Sebenarnya iklan tersebut menarik minat saya untuk menulis tentang diri kita sendiri atau secara luasnya - sebuah kehidupan.
Hidup penuh dengan pilihan | gambar : sumber

Kehidupan kita adalah perkara lepas, perkara sekarang dan perkara yang akan datang tentang kita. Berani saya simpulkan - kita adalah kehidupan, kehidupan adalah kita. Baik buruk sebuah kehidupan adalah kerana pilihan kita sendiri. Baik sebuah pilihan, baiklah kehidupan, buruk sebuah pilihan - buruklah kehidupan. 

Yang penting bersyukur dan sedia memperbaiki dan berubah kepada yang lebih baik.

Wednesday, August 14, 2013

PENGALAMAN PERTAMA DI KLINIK 1MALAYSIA

anggapan kepada satu perkara mampu menyerongkan pandangan atau persepsi kita terhadap satu perkara, benda atau keadaan. Sebaiknya untuk memberi keputusan atau penilaian kepada satu perkara adalah dengan mengalaminya sendiri - pengalaman.

Klinik 1Malaysia : Gambar : sumber
Setiap hari kita akan belajar perkara baru dan pasti setiap perkara yang sukar punya pendidikan dan pengalaman yang bakal diajar.

Hari ini adalah hari untuk membuat pemeriksaan rutin untuk anak lelaki sulung saya, Ariff ( pemeriksaan untuk 5 bulan). Namun, untuk kali ini pemeriksaannya dilakukan ditempat berlainan iaitu di Sibu. Selalunya pemeriksaan dilakukan di Poliklinik di Bintulu.

Tuesday, August 13, 2013

SEDIKIT PERUBAHAN UNTUK SEDIKIT "MOOD" BERBLOGGING

erubahan sememangnya mampu membawa sedikit ruang "bernafas". Untuk perkara yang sedang atau sering kita lakukan, kadang-kadang perasaan bosan mengatasi segalanya. Melakukan perubahan juga memberi peluang untuk mempelajari perkara-perkara baru dalam lautan ilmu yang sekian luas ini.

Sedikit perubahan dalam berblogging juga mampu mendatangkan "mood" untuk menulis. Jika anda adalah pengunjung yang selalu mengunjung ke blog ini, pasti akan perasan sedikit perubahan yang telah berlaku.
Header baru 2013
Sedikit perubahan kepada blogger header dan warna "pages" blog ini. Sekian lama sudah tidak menulis dalam ruangan maya ini, tapi perasaan minat untuk menulis kembali setelah bersusah payah dan memerah otak bagi mendapatkan apa yang diingini.

Thursday, August 8, 2013

SEGALA MUNGKIN KEPADA YANG SABAR

asanya masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya membicarakan tentang satu perkara iaitu sabar. Dalam masa selepas seluruh umat islam menjalankan kewajiban dalam menunaikan arahan berpuasa. Dalam menunaikan arahan tersebut, sebagai umat islam kita sedar setiap satu perbuatan yang kita lakukan punya ganjarannya.
Bersabar | Gambar : sumber
Ganjaran setimpal dengan apa yang kita laksanakan.


Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013/1434H

esudah selesai menunaikan tanggungjawab agama dengan berpuasa sebulan, dibulan ramadan, kejayaan tersebut disambut oleh seluruh masyarakat islam dengan sambutan Aidilfitri.
Selamat Hari Raya Aidilfirti 2013/1434H
Pemergian Ramadan pastinya amat menyedihkan, namun dengan izin Allah s.w.t pasti kita akan berjumpanya semula. Pasti terasa rugi jika tidak kita penuhi dengan segala amalan kerana ia hanya datang sekali dalam setahun.

Apapun, dengan kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti kepada seluruh umat yang meraikannya. Mohon maaf atas segala terkasar bahasa dan tersilap cara. Semoga semua mendapat keberkatan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Wednesday, July 10, 2013

SELAMAT BERPUASA RAMADAN 2013

aya dengan kesempatan ini mengucapkan Selamat Menunaikan kewajiban berpuasa dalam bulan Ramadan untuk keluarga, kenalan dan seluruh umat islam.

Semoga Ramadan kali ini akan lebih mendapat keberkatan.

Selamat berpuasa

Thursday, May 16, 2013

ARAH HIDUP BERKAITAN RAPAT DENGAN SIKAP

Sesiapapun dalam hidup mahupun kehidupan sesudah mati inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri. Dengan kata lain berjaya dalam apa sahaja pekerjaan masing-masing.

Yang ingin berjaya dalam kerja melakukan terbaik untuk kesempurnaan kerjanya. Yang ingin kaya berusaha keras untuk meningkatkan keuntungannya dan banyak lagi.

Tapi, semua ini sangat berkaitan langsung dengan satu perkara yang tidak mungkin dpt dipisahkan dengan manusia - sikap.

Ia adalah faktor yang pada saya menyumbang 99% kepada kejayaan dan 1% pula tuah.

Kita sering membanggakan kejayaan orang yang sangat berjaya dalam bidang mereka namun bagi saya pula, yang lebih penting untuk dibanggakan adalah etika dan sikap mereka.

Pengalaman dan pandangan saya, kebanyakkan mereka yang berjaya punyai banyak nilai yang baik dalam sikap mereka dan sebaliknya kepada mereka yang gagal.

Bagi yang berjaya, sikap tidak mengalah kepada apa sahaja cabaran dalam tentangan dan rintangan mendatang menguatkan lagi kematangan diri. Berfikiran jauh, kreatif, menyelesaikan masalah dan mampu menyesuaikan diri menjadikan mereka menjadi lebih berdaya tahan. Sikap rendah diri menjadikan mereka semakin lebih dikagumi.

Sebaliknya kepada yang bersikap lebih negatif terhadap tugasan mereka. Lebih cepat menjangka keburukan sebelum mencuba membuatkan mereka sentiasa berada di tempurung lama. Sikap malas yang keterlaluan menyumbang masalah kepada organisasi dan sikap iri menyumbang aura negatif walaupun di mana mereka berada.

Oleh itu, sentiasa berfikir gelas separuh penuh berbanding separuh kosong. Lebihkan sifat yang melihat kepada nilai yang ada berbanding nilai yang tidak nampak.

Jika inginkan arah yang lebih baik untuk hidup, bermulalah menanam sikap yang sesuai dan jauhi sikap yang menghentikan langkah kita.

Kerana arah kita sememangnya sangat bergantung dengan sikap sendiri.

Soalan : Perlukan kita bersikap positif dalam setiap aspek hidup kita dan kenapa?

Sunday, May 5, 2013

SELAMAT MENGUNDI SEMUA RAKYAT MALAYSIA

ekian lama telah meninggalkan blog ini, semoga ianya masih releven kepada para pelawat dan pembaca  yang punyai pandangan sama dan mencuba bersama menambah ilmu.

Hari ini 5 Mei 2013, adalah hari dimana seluruh rakyat rakyat Malaysia menggunakan kuasa memilih untuk menentukan nasib 5 tahun akan datang tempat masing-masing dan yang juga akan menentukan nasib negara.

Selepas pembubaran parlimen oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, bermula 20 April 2013 sehingga tengah malam 4 Mei 2013, setiap jentera parti melancarkan kempen untuk memancing setiap individu pengundi di seluruh negara.

Apa yang dilihat setiap perkara diungkit dan diperkatakan untuk memanipulasi pemikiran setiap rakyat. Tidak peduli sama ada ia isu tentang polisi, kewangan, isu peribadi dan tidak terlepas juga isu agama. Selagi ada ruang untuk menyatakan mereka terbaik dalam bidang tersebut, sekecil mana pun ia akan terus dibesarkan.

Tidak terlepas juga kepada rakyat-rakyat yang mempertahankan pendirian masing-masing. Yang lemah lembut mula menjadi sangat ekstrem. Tapi, saya pasti jika ditanya apakah kebenaran yang cuba dipertahankan mungkin hanya mendapat jawapan yang tidak "memuaskan hati". 

Menjengkelkan.

Apapun, terserahkan kepada pemikiran dan pilihan masing-masing. Undi anda pilihan anda. Pilihan setiap anda akan menentukan nasib negara.

Selamat mengundi rakyat Malaysia.

Monday, April 8, 2013

GAGAL TEMUDUGA? APA YANG PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGATASINYA

elepas sahaja menghabiskan pengajian dari mana-mana institusi pun, perkara utama yang bakal berlegar dalam setiap kepala graduan adalah untuk mendapatkan kerja. 
Temuduga | Gambar : sumber
Temuduga atau interview adalah satu proses biasa yang bakal dihadapai oleh para graduan untuk mendapatkan perkerjaan. Namun, tidak semua temuduga akan berjaya bukan. Saya sangat pasti kebanyakan antara kita pernah merasai kegagalan dalam temuduga.

Thursday, April 4, 2013

MEMILIH DAN MEMBERI KEUTAMAAN (KERJA) ITU PENTING

ari demi hari, kita tidak akan lepas dengan pelbagai kerja dan perkara yang memerlukan perhatian. Bagi yang sangat pentingkan kesempurnaan semuanya perlu siap.

Dengan kualiti dan masa yang ditetapkan.
Keutamaan | Gambar : sumber

Kepada sesiapapun, kerja yang dibeban ke atas bahu perlu diselesaikan. Jika tidak ia akan memberikan impak yang tidak baik kepada diri sendiri, tempat sekerja dan organisasi secara keseluruhan.

Kerja - tidak akan pernah habis. Itulah kata kunci yang memberi gambaran banyaknya tugasan yang perlu setiap orang galas setiap hari. Dan saya yakin, belum sempat selesai perkara yang sedang kita lakukan, sudah timbul pula tugasan lain. Ianya terus berulang dan berlaku.

Wednesday, April 3, 2013

PERKARA BARU DATANG DENGAN TANGGUNGJAWAB BARU

ekali lagi saya menghilang untuk menulis dalam blog ini. Ini bukan kerana apa, cuma kerana kehadiran bintang comel baru dalam kehidupan kami suami isteri.

Yang saya maksudkan adalah insan bernma Ariff Idhar Naqiuddin - bayi lelaki saya yang lahir pada 12 Mac 2013. Dalam menyambut kedatangan beliau, saya mendapat banyak maklum balas daripada rakan-rakan, dari blog dan facebook terutamanya.

Dan salah satu antara kata-kata semangat yang memberikan saya satu petunjuk baru apabila seorang rakan mengucapkan selamat tinggal kepada tidur malam kami.

Dan ia bebenar-benar berlaku - selamat tinggal tidur yang lena.

Kerana tangisan si comel kerana pelbagai perkara terutamanya lapar akan membuatkan kita merasa penat. Kepenatan ini akan menimbulkan stress/tekanan dalam diri yang harus ditempuh untuk memenuhi kehendak insan perlukan perhatian penuh ibu dan bapanya. 

Tanggungjawab baru yang setiap ibu bapa yang dianugerahkan anak pertama akan melaluinya. 

Bukan itu sahaja, pelbagai ilmu dan amalan ditunjukkan oleh orang sekeliling dalam perkara untuk menjaga dan menangani masalah yang mungkin diperlukan oleh si kecil. 

Itulah kebiasaan dan lumrah kehidupan, setiap perkara baru akan datang dengan tanggungjawab baru. Namun, untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut kita sangat perlukan ilmu pengetahuan dalam memahami dan untuk menguruskannya.

Dan yang paling penting itu - sebuah sabar. Kerana sifat ini akan membina segala perkara yang amat kita perlukan dalam mengalas tanggungjawab tersebut.

p/s : Sedang membiasakan diri dengan kejutan di tengah tidur nyeyak.

Wednesday, March 13, 2013

KEDATANGAN ORANG BARU DALAM KELUARGA

alam minggu ini, saya tidak dapat memberikan fokus kepada blog kerana kedatangan orang baru dalam keluarga. Seorang bayi lelaki. 

Kerana itu juga, saya akan menangguhkan sementara pengeluaran entri untuk blog. 

Alhamdulillah, isteri telah berjaya melahirkan cahaya mata kami - seorang bayi lelaki pada 12.3.2013 pukul 1.05petang. 

Syukur dengan rezeki Allah s.w.t

Thursday, March 7, 2013

CARA MENDAPATKAN KOMEN DAN MENAMBAHNYA UNTUK ENTRI BLOG (CASE STUDY)

enghamparkan segala idea dalam entri dan dengan penuh harapan - "publish". Harapan utama seorang blogger pastinya entri yang ditulis dan diluahkan sampai kepada pembaca. Harapan tertinggi pula mungkin mendapat maklumbalas dari mereka - sebuah komen.
Komen di blog | gambar : sumber
Pengalaman saya sendiri, apabila entri yang ditulis mula mendapat komen (maklum balas) ia umpama usaha yang dilakukan mendapat bayarannya. Sama seperti bekerja dan akhirnya mendapat gaji. Tidak saya nafikan, ada blogger yang sangat sukakan komen dan ada yang tidak terlalu mempedulikannya.


Wednesday, March 6, 2013

BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN MOMENTUM MENULIS ENTRI BLOG

eperti pengalaman saya sebelum ini, pelbagai kesan pasti akan dirasai jika kita terlalu lama meninggalkan sesuatu kerja yang biasa kita lakukan. Sebagai seorang blogger yang perlu menzahirkan tulisanya atas ruangan maya yang sememangnya penting hanya satu - Idea
Momentum | gambar : sumber
Kehilangan momentum dalam mencapai objektif untuk menulis, boleh mengakibatkan hilangnya semangat diri dan daya untuk menulis sekaligus menjurus kepada kehilangan idea untuk berblog. 

Dari pemerhatian saya dalam arena menulis dalam ruang maya ini, berblog - ramai yang mengalah dan berhenti dengan membawa alasan tiada idea. Namun, pada pendapat saya, ia bukan kerana idea yang kering tapi kerana kurangnya momentum setelah bermula.


Monday, March 4, 2013

KESAN SETELAH SEBULAN TIDAK MENULIS(BERBLOG)

ungkin ada rakan blogger yang perasan "kehilangan" saya dalam arena blogging ini - menyepi tanpa apa-apa bahan baru untuk perbincangan.
Menghilang dari arena maya | gambar : sumber
Ya, dalam bulan febuari saya tidak langsung mengeluarkan sebarang entri-entri baru. Sama ada entri panjang atau yang serba ringkas. Bermaksud sasaran untuk blog ini sudah pun tersasar. Tapi, insya-allah akan membaikinya dari masa ke semasa.

Thursday, January 31, 2013

APA YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA MENUNGGU

Masa itu emas. Agaknya pepatah yang tidak lagi asing kepada semua masyarakat. Setiap satu yang berlaku adalah masa dan setiap masa adalah apa yang kita lakukan. Semua orang sangat perlukan masa dan setiap seorang juga akan kehilangan masa mereka - itu pasti.
Gunakan Masa Menunggu  | Gambar : sumber
Kita sebagai insan biasa memang tidak akan terlepas daripada membazirkan komoditi berharga ini. Saya juga begitu. Namun ia terpulang kepada kita sendiri untuk mengoptimumkan penggunaan masa. Walaupun kita merasakan tidak pernah kita membazirnya tapi kerana penyebab lain, kita terpaksa juga membuang masa kita.

Wednesday, January 30, 2013

SONY PENDRIVE 4GB! TERIMA KASIH MIALIANA.COM

esampai di depan pintu rumah, terdengar hon motosikal honda EX5 berwarna merah - seorang pak posto  rupanya. Bagaikan tahu saya akan sampai rumah pada masa tersebut dan barang yang dihantar adalah barang yang ditunggu. Barangan itu adalah sebiji pendrive sony yang punyai muatan 4GB. Cukup besar untuk membantu dalam penyimpanan data.
Hadiah Pendrive Sony 4GB dari mialiana.com
Untuk pengetahuan, pendrive 4GB ini adalah hadiah "suprise" yang telah dihadiahkan oleh blogger Mia. Saya mendapat pendrive ini setelah menjadi salah seorang pemberi komen yang ke-5 terbanyak sepanjang tahun 2012 di blognya mialiana.com - pengkomen tegar 2012.

Dengan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Mia Liana untuk hadiah tersebut. Hadiah pendrive sony 4GB itu sudah selamat sampai ke rumah.

Tiada kata yang lebih baik untuk seorang blogger yang sangat peramah dan tekun ini. Saya doakan semoga blog mialiana.com akan menjadi semakin baik semakin hari. Menjadi rujukan utama dan menjadi tempat utama kepada semua blogger. Semoga berjaya Mia. Terima kasih sekali lagi.

p/s : Berbesar hati dan terasa sangat dihargai.

Tuesday, January 29, 2013

KERANA ALLAH SWT MENENTUKAN SEGALANYA

engah menyapu disekeliling rumah, kemudian terasa pula ingin menegur jiran sebelah yang sedang membersihkan kenderaannya. Melihatkan keadaaan cuaca yang kurang memuaskan dan seperti akan hujan, membuatkan saya memberitahunya akan keadaan tersebut.

Mungkin beliau tidak mengetahuinya - pada pendapat hati sendiri.

"Pakcik, hari seperti akan hujan. Rugilah kalau membersihkan kereta itu," kata saya.

Namun jawapannya agak mengejutkan dan membuatkan saya seperti kembali ke asalnya. Ini jawapan ringkas pakcik tersebut yang membuatkan saya tergamam dan menjadikan ia satu contoh baik sehingga sekarang.

"Tidak mengapa. Ini kerja pakcik mencuci. Kerja Allah swt pula, menurunkan hujan. Kalau jadi hujan, basahlah, kemudian pakcik cuci semula," jawabnya tenang sambil tersenyum.

Ketenangan dan kepasrahan pakcik tersebut membuatkan saya tiada kata yang sesuai untuk dibalas kecuali dengan berkata "Ya, kerana ini semua kerja Allah swt untuk menentukan. Kalau hujan, hujanlah. Kalau tidak, itu pun kerja Dia"

Pakcik hanya tersenyum.

Inilah kita sebagai seorang khalifah atas muka bumi, hanya yang mampu kita lakukan adalah dengan melakukan sebaiknya perkara yang kita lakukan. Kita tidak punya kuasa untuk mengetahui apa yang berlaku dihadap dan kemudian. Kita hanya mampu merancang dan kerja Allah swt untuk menentukan segalanya.

Justeru, kita bersedialah dengan apa sahaja yang kita mampu dan bertawakkal dengan apa sahaja yang kita lakukan. Mungkin kita sudah berusaha sekerasnya untuk mencapai sesuatu namun masih tidak tercapai, namun jangan sekali putus asa dan mengalah. Kerana Allah swt tahu apa yang terbaik yang akan diberikan kepada hambanya.

Monday, January 28, 2013

KENAPA ILMU DAN MAKLUMAT ITU PENTING?(SIAPAKAH BERKUASA ZAMAN SEKARANG)

enghadiri mesyuarat dan pengenalan kepada pelan rancangan strategik "strategic planning" untuk arah tuju syarikat baru-baru ini telah membuka mata saya.
Komputer dan Teknologi | Gambar : sumber
Banyak perkara dan cerita yang benar-benar memberikan kesan dan menjawab persoalan kenapa kita perlu melakukan satu perancangan dan  bersedia untuk berubah. Antara ceritanya tentang zon selesa. Sekarang mungkin kita sedang berada pada zon selesa kita sendiri yang mungkin membuatkan kita duduk diam dan tidak memikirkan sesuatu untuk masa depan.


Monday, January 21, 2013

KENAPA PERLU BERUBAH (DAN BERSEDIA BILA-BILA MASA)

ebagai seorang yang punyai kekuatan akal dan mampu berfikir, saya yakin kita akan sentiasa memikirkan setiap satu perkara yang berbeza setiap hari. Secara normalnya, tiada siapa akan duduk di satu tempat dengan masa yang lama.
Sedia untuk berubah | gambar : sumber
Kesannya boleh mendatangkan bosan kerana tiadanya perubahan dalam aktiviti yang mungkin sangat diperlukan oleh fizikal dan mental. Apa pula akan terjadi jika hidup kita tidak pernah berubah. Tiada langsung penambahbaikkan dan sesuatu yang baru.

Saya selalu ingat tentang ayat ini - apa yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan hari ini, tidak selalunya praktikal untuk mencapai kejayaan untuk masa akan datang dan ya, itu benar - sangat benar.


Monday, January 14, 2013

PENDAPAT RINGKAS SAYA TENTANG ORANG MUNAFIK

angan pernah percaya. Percayalah

Friday, January 11, 2013

DUNIA ADIL (APABILA KITA BELAJAR UNTUK MENERIMA)

etiap kita adalah insan biasa yang jug abergelar manusia. Tapi kita punya nasib yang berbeza dan mungkin juga sama. Namun tidak semua kejadian yang berlaku kepada seseorang akan sentiasa sama dengan yang lain, kerja Allah swt tiada siapa yang akan tahu.

Juga, setiap kita punyai masalah dan cerita sendiri - Nasib badan.

Hidup umpama roda.

Ada suatu ketika, akan kita rasakan seperti kitaran kehidupan sedang berada sangat tinggi di atas. Sehingga merasakan indahnya kehidupan. 

Masalahnya, ia berubah apabila tiba keadaan seperti kita sepeti wujud untuk dipijak. Sentiasa berada dalam masa yang sangat sukar, serba salah, perit dan tidak tentu arah.  Ketika inilah, sering kali kita tidak akan menerima dengan baik apapun keadaan. 

Kita merenung nasib, kecewa, menyalahkan diri dan orang lain, tiada motivasi dan hilang arah. Nasib sentiasa tidak akan menyebelahi dan tidak adil. 

Tapi, sebenarnya kitaran nasib (takdir) kepada semua orang itu adil apabila kita belajar untuk menerima. Terima dengan hati terbuka dan jadikan ia sumber kekuatan diri.

Belajarlah menerima dan tidak mengadu domba kerana ia sia-sia. Tiada siapa dapat mengubah nasibnya jika hanya memikirkan untuk berubah namun tidak pernah berusaha. 

Thursday, January 10, 2013

BILA SEMUANYA MENJADI TIDAK KERUAN

pabila semuanya menjadi tidak betul, tidak keruan dan tidak tentu arah. Memang ia amat merunsingkan. Masalah satu demi satu menimpa. Selepas satu. datang satu, ditimpa lagi satu dan masalah terus menerus menimpa. Belum sempat berfikir bagaimana untuk menyelesaikannya, sudah pula satu lagi perkara perlukan perhatian.

Ia menyebabkan stress atau tekanan yang boleh menyebabkan sakit kepala dan mendatangkan keletihan pada fizikal dan mental

Bila keadaan jadi serba huru hara dan tidak keruan, agak sukar untuk memikirkan apa sahaja penyelesaian yang betul. Sukar untuk menentukan dari mana untuk bermula. Menimbulkan masalah dalam diri yang pasti akan muncul dari mulut kemudiannya.

Apa harus dilakukan bila berhadapan perkara begini? Patutkan kita tetap merasakan keadaan yang agak serba tidak menyebelahi ini sebagai satu masalah? 

Minda celaru.

Wednesday, January 9, 2013

ENTRI PANJANG vs. ENTRI PENDEK

Sepanjang tahun 2012, saya tetapkan sebuah matlamat bahawa blog ini akan dipenuhi dengan entri yang akan membahaskan sesutau perkara dengan sebaik mungkin. Tetapi ia tetap atas jaringan motivasi, produktiviti, media sosial, pelbagai dan kepimpinan.

Strategi saya? Gunakan sahaja kaedah yang betul anda pasti boleh. Boleh klik nombor dibawah untuk pendekatan strategi saya - dipersilakan

#1 | #2 | #3

Namun, sepanjang tahun 2012 saya juga mempelajari tentang satu perkara dalam dunia berblogging. Iaitu menulis entri pendek (mengambil setahun untuk saya memikirkannya!). Selepas mengambil banyak perhitungan tentang kesannya kepada blog, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba menulis entri yang mungkin lebih simple, ringkas sekaligus pendek.

Seperti kata Sop, mungkin menulis dan update selalu boleh membantu dalam perkembangan blog, saya setuju nasihat itu tepat dan benar. Mia juga kata begitu. Siapa berani menyangkal kata-kata daripada orang berpengalaman dan boleh berjaya ini :)

Bukti blogger yang menulis entri ringkas adalah seperti mereka yang berada di Blogosphere saya - Lana dan Malay Male. Pesanan dan tujuan tetap sampai walaupun dengan entri yang ringkas. Sekali lagi yang penting - matlamat.

Sebab itu, saya rasakan dengan "mendamaikan" entri panjang dan pendek dalam blog I Think Of boleh memberikan banyak kebaikkan. Dari segi masa, tenaga dan mengatasi masalah-masalah lain.

Tidak salah mencuba :)

Tuesday, January 8, 2013

MATLAMAT BARU UNTUK TAHUN BARU?

gaknya masih lagi belum terlambat untuk kita bercerita tentang perkara baru. Lebih sinonim apabila datang tahun baru. Tahun baru dari dahulu sehingga sekarang, apa yang saya perhatikan bakal menjadi satu aras baru bagi kebanyakkan orang.

Tidak saya lupa soalan-soalan dari rakan-rakan, cikgu, ibu bapa, dalam radio mahupun televisyen apabila menjelang tahun baru.

Apa azam baru?
Apa matlamat baru?
Apa yang ingin dicapai dalam tahun baru?
Sudahkan punyai senarai matlamat yang akan dicapai tahun ini?

Biasa untuk anda juga - saya jangka.

Bagi saya ia satu yang baik kerana punyai penetapan matlamat. Ia boleh menjadi satu batu aras atau ukuran sejauh mana kita akan mencapainya kelak. Di akhirnya, bolehlah kita capai dan bangga dengan kejayaan diri sendiri.

Tapi, masih adakah matlamat lama yang agaknya sehingga kini masih belum tercapai? Gunakan peluang yang ada untuk menganalisa dan mencongak strategi baru dan mulakan langkah untuk mengapainya.

Apapun matlamat yang direka, ia adalah permulaan mimpi yang menjadi realiti bila adanya langkah pertama
Selamat berjaya.

Monday, January 7, 2013

AKIBAT MENDENGAR TANPA MENILAI | SEBUAH CERITA MOTIVASI

Untuk entri ini, saya sangat tertarik dengan satu cerita sindiran yang memberikan pengajaran. Saya anggap ia sebuah kisah motivasi supaya kita membina keyakinan dan sebab mengapa menilai sesuatu perkara dengan baik itu penting dalam membuat keputusan.
Keldai | Gambar : sumber
Cerita ini mungkin berbentuk rekaan namun ia punyai kebenaran dalam kehidupan kita seharian. Dibawakan oleh Boboi dalam lawak mereka dan telah dipanjangkan oleh blogger si Tukang Karut dalam entri bertajuk Boboi menyindir siapa di dalam maharaja lawak 2013.

Cerita ini mengisahkan tentang 2 orang anak beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli seekor keldai. Dalam perjalanan tersebut mereka bertembung dengan beberapa kumpulan orang yang bercakap sesuatu dan terus memberikan tindakbalas tanpa menilainya.


Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

elamat tahun baru 2013 kepada semua. Panjat syukur kerana kita masih lagi diberikan rezeki untuk terus berjuang demi mencapa matlamat yang telah ditetapkan.
Selamat Tahun Baru 2013 
Bagi umat Islam pula, sepatutnya kita sudah bermula lebih awal daripada orang lain dalam memulakan langkah baru kita dengan bermulanya kalender baru hijrah. Tetapi, jika belum bermula gunakan satu kesempatan tahun baru 2013 sebagai satu tanda aras untuk kita mengukur pencapaian dan menetapkan matlamat baru.

Matlamat baru untuk diri sendiri, keluarga, atau apa sahaja yang ingin kita lihat ianya berkembang dan berubah. 

Ucapan saya kepada semua, selamat maju jaya dengan apa sahaja yang anda lakukan. Semoga semakin baik dari hari ke hari dan mencapai apa yang dihajati.

Selamat Tahun Baru 2013.