Thursday, January 31, 2013

APA YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA MENUNGGU

Masa itu emas. Agaknya pepatah yang tidak lagi asing kepada semua masyarakat. Setiap satu yang berlaku adalah masa dan setiap masa adalah apa yang kita lakukan. Semua orang sangat perlukan masa dan setiap seorang juga akan kehilangan masa mereka - itu pasti.
Gunakan Masa Menunggu  | Gambar : sumber
Kita sebagai insan biasa memang tidak akan terlepas daripada membazirkan komoditi berharga ini. Saya juga begitu. Namun ia terpulang kepada kita sendiri untuk mengoptimumkan penggunaan masa. Walaupun kita merasakan tidak pernah kita membazirnya tapi kerana penyebab lain, kita terpaksa juga membuang masa kita.

Contoh yang paling tepat ketika menunggu. Kerana menunggu sesuatu hal atau perkara lain kita akan selalunya memberi masa kita. Tanpa kita sedar, ia juga memakan masa kita. Contohnya, menunggu bas, menunggu panggilan untuk masuk untuk temuduga, menunggu rakan, menunggu untuk berlepas terbang dan banyak lagi.

Sebenarnya, masa menunggu juga adalah masa yang berkualiti untuk kita melakukan sesuatu. Daripada membazirkannya, lebih baik ianya diisi dengan hal-hal yang baik dan berkualiti - ia membantu sebelum kita menjadi sangat bosan.

Antara perkara yang boleh dilakukan semasa sedang menunggu adalah;

1. Membaca - Ilmu itu penting. Pengetahuan tentang perbagai perkara juga sebuah ilmu. Oleh itu, gunakanlah masa menunggu yang ada dengan mengisinya dengan membaca. Walaupun dengan membaca surat khabar, ia juga punyai kebaikkannya sendiri. Menambah pengetahuan am yang berguna bila-bila masa untuk diri. 

2. Kerja ringkas - Dunia semakin pantas dan ia sangat perlukan masa. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menaip kertas-kertas kerja yang ringkas ataupun menyediakan minit atau surat. Sekarang banyak teknologi yang sangat membantu dalam kita menyiapkan kerja. Sebagai contoh menggunakan perisian yang terdapat di dalam tablet. Ia bukan hanya untuk dibawa ke sana sini, tapi untuk membantu dalam kerja.

3. Membina entri blog - Sebagai seorang blogger, masa menunggu ini saya selalu gunakan untuk mencurahkan idea untuk membina entri blog yang akan datang. Seperti kaedah saya ini, saya akan masukkan ia dalam evernote dan menaip apa sahaja yang terlintas. Terkadang dengan keadaan menunggu dirasakan idea tiba-tiba datang, rugi jika tidak digunakan dengan baik.

Kebanyakkan entri blog saya, bermula dengan draft yang ditaip semasa sedang menunggu.

Tips : Gunakan kaedah yang betul dan insya-allah idea sentiasa akan berada pada landasannya.

4. Peluang berehat - Hidup harian kita dipenuhi dengan pelbagai perkara yang membuatkan kita sangat sibuk, tertekan dan seperti tiada ruang. Kadang-kadang kita perlukan ruang untuk diri sendiri. Gunakan masa menunggu ini dengan sebaiknya. Ruang masa yang ada gunakan untuk berehat dan tidak memikirkan apa-apa yang memberi tekanan. Bebaskan pemikiran dan diri dengan ruang dan peluang yang ada.

5. Berkomunikasi dan menambah jaringan - Cara ke-5 ini adalah satu cadangan yang saya sendiri jarang lakukan. Peluang untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling selalunya hanya berlaku jika mereka bersendirian atau terpaksa duduk disebelah kita, contohnya duduk di dalam kapal terbang. Dengan berkomunikasi dengan orang lain, ia mendatangkan kebaikkan menambah jaringan.

Mungkin suatu hari nanti jaringan-jaringan ini adalah orang yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan maklumat dan mendapatkan bantuan. Tidak kita kenal siapa sebenarnya mereka sehingga kita membuka ruang untuk mengenali mereka.

Masa memang amat penting dan membazirkan ia sangat merugikan. Oleh itu, masa yang ada dan terluang boleh digunakan sebaiknya untuk kebaikkan diri.

Soalan : Apa pula yang anda lakukan semasa sedang menunggu dan punyai masa yang terluang? Kongsikan pendapat anda didalam ruangan komen dibawah

11 comments:

  1. di bank ada juga yg tertido ketika menunggu giliran :-)

    ReplyDelete
  2. skrg dok bce komik je klu kne menunggu..hihi

    ReplyDelete
  3. selalu main henset aje bila puas menunggu...
    kalau ada bahan untuk dibaca, memang akan baca somethinglah...

    erm... lepas ni bolehlah buat draft untuk entri blog bila menunggu... hihi~~

    ReplyDelete
  4. mia pula... ngadap handphone lah.... update blog ke... balas komen di blog ke.... komen blog orang ke... tengok emel ke...

    macam sekarang ni pun... tengah komen kat blog taliff guna handphone.... heheheh

    ReplyDelete
  5. tak suka menunggu sbb ppp adalah seorang yg sgt particular ttg masa =..=

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Apa yang sya buat smsa menunggu dah pun disebut dlm entry ni.

    Satu lgi..aaa..sya ambil kesempatan menunggu tu utk telefon org lain..salunya, sy call kawan baik sya..

    Memandgkn skrg masing2 sibuk dgn khidupn msing2, so, bila saya ada wktu terluang camtu, sy call diorg, sembang lama2 bertnya kbr dan mcm2 lgi dibualkan,hehehe

    ReplyDelete
  7. Saya kalau menunggu, datang jg boring, cepat2 saya sibukkan diri..ha yang dalam entry ni..ada lah beberapa nak buat, kalau kat luar..cal orang2 tersayang..mak ke, wife ( jangan ikut bazirkan kredit phone ja kan ) dah tak kisah janji tak boring tunggu sesuatu...)

    ReplyDelete
  8. Kalau bosan menunggu biasa baca novel dalam ebook reader. Senang.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.