Thursday, January 10, 2013

BILA SEMUANYA MENJADI TIDAK KERUAN

pabila semuanya menjadi tidak betul, tidak keruan dan tidak tentu arah. Memang ia amat merunsingkan. Masalah satu demi satu menimpa. Selepas satu. datang satu, ditimpa lagi satu dan masalah terus menerus menimpa. Belum sempat berfikir bagaimana untuk menyelesaikannya, sudah pula satu lagi perkara perlukan perhatian.

Ia menyebabkan stress atau tekanan yang boleh menyebabkan sakit kepala dan mendatangkan keletihan pada fizikal dan mental

Bila keadaan jadi serba huru hara dan tidak keruan, agak sukar untuk memikirkan apa sahaja penyelesaian yang betul. Sukar untuk menentukan dari mana untuk bermula. Menimbulkan masalah dalam diri yang pasti akan muncul dari mulut kemudiannya.

Apa harus dilakukan bila berhadapan perkara begini? Patutkan kita tetap merasakan keadaan yang agak serba tidak menyebelahi ini sebagai satu masalah? 

Minda celaru.

8 comments:

  1. Bile berada di situasi begini, kewarasan fikiran sangat membantu. Selesaikan dulu masalah yg paling utama/penting...meminta bantuan atau nasihat org yg lebih arif juga boleh membantu...yg penting jgn panik dan tergesa2 utk cuba merungkai persoalan yg berselirat...selebihnya bertawakal kpd Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan, cadangan dan nasihat. Memang benar, kepada Allah swt jua adalah piliha terbaik ketika berada dalam keadaan begini. Terima kasih :)

      Delete
  2. tarik nafas dalam dalam dan hembus. Duduk diam dalam lima minit. Tenangkan diri. Lepas tu baru fikir tindak balas yg perlu dilakukan dlm menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  3. minta tenangkan diri dan berfikir secara rasional...

    ReplyDelete
  4. tarik nafas dalam2...and re think

    ReplyDelete
  5. pergi tenangkan fikiran kat tempat lain. kosong minda. happy kan diri dengan buat hobi yang digemari contohnya la kalau mia.. karaoke ke.. blogwalking ke.. shopping dengan family ke... makan kat luar ke...

    ReplyDelete
  6. agak beza tu jika kita selalu berdoa, mohon Dia mudahkan urusan. Sebaiknya jangan bertangguh2 tau!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.