Friday, January 11, 2013

DUNIA ADIL (APABILA KITA BELAJAR UNTUK MENERIMA)

etiap kita adalah insan biasa yang jug abergelar manusia. Tapi kita punya nasib yang berbeza dan mungkin juga sama. Namun tidak semua kejadian yang berlaku kepada seseorang akan sentiasa sama dengan yang lain, kerja Allah swt tiada siapa yang akan tahu.

Juga, setiap kita punyai masalah dan cerita sendiri - Nasib badan.

Hidup umpama roda.

Ada suatu ketika, akan kita rasakan seperti kitaran kehidupan sedang berada sangat tinggi di atas. Sehingga merasakan indahnya kehidupan. 

Masalahnya, ia berubah apabila tiba keadaan seperti kita sepeti wujud untuk dipijak. Sentiasa berada dalam masa yang sangat sukar, serba salah, perit dan tidak tentu arah.  Ketika inilah, sering kali kita tidak akan menerima dengan baik apapun keadaan. 

Kita merenung nasib, kecewa, menyalahkan diri dan orang lain, tiada motivasi dan hilang arah. Nasib sentiasa tidak akan menyebelahi dan tidak adil. 

Tapi, sebenarnya kitaran nasib (takdir) kepada semua orang itu adil apabila kita belajar untuk menerima. Terima dengan hati terbuka dan jadikan ia sumber kekuatan diri.

Belajarlah menerima dan tidak mengadu domba kerana ia sia-sia. Tiada siapa dapat mengubah nasibnya jika hanya memikirkan untuk berubah namun tidak pernah berusaha. 

7 comments:

  1. Salam.

    Saya terkenang diri sendiri je bila membaca entry ni. hehehe.

    Urm.. saya rasa, dalam beberapa keadaan, kita susah nak terima masalah2 yg melanda sebabnya, kita mengharapkan 'samarata'.

    Kebanyakkan kita faham adil dan samarata itu dua perkara berbeza. Tapi bila berhadapan situasi mencabar, kita sukar fikir dgn waras.

    ReplyDelete
  2. adil kalau mahu menerima keadaan persekitaran...

    ReplyDelete
  3. bersyukur pada apa saja nikmat Allah pasti hidup tenang..

    ReplyDelete
  4. betul tu taliff.... kena sentiasa bersederhana dan bersyukur atas apa yang ada..

    ReplyDelete
  5. aku setuju bro. menerima dengan pemikiran yang positif. adalakala juga memberi. btw tq tallf atas wish tempoh hari :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.