Wednesday, January 9, 2013

ENTRI PANJANG vs. ENTRI PENDEK

Sepanjang tahun 2012, saya tetapkan sebuah matlamat bahawa blog ini akan dipenuhi dengan entri yang akan membahaskan sesutau perkara dengan sebaik mungkin. Tetapi ia tetap atas jaringan motivasi, produktiviti, media sosial, pelbagai dan kepimpinan.

Strategi saya? Gunakan sahaja kaedah yang betul anda pasti boleh. Boleh klik nombor dibawah untuk pendekatan strategi saya - dipersilakan

#1 | #2 | #3

Namun, sepanjang tahun 2012 saya juga mempelajari tentang satu perkara dalam dunia berblogging. Iaitu menulis entri pendek (mengambil setahun untuk saya memikirkannya!). Selepas mengambil banyak perhitungan tentang kesannya kepada blog, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba menulis entri yang mungkin lebih simple, ringkas sekaligus pendek.

Seperti kata Sop, mungkin menulis dan update selalu boleh membantu dalam perkembangan blog, saya setuju nasihat itu tepat dan benar. Mia juga kata begitu. Siapa berani menyangkal kata-kata daripada orang berpengalaman dan boleh berjaya ini :)

Bukti blogger yang menulis entri ringkas adalah seperti mereka yang berada di Blogosphere saya - Lana dan Malay Male. Pesanan dan tujuan tetap sampai walaupun dengan entri yang ringkas. Sekali lagi yang penting - matlamat.

Sebab itu, saya rasakan dengan "mendamaikan" entri panjang dan pendek dalam blog I Think Of boleh memberikan banyak kebaikkan. Dari segi masa, tenaga dan mengatasi masalah-masalah lain.

Tidak salah mencuba :)

5 comments:

  1. yeahhh! betul tu talif.. kadang pendek dan simple perlu juga... tak sabar rasanya nak tunggu talif update blog setiap hari.. ;)

    good luck ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mia. Insya-allah. Sama-sam akita berjaya

      Delete
  2. ENTRY PENDEK PUN KADANG KADANG AGAK SUSAH BILA TAK DAPAT ILHAM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-allah akan mencuba buatkan yang terbaik. Lagipun sudah biasa membuat entri-entri panjang, mungkin boleh gunakan teknik sama untuk entri yang sederhana atau yang pendek.

      psttttt...TK lupa off Cap Lock?

      Delete
  3. Salam.

    Perkataan 'mendamaikan' tu, memang tersenyum sya dibuatnya.

    Walaupun mengambil masa setahun, saya rasa ia perubahan yang sangat berbaloi. Entry pertama tahun 2013 (entry sblm ni) saja dah buat saya terfikir sbnrnya.. kenapa entry tu pendek? hehehe.

    Saya doakan 'perdamaian' ni menghasilkan pencapaian lebih baik utk blog ni berbanding tahun sebelumnya. InsyaAllah! ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.