Monday, January 28, 2013

KENAPA ILMU DAN MAKLUMAT ITU PENTING?(SIAPAKAH BERKUASA ZAMAN SEKARANG)

enghadiri mesyuarat dan pengenalan kepada pelan rancangan strategik "strategic planning" untuk arah tuju syarikat baru-baru ini telah membuka mata saya.
Komputer dan Teknologi | Gambar : sumber
Banyak perkara dan cerita yang benar-benar memberikan kesan dan menjawab persoalan kenapa kita perlu melakukan satu perancangan dan  bersedia untuk berubah. Antara ceritanya tentang zon selesa. Sekarang mungkin kita sedang berada pada zon selesa kita sendiri yang mungkin membuatkan kita duduk diam dan tidak memikirkan sesuatu untuk masa depan.


Dalam buku 13 Qualities All Winners Share mengatakan sesuatu kejayaan pada hari ini tidak mungkin menjadi sebuah kejayaan untuk hari esok. Sangat benar, jika sedang berada dalam zon selesa dan tidak merancang untuk kejayaan akan datang, sebenarnya kita sedang bermimpi.

Mungkin mimpi yang kita hanya akan tersedar bila sudah berlaku segalanya.

Dan ada satu lagi perkara yang sangat penting untuk menjadi peringatan kepada diri dan sekalian. Sebelum itu, saya tanyakan satu soalan siapakah yang berkuasa zaman sekarang?

Kemudian penceramah menceritakan satu perkara yang pada anggapan saya, itu benar.

Dulu, sesiapa yang mempunyai tanah adalah seorang yang sangat berkuasa dan 'raja' pada zamannya. Dengan hartanah yang mereka miliki mengangkat mereka menjadi seorang yang sangat berpengaruh. Berbeza dengan zaman sekarang. Orang yang paling berkuasa dan berpengaruh bukan agi sesiapa yang mempunyai tanah yang banyak, tapi orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dan punyai maklumat yang banyak.

Kerana dengan ilmu dan maklumat tersebut akan memungkinkan mereka menjadi seorang yang penting dan sangat berguna. Dengan maklumat yang ada, ia membuatkan mereka menjadi asset yang tidak ternilai dan ilmu tersebut bakal memenangkan diri mereka atau organisasi untuk mengharungi dunia yang semakin kian mencabar.

Mereka yang memiliki ilmu dan pengetahuan juga akan mampu mengetahui apakah yang mereka akan capai dalam 5 sehingga 10 tahun yang akan datang. Tanah akan berkurang tetapi ilmu yang berguna jika dimiliki akan membantu daripada segala hal. Bukan dengan sihir atau apa-apa yang istimewa tetapi kemampuan mereka menganalisa dan memahami keadaan sekarang dari maklumat yang ada.

Katanya lagi, bagaimana untuk menjadi orang yang seperti berikut? Membacalah kerana ia adalah sumber utama dan berkesan untuk menambah pengetahuan dan menaikkan diri kita. Bukan hanya membaca semasa kita sedang belajar, tetapi sehingga bila-bila. 

Ilmu sememangnya berkaitrapat dengan amalan membaca. Tapi, berapa banyak sumber ilmu yang kita baca sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun? Justeru jadikanlah membaca sebagai salah satu tabiat. Kerana ia banyak memberi kebaikkan.

Itulah sebabnya ilmu dan maklumat sangat penting untuk sesiapa sahaja sekarang. Ia mengangkat seseorang itu umpama sehinggakan seseorang itu dianggap sangat berkuasa.

Jadi, raihlah ilmu. Ilmu dunia dan akhirat agar kita tidak ketinggalan dengan apa yang ada di sekeliling.

Soalan : Apakah lagi kepentingan ilmu pengetahuan pada pendapat anda. Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen dibawah.

4 comments:

  1. Dunia berubah, cabarannya pun berubah. sebab tu kena rajin membaca, tambah ilmu ikut keperluan semasa. kalau ada ilmu tapi ilmu lama, tak boleh jugak.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Teringat pulak filem2, selalu menampilkan jalan cerita, org2 berilmu, bijak pandai ni dibuli org jahat. Cipta mesin2, teknologi2 yg boleh mengancam kehidupan manusia sejagat.

    *terlebih tengok filem daaaa,hehehe, sorry2*

    Saya setuju yg org zaman dulu, banyak tanah, bintg ternakan, tanaman, ladang berekar berhektar, wahh..org mcm tu dah kira kaya, hebat, gempak! Tapi skrg, benda tu dah tak heran sgt.

    Kalau macam sya sendiri, tertarik dgn individu,personaliti yg boleh kuasai pelbagai bahasa dalam satu masa..tak kisahla yg dkuasainya tu dalam bentuk percakapan, penulisan dll.

    Apapun yang kita buat, semuanya berdasarkan banyak mana ilmu yg kita ada kan. Takkan la kalau ilmu skadar memotong bawang je, tiba2 hasil masakan jadi rendang bombastik.

    Bagi saya, ada dua sebab kenapa perlu ilmu..yang pertama, supaya tidak mudah ditindas, ditipu. Dan kedua, supya mudah untuk berinteraksi/berkomunikasi.

    ReplyDelete
  3. Ilmu penyuluh hidup... ingat lg dgn motto ni masa zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
  4. orang yang ada ilmu dengan orang yang ada duit, yang lebih dihormati adalah yang berilmu...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.