Monday, January 21, 2013

KENAPA PERLU BERUBAH (DAN BERSEDIA BILA-BILA MASA)

ebagai seorang yang punyai kekuatan akal dan mampu berfikir, saya yakin kita akan sentiasa memikirkan setiap satu perkara yang berbeza setiap hari. Secara normalnya, tiada siapa akan duduk di satu tempat dengan masa yang lama.
Sedia untuk berubah | gambar : sumber
Kesannya boleh mendatangkan bosan kerana tiadanya perubahan dalam aktiviti yang mungkin sangat diperlukan oleh fizikal dan mental. Apa pula akan terjadi jika hidup kita tidak pernah berubah. Tiada langsung penambahbaikkan dan sesuatu yang baru.

Saya selalu ingat tentang ayat ini - apa yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan hari ini, tidak selalunya praktikal untuk mencapai kejayaan untuk masa akan datang dan ya, itu benar - sangat benar.


Dari seorang pelajar dan menjadi seorang pekerja. Dua dunia yang mendatangkan pelbagai senario dan cabaran yang mana, mahu atau tidak kita terpaksa mengubah diri menjadi seorang atas pilihan kita. Saya fikir, jika cara yang sama digunakan ketika sedang bergelar pelajar untuk bekerja, ia pasti akan mendatangkan masalah.

Itu hanya satu contoh biasa dimana kita terpaksa mengadaptasi keadaan semasa dan berubah untuk menjadi seiring dengannya.

Kita perlu sentiasa bersedia dan merimanya pada bila-bila masa. Disini ada beberapa sebab saya fikirkan kenapa kita perlu berubah ;

1. Kejayaan dan menjadi orang berjaya - Mencipta kejayaan diri sendiri dan menjadi orang yang berjaya. Senang untuk ditulis tapi memang sukar untuk dipraktikkan. Kejayaan dan menjadi orang berjaya sangat perlukan perubahan. Orang berjaya adalah orang yang sentiasa peka dan bersedia untuk berubah. Kerana mereka tidak akan hanya berhenti setelah mencapai satu kejayaan. 

Lihat sekeliling anda, orang yang mencipta nama dan berjaya adalah orang yang sentiasa menempa kejayaan dalam bidang mereka. 

2. Mempraktikkan Ilmu - Untuk mengamal dan mendapatkan manfaat daripada ilmu yang kita pelajari, kita perlu berubah. Alasannya, setiap hari akan ada sahaja ilmu baru yang akan kita pelajari. Ilmu baru perlukan cara yang berbeza apabila tiba masa untuk dipraktikkan. 

3. Tidak ketinggalan - Masa sekarang, semua kian pantas seperti sebuah peluncur. Kita akan tertinggal jauh apabila tidak sedia meletakkan kaki atas peluncur masa itu. Jadi, jika kita tidak fikirkan untuk menerima ilmu baru yang ada dan mempelajarinya, kita akan ketinggalan. Jangan biarkan diri kita terjerumus dalam takuk lama. Bersedia minda untuk menerima perubahan bila-bila masa.

4. Mendapatkan peluang baru - Perubahan menimbulkan peluang-peluang baru yang boleh kita jelajahi. Tahu apa itu SWOT analisis? Analisa tentang Strength, Weakness, Opportunities dan Treats yang sedang berlaku didalam dan luaran sekeliling sekarang. Daripada analisa itu, tidak mungkin peluang yang kita ada sekarang akan menjadi peluang untuk 5, 10 tahun akan datang. Dan ancaman yang ada mungkin akan menjadi peluang baru kepada kita.

Justeru, dengan berubah kita akan sentiasa mencari dan mencipta peluang untuk terus berdiri dan berjaya. Hidup juga punya hubungkait rapat dengan 'survival'

Setiap orang perlu berubah - penting

Dengan itu kita perlu bersedia untuk berubah pada bila-bila masa dan ketika. Keadaan dunia sendiri tidak akan membenarkan kita bertahan untuk selamanya. Oleh itu, bersedialah untuk berubah. Setiap orang punyai akal yang mampu menganalisa apakah aras kita sekarang. Jangan terpedaya dengan zon selesa kita, kerana ia tidak akan kekal selamanya.

Sebagai umat Islam, peristiwa hijrah memberikan banyak pengajaran yang sangat berguna dan memotivasikan diri untuk sentiasa berubah - bersedialah

Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan namun sekurang-kurangnya kita sudah bersedia sepenuhnya.

Soalan : Kenapa kita perlu berubah pada pendapat anda? Tinggalkan komen anda diruangan komen di bawah.

3 comments:

  1. nak berubah bukan perkara mudah. Perlu ada dorongan dari org sekeliling, yang mana sangat sukar diperolehi pada masa ini.

    ReplyDelete
  2. yupppp... betul tu taliff. perkara yang paling berat untuk dilakukan. berubah kepada yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. untuk berubah memerlukan kekuatan dalaman yg kuat
    bukan mudah untuk berubah begitu sahaja terutama dalam zon selesa :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.