Tuesday, January 29, 2013

KERANA ALLAH SWT MENENTUKAN SEGALANYA

engah menyapu disekeliling rumah, kemudian terasa pula ingin menegur jiran sebelah yang sedang membersihkan kenderaannya. Melihatkan keadaaan cuaca yang kurang memuaskan dan seperti akan hujan, membuatkan saya memberitahunya akan keadaan tersebut.

Mungkin beliau tidak mengetahuinya - pada pendapat hati sendiri.

"Pakcik, hari seperti akan hujan. Rugilah kalau membersihkan kereta itu," kata saya.

Namun jawapannya agak mengejutkan dan membuatkan saya seperti kembali ke asalnya. Ini jawapan ringkas pakcik tersebut yang membuatkan saya tergamam dan menjadikan ia satu contoh baik sehingga sekarang.

"Tidak mengapa. Ini kerja pakcik mencuci. Kerja Allah swt pula, menurunkan hujan. Kalau jadi hujan, basahlah, kemudian pakcik cuci semula," jawabnya tenang sambil tersenyum.

Ketenangan dan kepasrahan pakcik tersebut membuatkan saya tiada kata yang sesuai untuk dibalas kecuali dengan berkata "Ya, kerana ini semua kerja Allah swt untuk menentukan. Kalau hujan, hujanlah. Kalau tidak, itu pun kerja Dia"

Pakcik hanya tersenyum.

Inilah kita sebagai seorang khalifah atas muka bumi, hanya yang mampu kita lakukan adalah dengan melakukan sebaiknya perkara yang kita lakukan. Kita tidak punya kuasa untuk mengetahui apa yang berlaku dihadap dan kemudian. Kita hanya mampu merancang dan kerja Allah swt untuk menentukan segalanya.

Justeru, kita bersedialah dengan apa sahaja yang kita mampu dan bertawakkal dengan apa sahaja yang kita lakukan. Mungkin kita sudah berusaha sekerasnya untuk mencapai sesuatu namun masih tidak tercapai, namun jangan sekali putus asa dan mengalah. Kerana Allah swt tahu apa yang terbaik yang akan diberikan kepada hambanya.

10 comments:

  1. kalau aku pun... aku terkedu gak..

    ReplyDelete
  2. wahhh touchingnya bila cakap macam tu... bukan senang nak jumpa orang yang boleh cakap macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang memberi pengajaran kepada Taliff

      Delete
  3. Tak pernah untuk cuba berhenti berharap.... ppp tak mahu kalah sebelum mencuba... tapi jika ditakdirkan mmg tiada rezeki utk mendapatkan apa yg tak tercapai itu ttp harus pasrah.. itu yg terbaik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PPP. Pasrah kerana ia adalah yang terbaik kerana Allah mengetahui apa yan terbaik untuk kita

      Delete
  4. emm cool je eh...

    tp kalo langit mendung, bukan petanda tuhan nak turunkan hujan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tapi Dia juga penentu untuk tidak menurunkannya

      Delete

Terima kasih atas komen anda.