Tuesday, January 8, 2013

MATLAMAT BARU UNTUK TAHUN BARU?

gaknya masih lagi belum terlambat untuk kita bercerita tentang perkara baru. Lebih sinonim apabila datang tahun baru. Tahun baru dari dahulu sehingga sekarang, apa yang saya perhatikan bakal menjadi satu aras baru bagi kebanyakkan orang.

Tidak saya lupa soalan-soalan dari rakan-rakan, cikgu, ibu bapa, dalam radio mahupun televisyen apabila menjelang tahun baru.

Apa azam baru?
Apa matlamat baru?
Apa yang ingin dicapai dalam tahun baru?
Sudahkan punyai senarai matlamat yang akan dicapai tahun ini?

Biasa untuk anda juga - saya jangka.

Bagi saya ia satu yang baik kerana punyai penetapan matlamat. Ia boleh menjadi satu batu aras atau ukuran sejauh mana kita akan mencapainya kelak. Di akhirnya, bolehlah kita capai dan bangga dengan kejayaan diri sendiri.

Tapi, masih adakah matlamat lama yang agaknya sehingga kini masih belum tercapai? Gunakan peluang yang ada untuk menganalisa dan mencongak strategi baru dan mulakan langkah untuk mengapainya.

Apapun matlamat yang direka, ia adalah permulaan mimpi yang menjadi realiti bila adanya langkah pertama
Selamat berjaya.

10 comments:

  1. Huhu, betul. Matlamat dan harapan adalah permulaan sebuah kejayaan :)

    ReplyDelete
  2. matlamat aku yang utama semua masih belum tercapai. sedang carik2 ruang...

    ReplyDelete
  3. satu idea daripada saya:

    Pernahkah anda melihat kata-kata mutiara yang ditulis semasa berada di bangku sekolah dahulu. kata-kata itu adalah pesanan yang terpaksa kita baca dan tahu apa maksudnya. saya ada baca satu buku yang mana kita perlu TULIS harapan/matlamat/azam dll dengan tangan kita sendiri di dinding mahu pon di atas kertas. dengan ini anda terpaska dan sentiasa terbanyang apakah matlamat/azam/cita-cita/impian/+ve thinking setiap hari. just simple step to gain a big dream. selamat mencuba. assalamualaikom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap. Matlamat perlu dizahirkan dan ditulis. Dengan setiap hari kita melihat matlamat tersebut, ia membantu memberikan semangat positif dan pendorong setiap hari.

      Terima kasih atas idea tersebut.

      Delete
  4. nak buat langkah pertama tu yang payah sebenarnya... tp bila dah buat semakin mudahlah ia

    ReplyDelete
  5. Perlu ada matlamat supaya ada hala tuju.

    ReplyDelete
  6. penetapan matlamat sgt perlu dan kena dirancang sebaik mungkin utk tercapai kan? huhu :)

    ReplyDelete
  7. tentulah semuanya nak yang baik2 tahun ni.. ;) asalkan ianya boleh dicapai. tak mahu azam baru yang susah nanti tak dapat tensen sorang2... huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.