Wednesday, March 6, 2013

BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN MOMENTUM MENULIS ENTRI BLOG

eperti pengalaman saya sebelum ini, pelbagai kesan pasti akan dirasai jika kita terlalu lama meninggalkan sesuatu kerja yang biasa kita lakukan. Sebagai seorang blogger yang perlu menzahirkan tulisanya atas ruangan maya yang sememangnya penting hanya satu - Idea
Momentum | gambar : sumber
Kehilangan momentum dalam mencapai objektif untuk menulis, boleh mengakibatkan hilangnya semangat diri dan daya untuk menulis sekaligus menjurus kepada kehilangan idea untuk berblog. 

Dari pemerhatian saya dalam arena menulis dalam ruang maya ini, berblog - ramai yang mengalah dan berhenti dengan membawa alasan tiada idea. Namun, pada pendapat saya, ia bukan kerana idea yang kering tapi kerana kurangnya momentum setelah bermula.


Lihat sahaja mereka yang sudah lama berblog, mereka akan cuba membincangkan apa sahaja perkara yang berada dalam "niche" pilihan. Mereka tidak membina pembaca dan blog mereka semalaman. Contohi usaha keras mereka.

Jadi, bagaimana untuk mengekalkan momentum menulis entri blog atau terus berblog? Ini antara cadanganya ;

1. Tetapkan "Niche" - Apa itu "niche" dalam berblog? "Niche" adalah jaringan atau arah yang ingin anda pergi dalam menulis. Boleh pilih apa sahaja yang anda fikirkan diminat dan punyai kekuatan untuk membincangkanya. Ramai antara blogger permulaanya akan memilih untuk menulis dan menjadikan blog  mereka sebagai blog peribadi. Ini kerana blog peribadi boleh membincangkan apa sahaja yang mereka mahukan. 

Kenapa menetapkan "niche" untuk blog penting? Kerana ia menzahirkan niat dan menentukan arah tuju blog kelak. Sebarang perkara perlu dilakukan dengan niat agar tidak tersasar dari tujuan asal. Tanpa tujuan, umpama kapal hilang kemudinya. 

2. Letakkan cabaran - Setelah menetapkan "niche" untuk blog, kemudian letakkan cabaran kepada diri dan minda untukmencapainya. Pelbagai indikator boleh digunakan untuk dijadikan sasaran, antaranya ;

a) Jumlah entri dalam sehari/seminggu/sebulan/setahun
b) Jumlah patah perkataan untuk sesebuah entri
c) Jumlah pelawat (baru/berulang) untuk sehari/seminggu/sebulan/setahun
d) Jumlah komen untuk entri yang telah disiarkan
e) dan banyak lagi yang ingin anda capai...

Saya meletakkan pencapaian blog ini untuk mencapai 3 entri untuk seminggu dan ia mencabar minda untuk sentiasa berfikir untuk mengatasinya dari segi masa, tenaga, idea dan apa sahaja ruang dan peluang untuk mencapainya. Kenapa perlu menetapkan cabaran?

Cabaran akan menghadirkan tekanan. Tekanan bakal menjadi daya pendorong untuk mencapai objektif sendiri. 

3. Disiplin diri - Tiada yang lebih penting untuk kita mencapai impian dan tujuan - Sikap. Ia adalah faktor terbesar dalam menentukan dan memisahkan antara orang berjaya dan ketinggalan. Disiplinkan diri dan minda untuk mencapai apa yang dihajati. Terus dan sentiasa lakukan apa yang selalu dilakukan tanpa berhenti. 

Selesai meletakkan cabaran (sasaran) untuk dicapai, disiplinkan diri untuk pergi ke garisan penamat. 

Kemudian lihat bagaimana blog anda akan berkembang baik sebaik apa yang telah dilakukan. Lihat bagaimana idea akan mengalir ke dalam minda dan memberi dorongan kepada diri untuk menulis. Tidak perlu dipaksa, kerana momentum menulis akan sangat membantu. 

Alah bisa, tegal biasa - biasakan diri dan kita mampu mencapainya.

Soalan : Sebagai blogger, apa yang membantu anda dalam mengekalkan momentum untuk terus menulis di blog? Kongsikan pendapat dan cadangan anda di ruangan komen. 

14 comments:

  1. Replies
    1. Memang betul tu. Tapi cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kekuatan

      Delete
  2. Very nice entry. Macam aku antara sebab selalu tak ada momentum nak tulis blog sebab internet teramatla slow dekat sini. Bahan ada banyak jugakla tapi jadi malas nak update sebab slow sangat internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh...masih slow walaupun guna internet yang bayarnya mahal?

      Delete
    2. x mampu nak pakai mahal.. heheh

      Delete
    3. Betul tu. Gunakan apa sahaja yang termampu :)

      Delete
  3. kemudahan turut menyumbang kpd momentum
    conth internet, kompter dan sebagainya :)
    sop akn down bila internet slow.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu juga betul. Salah satu penyebab kenapa saya kurang berblog adalah kerana internet yang lambat.

      Delete
  4. benar tak dinafikan akan berlaku low momentem nak berblog, kadang sekadar BW pun hampir2 tak terbuat...tapi saya ada cara agar sentiasa bersemangat, cuma adakah teman blogger sama dgn cara saya tu yang segan nak kongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika Etuza ingin berkongsi, silakan :)

      Delete
  5. kena konsisten baru lah dapat momentum tu.... terbaik ahhh entri ni taliff...

    ReplyDelete
  6. sangat berguna, saya bloger baru.. sudi2 la lawat blog dan follow blog saya :) http://lelazy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. entri ni membangkit semangat dalam berblog, saya mendapat sesuatu yang baru iaitu tetapkan sasaran menulis entri dalam seminggu..( saya rasa nak tiru cara yg sdr ajarkan ini..Insyallah ) terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.