Thursday, March 7, 2013

CARA MENDAPATKAN KOMEN DAN MENAMBAHNYA UNTUK ENTRI BLOG (CASE STUDY)

enghamparkan segala idea dalam entri dan dengan penuh harapan - "publish". Harapan utama seorang blogger pastinya entri yang ditulis dan diluahkan sampai kepada pembaca. Harapan tertinggi pula mungkin mendapat maklumbalas dari mereka - sebuah komen.
Komen di blog | gambar : sumber
Pengalaman saya sendiri, apabila entri yang ditulis mula mendapat komen (maklum balas) ia umpama usaha yang dilakukan mendapat bayarannya. Sama seperti bekerja dan akhirnya mendapat gaji. Tidak saya nafikan, ada blogger yang sangat sukakan komen dan ada yang tidak terlalu mempedulikannya.


Apapun, pada pendapat saya komen atau maklumbalas daripada pembaca dan pengunjung adalah salah satu  pendorong atau motivasi untuk terus menulis. Silent reader menandakan terdapat pengunjung yang datang dan membaca, tapi dengan komen yang ditinggalkan menunjukkan sudah mula ada teman berkongsi minat dan mengembangkanya.

Dalam tahun 2012, saya pelajari satu perkara yang benar-benar memberikan impak kepada jumlah komen kepada satu-satu entri yang sudah disiarkan. Sebelum ia mula menurun semula ( kerana tidak meneruskan langkah tersebut).

Ini adalah antara 3 entri saya yang punyai jumlah komen yang baik 
  1. Tempat untuk ping blog | Traffik blog
  2. Perlukan membalas komen dalam blog sendiri
  3. Bagaimana memotivasikan diri sendiri
Daripada pengalaman saya, berikut adalah antara langkah-langkah yang pernah saya ambil (teratas adalah cara paling berkesan) ;

1. Baca dan beri komen - Sebelum memberi komen, pastikan anda membaca bahan yang dituliskan oleh penulis/blogger lain. Komen yang baik adalah komen yang menepati isu atau bahan yang dibincangkan oleh mereka. Tidak dinafikan, sememangnya ada yang memberi komen tapi hanya meninggalkan pautan blog dan tiada kaitan langsung - ini sebenarnya amat menjengkelkan. 

Selain mendapat maklumat dari bahan yang dibincangkan, anda sudah mengembangkan idea anda sendiri dengan memberi komen.

Bagaimana cara ini akan meningkatkan komen entri di blog sendiri? Senang, bila kita menghargai orang lain percayalah mereka akan mula menghargai kita semula. 

2. Entri dan tulisan - Pastikan entri yang anda tulis memberi ruang kepada para pembaca untuk berfikir dan memanjangkannya. Entri tersebut pada pendapat saya adalah entri yang masih ada ruang untuk dibahas, diberi sokongan mahupun dibantah. Sematkan dorongan dan provokasi dalam penulisan - ia penting.

Cara penulisan pula janganlah pula menyusahkan kaum pembaca. Jika entri punyai patah perkataan yang panjang, pastikan ia diberi perenggan. Dan, jika ia terlalu panjang pecahkan kepada beberapa entri mengikut kesesuaian.

Gunakan juga bahasa standard dan tidak menyalahi tatabahasa budak sekolah rendah (yang tidak pernah  diajar oleh mana-mana cikgu bahasa)

Banyak perbezaan antara mereka yang faham, tidak faham dan langsung tidak mahu ambil tahu. Usaha kita menulis adalah untuk membuatkan mereka untuk faham perkara yang cuba kita sampaikan dan dengan kefahaman tersebut para pembaca akan berminat membahaskan perkara yang sama.

3. Perkenalkan blog - Bagaimana untuk perkenalkan blog anda kepada para pembaca terutamanya blogger? Teknologi sosial banyak membantu dalam kita membina ruangan dan peluang blog kita untuk dikenali. Antara cara yang saya lakukan adalah ;
  • Menyertai facebook page ( ping! setiap kali punyai entri baru atau entri lama)
  • Tweet pautan blog di twitter dan dapatkan hashtag yang betul ( ia memberi kebarangkalian untuk mendapatkan lebih banyak klik dan pembaca)
  • Blogwalking - Cara termudah untuk memperkenalkan blog. 
Semakin banyak kita mendedahkan blog dalam komuniti internet ini, semakin tinggi peluang untuk bertemu dengan mereka yang punyai minat dan penulisan yang sama. Ia membantu dalam mempertingkatkan jumlah komen. Tapi bersedia - tidak semua komen akan memihak. Belajar untuk menerima kritikan.

4. Pelajari SEO - SEO bertujuan untuk membuatkan entri menjadi lebih "kompetitif". Untuk memenangi 10 kedudukan 10 teratas dalam berjuta untuk senarai carian sememangnya sukar. Namun, dengan serba sedikit mengetahui SEO akn lebih terdedah dan boleh mendatangkan juga komen dari masa ke semasa.

Ramai blogger sudah membincangkan tentang SEO hanya tinggal kemahuan sendiri untuk mempelajarinya. Apa itu SEO? Klik sini.

5. Berikan soalan - Galak pembaca untuk berfikir. Ini adalah teknik yang selalunya saya tempatkan diakhir setiap entri. Saya akan memberikan soalan untuk mengalakkan pembaca untuk mengembangkan idea dan memberi pendapat mereka. Setiap orang punya pendapat berbeza dan berikan jalan untuk mereka menyuarakanya. - tinggalkan di ruangan komen.

Itulah antara langkah yang pernah saya lakukan untuk meningkatkan komen dalam blog ini. Semakin banyak komen yang anda perolehi menyatakan semakin ramai pembaca yang mula respon dengan apa yang dituliskan - ia mampu menambahkan semangat dan ingat ia juga adalah satu penanda aras kepada kekuatan blog anda.

Selamat berjaya.

Soalan : Apakah cadangan yang anda fikirkan boleh membantu mendapatkan komen untuk entri yang telah anda siarkan?

10 comments:

  1. thanks a lot....tips yang sangat membantu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Semoga bersama mendapat manfaatnya.

      Delete
  2. topik yg menarik akan menarik org untuk komen dan beri pandangan
    soalan yg diajukan oleh talif sgt membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, topik yang menarik akan mendorong pendatang untuk membaca dan sekaligus mendatangkan komen.

      Memberikan soalan akan mengalakkan pembaca untuk berfikir dan memberi komen.

      Delete
  3. kalau nak komen banyak sila komen di blog orang... huhu... ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul. Sebab itulah cara tesebut menjadi no.1 dalam entri ini. :)

      Delete
  4. fyna pun curi-curi masa untuk membalas komen kat blog orang lain. kalau kita hendak orang lain komen blog kita, kita pun kena buat benda yang sama kan.

    ReplyDelete
  5. assalam,

    kalu kita rajin komen kat tempat orang..
    dah tentu orang pun rajin ketempat kita...

    ReplyDelete
  6. saya lg galau ni bos...blog gue blum masuk page 1 google, ada cara cepat gak bos SEO spya blog kita cepat di page 1 google

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.