Monday, March 4, 2013

KESAN SETELAH SEBULAN TIDAK MENULIS(BERBLOG)

ungkin ada rakan blogger yang perasan "kehilangan" saya dalam arena blogging ini - menyepi tanpa apa-apa bahan baru untuk perbincangan.
Menghilang dari arena maya | gambar : sumber
Ya, dalam bulan febuari saya tidak langsung mengeluarkan sebarang entri-entri baru. Sama ada entri panjang atau yang serba ringkas. Bermaksud sasaran untuk blog ini sudah pun tersasar. Tapi, insya-allah akan membaikinya dari masa ke semasa.

Dalam berada dalam keadaan "diam" tersebut, saya ada kesan terhadap diri apabila mula kembali untuk menulis. Dan untuk pengetahuan, terdapat beberapa kesan yang sememangnya agak berat untuk diatasi namun jika ingin meneruskan juga - hanya daya usaha sahaja adalah jawab terakhir untuk kembali.

Antara beberapa kesan yang dapat saya rasakan setelah lama tidak menulis blog ;

1. Hilang momentum - Untuk sesiapa pun, baik apa jua yang kita lakukan pasti ia punyai momentumnya sendiri. Momentum yang membantu dalam melancarkan lagi usaha kita dalam mencapai sesuatu objektif. Justeru itu, dapat saya rasakan yang diri seakan hilang momentum untuk menulis. Hilang fokus, hilang idea untuk mencari bahan, hilang tujuan untuk mencapai sasaran dan paling buruk hilang minat dalam menulis.

Sebab itulah bagi seseorang yang ingin mencapai sesuatu dalam hidupnya perlu sentiasa berusaha dan fokus setiap masa untuk mengapainya. Jika tidak, bila timbul rasa tidak minat akan membuatkan usaha yang dicurah sekian lama akan sia-sia.

2. Tercari disiplin lama - Untuk menjadi sesuatu kita perlukan disiplin dan untuk mencapai sesuatu juga perlukan disiplin. Dengan sekian lama tidak menulis, saya rasakan disiplin diri untuk menulis kian menghilang dan ada antaranya mungkin sudah saya lupa dan sekarang terpaksa membinanya semula.

3. Merendahkan motivasi - Satu punya ramai blogger berhenti sebelum sempat orang lain membaca penulisan mereka adalah kerana hilang yakin dan ia mendorong kepada hilangnya motivasi diri. Dan salah satu faktor yang saya sangat pasti adalah punca kepada keadaan tersebut adalah kurangnya menulis atau tidak berdisiplin.

Saya rasai kesanya setelah sebulan tidak memberikan sumbangan atas blog sendiri. Keyakinan mula luntur dan ia banyak membawa kesan kepada diri untuk menulis.

4. 1001 Alasan - Kata pepatah "Hendak seribu daya, Kalau tidak Sejuta Dalih". Saya cenderung untuk menjadikan keadaan sekeliling menjadi alasan untuk "menyenangkan" hati dan melupakan blog. Tiada masa, tiada peluang, tiada apa sahaja - untuk menyenangkan hati. Jika tidak sedar akannya, mungkin kita akan terperangkap dengan minda sendiri.

Itulah yang dapat saya simpulkan akan kesan-kesan yang saya rasai setelah lama tidak menulis atau berblog. Secara ringkas, apa yang kita fikirkan betul kadang-kadang adalah perangkap yang memerangkap minda untuk terus menjadi selesa dengan keadaan tersebut. 

Untuk memulakan sesuatu ia bergantung dengan diri dan untuk mencapainya juga bergantung dengan diri sendiri. Pelajari dan sentiasa memunasabah diri kerana ia akan memberi peluang untuk melihat satu yang mungkin kita tersembunyi. 

Soalan : Apa pula kesan tidak berblog kepada anda? Kongsikan pengalaman dalam ruangan komen dibawah

7 comments:

  1. mungkin aksi selepas berguru sebulan lebih hebat, mantap dan ada kot entry panas..gurau ja ya, Ok welcome back..

    ReplyDelete
  2. xkan momentum pi semporna gak kot...

    ReplyDelete
  3. perasan juga yang talif lama menyepi....
    setuju dengan apa yang disenaraikan.... baru lepas rasa macam tu gara-gara seminggu lebih tak online...

    moga semangat itu kembali ada...

    ReplyDelete
  4. kalau lama x menulis mmg rasa kekok... :)
    jadi mcm susah sgt,, huhuh

    ReplyDelete
  5. rindu kat talif... welcome back...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.