Monday, April 8, 2013

GAGAL TEMUDUGA? APA YANG PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGATASINYA

elepas sahaja menghabiskan pengajian dari mana-mana institusi pun, perkara utama yang bakal berlegar dalam setiap kepala graduan adalah untuk mendapatkan kerja. 
Temuduga | Gambar : sumber
Temuduga atau interview adalah satu proses biasa yang bakal dihadapai oleh para graduan untuk mendapatkan perkerjaan. Namun, tidak semua temuduga akan berjaya bukan. Saya sangat pasti kebanyakan antara kita pernah merasai kegagalan dalam temuduga.

Beberapa tahun dahulu, saya juga begitu - juga mungkin anda. Selesai sahaja tamat pengajian, berkobar-kobar untuk keluar dan memancing kerja yang sesuai dengan latar belakang pengajian diri. Resume dihantar  ke semua syarikat yang mengiklankan jawatan kosong mereka sama ada dalam surat khabar, lan web, media sosial dan banyak lagi.

Sebaik sahaja mendapat panggilan untuk menghadiri interview/temuduga, semangat semakin berkobar-kobar  untuk menunjukan diri kita adalah yang terbaik untuk posisi kerja tersebut. Namun, langit tidak selalunya cerah. Keputusan temuduga yang tidak memihak. 

Tetapi, ini tidak melemahkan semangat diri untuk terus berkecewa dan berhenti untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian. Apa yang saya lakukan selepas itu?

Inilah antara beberapa initiatifnya ;

1) Kembalikan semangat diri - Kegagalan amat mengecewakan. Apa lagi bila diletakkan dengan harapan. Justeru, jika gagal mendapatkan kerja yang yang mungkin sebelah kaki berada ditempatnya, bersabar dan kembalikan semangat dan kekuatan diri. Ingat rezeki ada di mana-mana dan sentiasa berusaha untuk mencarinya.

2) Pelajari dan fahami  - Kegagalan dalam temuduga, memberikan banyak peluang baik kepada anda. Dan inilah sebaik-baik pengalaman. Antara perkara yang boleh anda pelajari ;
  • Soalan yang sering penemuduga lontarkan
  • Cara dan respon mereka ketika menerima jawapan balas anda
  • Cara komunikasi dan penyampaian yang mampu menarik perhatian penemuduga
Kegagalan dalam temuduga, jika diambil dengan sikap positif dan baik mampu memberikan keyakinan dalam diri untuk menghadapi sesi temuduga yang akan datang. Keyakinan inilah akan menbantu meningkatkan keberanian untuk menghadapai segala kemungkinan.

3) Mengenal diri sendiri - Sehingga satu saatnya agak sukar untuk kita mengenal kekuatan dan kelemahan dalam diri. Kekuatan diri yang kita sering tulis di dalam resume selalunya apa yang kita fikirkan sahaja sehingga kita duji dalam bilik temuduga. Kenali potensi sebenar dan karekter anda kerana kekuatan ini mampu menarik minat penemuduga terhadap anda.

4) Perbaiki kelemahan diri - Salah satu sebab saya gagal dalam temuduga yang pernah saya hadiri adalah kerana masalah berbahasa English. Kerana satu jawapan yang agak melucukan, saya tdak terpilih untuk jawatanyang ditawarkan. Bermula dari situlah, saya mula membina kekuatan diri dalam berbahasa English walaupun ia adalah satu kelemahan. 

Tidak mungkin kita akan mampu menukarkan kelemahan kepada kekuatan dalam sekelip mata, namun perbaiki kelemahan yan kita jumpa semasa sesi temuduga dan jangan ulanginya.

5) Kemaskini resume - Antara perkara pelik yang saya lakukan dulu jika gagal temuduga adalah dengan segera menilai semula resume dan segera mengemaskini akannya. Mungkin remeh tapi ia serba sedikit memberi kesan kepada semangat, keyakinan dan kesinambungan karekter diri dengan apa yang tertulis di dalam resume. 

Seperti apa yang telah saya katakan tadi, sampai saat kita di uji barulah kita sedar akan kekuatan dan kelemahan diri - jadi kemaskini dengan segera apakah yang sebenarnya ingin dilihat oleh para penemuduga.

Gagal dalam temuduga tidak bermaksud kita tidak sesuai untuk pekerjaan yang cuba kita cari. Ini cuma bermaksud perlunya keningkatan dalam cara kita berkomunikasi dan keyakinan diri. Tiada guru yang lebih baik daripada pengalaman dan tiada pengalaman yang belih hebat daripada pengalaman kegagalan - hadapi dan bangkit daripadanya.

Soalan : Apa yang anda lakukan setelah gagal dalam temuduga? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen dibawah.

5 comments:

  1. hebat ketika di university tidak semestinya hebat semasa di temuduga.

    ReplyDelete
  2. kiwi baru sekali pengalaman interview. mase memula masuk maktab perguruan :)

    ReplyDelete
  3. dulu jika x dapat selepas temuduga Sop cuba perbaiki kelemahan
    masa temuduga kita akan belajar utk menjadi lebih baik semasa temuduga :)

    ReplyDelete
  4. usaha lagi.. jangan putus asa...

    ReplyDelete
  5. paling stres bila dah dapat tp offer lebih kurang je ngan tmpt kerja lama

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.