Thursday, April 4, 2013

MEMILIH DAN MEMBERI KEUTAMAAN (KERJA) ITU PENTING

ari demi hari, kita tidak akan lepas dengan pelbagai kerja dan perkara yang memerlukan perhatian. Bagi yang sangat pentingkan kesempurnaan semuanya perlu siap.

Dengan kualiti dan masa yang ditetapkan.
Keutamaan | Gambar : sumber

Kepada sesiapapun, kerja yang dibeban ke atas bahu perlu diselesaikan. Jika tidak ia akan memberikan impak yang tidak baik kepada diri sendiri, tempat sekerja dan organisasi secara keseluruhan.

Kerja - tidak akan pernah habis. Itulah kata kunci yang memberi gambaran banyaknya tugasan yang perlu setiap orang galas setiap hari. Dan saya yakin, belum sempat selesai perkara yang sedang kita lakukan, sudah timbul pula tugasan lain. Ianya terus berulang dan berlaku.

Pengalaman beberapa tahun saya bekerja, sememangnya ia tidak akan pernah selesai. Memang jarang perkara berkaitan kerja berlaku secara "straight forward". Ini kerana kerja yang kita lakukan bergantung dan berkait rapat dengan pelbagai faktor. Terutamanya masa dan manusia.

Kadang-kadang saya juga rasakan kerja yang dilakukan seperti tidak terlalu banyak memberi banyak impak. walaupun ia nampak perlu. Ini membuatkan masa yang saya ada untuk menyelesaikan perkara-perkara yang lebih penting dan perlu berkurang. Kesanya, ia mula menimbulkan tekanan akibat mengejar "deadline".

Kerana pelbagainya kepentingan dan keperluan dalam setiap perkara, tugasan atau kerja yang ditugaskan - situ letaknya kepentingan dalam memberi KEUTAMAAN. Juga seperti contoh dalam kehidupan kita, memberi keutamaan kepada keperluan bukan kehendak. 

Untuk tidak membazirkan masa, tenaga dan mengurangkan tekanan dalam kita mencapai sesuatu, berikan keutamaan dalam kerja/tugasan yang kita lakukan. Ia akan memberi petanda aras untuk lebih menumpukan perhatian kepada tugasan - fokus.

Tanpa fokus, tiada siapa mampu untuk mencapai sesuatu dengan baik dan cepat.

Berikanlah keutamaan dalam perkara yang dilakukan seharian agar tidak kita terawang-awang dalam menyelesaikan apa yang perlu. Ia membantu dalam kita menjimatkan tenaga dan masa yang amat kita perlukan.

Soalan : Bagaimana anada? Adakah memberi keutamaan menjadi agenda utama dalam anda mengalas segala tanggungjawab? Kongsikan

7 comments:

  1. Sedang mengalaminya sekarang Taliff =='

    ReplyDelete
  2. kerja itu amanah dan kta dibayar utk melakukannya, so kena buat betul betul bagi menjamin keberkatan upah yang diperolehi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga sangat tepat pada tempatnya. Berusaha sebaik mungkin.

      Delete
  3. 1st, list
    2nd pilih
    3rd pikir,
    4th laksana

    ReplyDelete
  4. slalu jugak tertangguh keja nie....bila nak buat balik dah tak ingt yg mana satu.....

    ReplyDelete
  5. tu la... tapi mia lebih suka buat yang senang dulu. yang susah kemudian... huhuhuh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.