Wednesday, April 3, 2013

PERKARA BARU DATANG DENGAN TANGGUNGJAWAB BARU

ekali lagi saya menghilang untuk menulis dalam blog ini. Ini bukan kerana apa, cuma kerana kehadiran bintang comel baru dalam kehidupan kami suami isteri.

Yang saya maksudkan adalah insan bernma Ariff Idhar Naqiuddin - bayi lelaki saya yang lahir pada 12 Mac 2013. Dalam menyambut kedatangan beliau, saya mendapat banyak maklum balas daripada rakan-rakan, dari blog dan facebook terutamanya.

Dan salah satu antara kata-kata semangat yang memberikan saya satu petunjuk baru apabila seorang rakan mengucapkan selamat tinggal kepada tidur malam kami.

Dan ia bebenar-benar berlaku - selamat tinggal tidur yang lena.

Kerana tangisan si comel kerana pelbagai perkara terutamanya lapar akan membuatkan kita merasa penat. Kepenatan ini akan menimbulkan stress/tekanan dalam diri yang harus ditempuh untuk memenuhi kehendak insan perlukan perhatian penuh ibu dan bapanya. 

Tanggungjawab baru yang setiap ibu bapa yang dianugerahkan anak pertama akan melaluinya. 

Bukan itu sahaja, pelbagai ilmu dan amalan ditunjukkan oleh orang sekeliling dalam perkara untuk menjaga dan menangani masalah yang mungkin diperlukan oleh si kecil. 

Itulah kebiasaan dan lumrah kehidupan, setiap perkara baru akan datang dengan tanggungjawab baru. Namun, untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut kita sangat perlukan ilmu pengetahuan dalam memahami dan untuk menguruskannya.

Dan yang paling penting itu - sebuah sabar. Kerana sifat ini akan membina segala perkara yang amat kita perlukan dalam mengalas tanggungjawab tersebut.

p/s : Sedang membiasakan diri dengan kejutan di tengah tidur nyeyak.

13 comments:

  1. tahniah bro.... harap dpt kongsi pengalaman bro kat cni sebab inshaAllah saya pun bakal menerima kehadiran baby x lama lagi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjadi bapa the malay male. Sabar itu paling penting.

      Delete
  2. betui tu bro....itulah tanggugjawab sorang suami dan bapa.....sangat2 mulia

    ReplyDelete
  3. nikmatnya bila tidur nyenyak diganggu oleh tangis si kecil.bersyukurlah saudara Taliff ^_^.seronok tu

    dan TH disini tidak sempat merasa itu semua =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TH. Sangat seronok sebenarnya mendengar tangisan si kecil bila tengah-tengah malam.

      Delete
  4. tahniah dengan kehadiran orang baru..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Wow, juga tahniah Khai Faiz. Selamat menempuh alam baru dalam hidup.

      Delete
  6. xpe... nanti akan biasa kan diri... tu belum dia karok sepanjang malam lagi tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Terima kasih atas peringatan :)

      Delete
  7. memang macam tu... kena gilir2 shif malam lah dengan isteri taliff... ;) lama2 nanti biasalah...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum.

    Nama baby best! hahaha. Tahniah atas kelahiran cahayamata pertama.. :)

    Mak saya selalu cakap,baby nak menyampaikan umur setahun, macam2 ragam. Mohon abgtaliff n isteri bertabah dan mentabahkan diri ^_^

    Sekali lagi, tahniah! Selamat menjalani kehidupan berumahtangga dengan baik dan bahagia. Semoga baby juga sihat gedebab hendaknya,hehe *ada chance tak utk tgk gmbr baby ariff?hahaha*

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.