Thursday, May 16, 2013

ARAH HIDUP BERKAITAN RAPAT DENGAN SIKAP

Sesiapapun dalam hidup mahupun kehidupan sesudah mati inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri. Dengan kata lain berjaya dalam apa sahaja pekerjaan masing-masing.

Yang ingin berjaya dalam kerja melakukan terbaik untuk kesempurnaan kerjanya. Yang ingin kaya berusaha keras untuk meningkatkan keuntungannya dan banyak lagi.

Tapi, semua ini sangat berkaitan langsung dengan satu perkara yang tidak mungkin dpt dipisahkan dengan manusia - sikap.

Ia adalah faktor yang pada saya menyumbang 99% kepada kejayaan dan 1% pula tuah.

Kita sering membanggakan kejayaan orang yang sangat berjaya dalam bidang mereka namun bagi saya pula, yang lebih penting untuk dibanggakan adalah etika dan sikap mereka.

Pengalaman dan pandangan saya, kebanyakkan mereka yang berjaya punyai banyak nilai yang baik dalam sikap mereka dan sebaliknya kepada mereka yang gagal.

Bagi yang berjaya, sikap tidak mengalah kepada apa sahaja cabaran dalam tentangan dan rintangan mendatang menguatkan lagi kematangan diri. Berfikiran jauh, kreatif, menyelesaikan masalah dan mampu menyesuaikan diri menjadikan mereka menjadi lebih berdaya tahan. Sikap rendah diri menjadikan mereka semakin lebih dikagumi.

Sebaliknya kepada yang bersikap lebih negatif terhadap tugasan mereka. Lebih cepat menjangka keburukan sebelum mencuba membuatkan mereka sentiasa berada di tempurung lama. Sikap malas yang keterlaluan menyumbang masalah kepada organisasi dan sikap iri menyumbang aura negatif walaupun di mana mereka berada.

Oleh itu, sentiasa berfikir gelas separuh penuh berbanding separuh kosong. Lebihkan sifat yang melihat kepada nilai yang ada berbanding nilai yang tidak nampak.

Jika inginkan arah yang lebih baik untuk hidup, bermulalah menanam sikap yang sesuai dan jauhi sikap yang menghentikan langkah kita.

Kerana arah kita sememangnya sangat bergantung dengan sikap sendiri.

Soalan : Perlukan kita bersikap positif dalam setiap aspek hidup kita dan kenapa?

7 comments:

  1. perlu bersikap positif dan terbuka

    ReplyDelete
  2. sikap kita cerminan masa depan kita...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.

    Sekarang baru saya nampak macamana nak gunakan ayat 'gelas separuh penuh separuh kosong' tu ^_^

    Since masuk U, saya mula nampak kepentingan berfikir positif, berjauhan dengan keluarga tu la faktor utamanya. Nak tak nak, kena belajar sendiri segala2nya. Fikir baik buruk sesuatu tindakan yg saya bakal ambil.

    Saya percaya, apapun nak buat, 99% usaha, 1% takdir dariNya. Ada masa, kita usaha semaksimumnya, Allah menjawab, YA, usaha kamu diterima. Dan, kdg2, dah buat habis baik pun, takdir menentukan TIDAK, ini bukan untuk kamu.

    Kat sini la bersikap positif tu perlu dlm stiap perkara. Pengalaman sendiri, rmai saya lihat bleh terima keadaan dengan baik bila tempuh 1% YA. Tapi bila ditentukan 1% TIDAK, ramai yang kecewa dan berputus asa. Tak ramai yang dapat lepas stage TIDAK ni. Terus rasa kalah bila dah cuba sekali.

    Sikap positif ni perlu..supaya kita dapat atasi, lalui rasa kecewa/sedih. Kedua, kita sebenarnya memujuk dan meyakinkan diri, yang kita memang bleh buat wlaupun org skeliling kata sebaliknya. Kita bina kekuatan dalaman diri sendiri sbnrnya. Sbb tu org berjaya, dia tak peduli pa org kata. Dia tahu dan yakin apa yang dibuat.

    Untuk urusan sesama manusia juga. Dalam khidupan sharian, seronok lagi study n keja dengan org yg bersikap n berfikir positif. Dapat org yg malas dan suka mengeluh, memang menyusahkan, melambatkan keja etc.

    ReplyDelete
  4. hidup memerlukan visi dan misi selaras dengan sikap yg positif.. moga-moga kita berjaya di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  5. sentiasa berfikiran positif sangat penting. sebagai booster untuk kita terus ke hadapan, dan tidak kecewa dengan takdir.

    ReplyDelete
  6. setuju. sikap positif membawa minda lebih tenang

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.