Sunday, May 5, 2013

SELAMAT MENGUNDI SEMUA RAKYAT MALAYSIA

ekian lama telah meninggalkan blog ini, semoga ianya masih releven kepada para pelawat dan pembaca  yang punyai pandangan sama dan mencuba bersama menambah ilmu.

Hari ini 5 Mei 2013, adalah hari dimana seluruh rakyat rakyat Malaysia menggunakan kuasa memilih untuk menentukan nasib 5 tahun akan datang tempat masing-masing dan yang juga akan menentukan nasib negara.

Selepas pembubaran parlimen oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, bermula 20 April 2013 sehingga tengah malam 4 Mei 2013, setiap jentera parti melancarkan kempen untuk memancing setiap individu pengundi di seluruh negara.

Apa yang dilihat setiap perkara diungkit dan diperkatakan untuk memanipulasi pemikiran setiap rakyat. Tidak peduli sama ada ia isu tentang polisi, kewangan, isu peribadi dan tidak terlepas juga isu agama. Selagi ada ruang untuk menyatakan mereka terbaik dalam bidang tersebut, sekecil mana pun ia akan terus dibesarkan.

Tidak terlepas juga kepada rakyat-rakyat yang mempertahankan pendirian masing-masing. Yang lemah lembut mula menjadi sangat ekstrem. Tapi, saya pasti jika ditanya apakah kebenaran yang cuba dipertahankan mungkin hanya mendapat jawapan yang tidak "memuaskan hati". 

Menjengkelkan.

Apapun, terserahkan kepada pemikiran dan pilihan masing-masing. Undi anda pilihan anda. Pilihan setiap anda akan menentukan nasib negara.

Selamat mengundi rakyat Malaysia.

2 comments:

  1. satu lg yg menjengkelkan ialah ramai yg post gambar jari dengan dakwat kekal kt FB... hihi

    ReplyDelete
  2. erm... keciwa... banyak terlepas ke tangan D@#

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.