Monday, August 19, 2013

APA ITU DISIPLIN DIRI?

M elihat tajuk di atas, rasanya mungkin ramai akan teringat dengan guru disiplin ketika berada di sekolah dahulu. Mungkin ada yang mungkin tidak mahu langsung bertembung dengan mereka. Takut akan diperiksa, ditegur atau lebih teruk dihukum kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh sekolah.

Sumber : Google
Itulah yang dilakukan oleh seorang guru disiplin kepada anak-anak muridnya - menepati undang-undang atau garis panduan sekolah. Secara ringkasnya, ia adalah disiplin untuk memenuhi arahan-arahan sekolah.

Jika guru disiplin bertindak untuk menguatkan dasar atau kemahuan sekolah, disiplin diri pula boleh dijelaskan sebagai sebuah kebolehan untuk mengambil tindakan berdasarkan kemahuan atau kehendak diri sendiri (emosi).

Dalam kehidupan, kita perlukan sebuah disiplin untuk mencapai apa sahaja yang kita inginkan. Tanpa disiplin diri amat sukar untuk mencapai sesuatu. Kita ambil contoh seorang pelajar sekolah, tanpa sebuah disiplin diri yang tinggi kemahuan untuk belajar dan mencapai keputusan yang baik mungkin sukar apabila mereka lebih fokus kepada perkara yang lain ketika berada di sekolah.

Semakin tinggi sebuah sasaran sebuah cita-cita dan impian - semakin tinggi disiplin yang perlu dalam diri. Matlamat hidup adalah sebuah perkara yang akan kita gapai pada akhirnya, namun sebuah disiplin merupakan sebuah kekuatan berterusan semasa dalam proses untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Saya teringat sebuah contoh yang mungkin nampak pelik tapi ia menunjukkan sebuah disiplin diri yang diajarkan juga oleh guru disiplin sekolah saya dulu. Dalam sebuah perhimpunan beliau menegaskan bahawa, terlalu ramai pelajar yang akan pergi ke tandas seawal waktu persekolahan - beliau tidak gembira akan keadaan tersebut.

Justeru, beliau menyarankan semua murid untuk mengurangkan jumlah tersebut atau beliau akan mengambil tindakan. Dalam pada masa sama, beliau memberikan sebuah tip kepada kami. Katanya, bangun awal dan cuba untuk membuang air besar seawal pagi. Disiplinkan diri dan jadikan ia sebuah habit.

Agak pelik dan lucu tapi memang ada kebenarannya.

Dengan mendisiplinkan diri (kebolehan) untuk membuang air besar (tindakan) seawal pagi, ia mampu mendidik diri secara mental dan fizikal untuk membuang air besar seawal pagi (kehendak emosi). Akibatnya, perut yang selalu meragam seawal pagi dididik untuk menukar masanya.

Itu contoh pelik dengan mengunakan membuang air besar sebagai contoh. Bagaimana pula jika anda ingin mencapai sesuatu dalam hidup anda? dengan kebolehan (disiplin) untuk mencapai kejayaan (kehendak), usaha anda akan menjadi berterusan dan bertambah kuat dan akhirnya ia menjadi habit yang memacu ke arah kejayaan kita. 

Disiplin diri perlukan disiplin untuk dibangunkan. Begitulah untuk membangunkan sebuah disiplin dalam diri. Mengikut Steven Pavlina (stevenpavlina,com), beliau menyatakan terdapat 5 tunjang utama untuk membangunkan sebuah disiplin diri iaitu Acceptance (penerimaan), Will Power (kemahuan), Hardwork ( kerja keras), Industry (penghasilan) dan Persistence (konsisten).

Kalau bukan durian runtuh, saya yakin orang yang telah berjaya disekeliling kita punyai disiplin diri yang tinggi ketika mereka mengharungi liku-liku kesukaran untuk mencapai matlamat mereka. Antara peralatan terhebat dalam pembangunan diri untuk mengatasi sebuah kekecewaan juga sebuah disiplin diri.

Disiplinkan diri untuk mencapai apa yang kita inginkan. Disiplinkan diri untuk menjadikan tindakan kita sebagai sebuah kebiasaaan/habit. Lihatlah bagaimana terbinanya kekuatan dalam diri kita kelak untuk mengejar impian dan mematahkan rintangan di hadapan.

Soalan : Bagaimana pendapat anda tentang disiplin diri? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen

7 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Dalam 5 tunjang utama itu..saya rasa part paling sukar bagi kebanyakan org - hardwork dan persistence.

    Yang pastinya, orang yang berjaya, orang yang kuat disiplinnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Betul tu Lana. Sebab itulah untuk membangunkan disiplin diri perlukan disiplin.

      Delete
  2. lama tidak singgah

    disiplin?
    hmm...bl duk sorg2 skg memang ke laut dh disiplin

    ReplyDelete
  3. melentur buluh biarlah dari rebungnya..bila dah dewasa ni mmg susah skit

    ReplyDelete
  4. Sop agak kurang berdisiplin... hehhe

    ReplyDelete
  5. yo bro....selamat ari laya la weh...aku nak kasi pantun raya muaalap kat ko...n kirim salam kat isteri & Anak ko tuh...hohoho

    Ikan selindit di atas peti,
    Peti ikan wa letak tepi peligi,
    Ikan lain semua ketepi,
    Laya ini kali kene banyak hapi.

    Peti tadi wa angkat lali,
    Angkat lagi sampai tepi guni,
    Amoi cina pun hali - hali hapi,
    Laya hapi semua pun banyak senang ati.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Singgah jap abgtaliff.. moga sihat disamping keluarga.. :)

    Lama tak muncul entrinya.. ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.