Thursday, August 15, 2013

HIDUP KITA ADALAH SEBAGAIMANA PILIHAN SENDIRI

ernahkan anda melihat iklan berkaitan jus minuman untuk mencantikkan diri dengan slogan beautiful inside - inner shine. Mencantikkan diri bermula dari dalaman. Sebenarnya iklan tersebut menarik minat saya untuk menulis tentang diri kita sendiri atau secara luasnya - sebuah kehidupan.
Hidup penuh dengan pilihan | gambar : sumber

Kehidupan kita adalah perkara lepas, perkara sekarang dan perkara yang akan datang tentang kita. Berani saya simpulkan - kita adalah kehidupan, kehidupan adalah kita. Baik buruk sebuah kehidupan adalah kerana pilihan kita sendiri. Baik sebuah pilihan, baiklah kehidupan, buruk sebuah pilihan - buruklah kehidupan. 

Yang penting bersyukur dan sedia memperbaiki dan berubah kepada yang lebih baik.

Kenapa saya tertarik dengan iklan seperti yang saya nyatakan tadi? Kenapa mencantikkan diri dari dalam mencuit saya untuk menulis tentang kehidupan? Jika pilihan untuk mencantikkan diri bermula dari dalam, pilihan kehidupan dan arah tujuan kita juga bermula dari dalam.

Bermula dari dalam hati (nafsu) dan akal fikiran kita sendiri. Penimbang yang semua tahu akan wujudnya di dalam diri. Penimbang yang menentukan arah tuju nasib seseorang.

Warna kehidupan kita adalah apa yang kita cari dan pilih. Contoh ringkas, keluar untuk pergi makan malam. Tidak salah jika memilih pakaian sukan. Itu adalah pilihan kita. Namun, pertimbangan perlu dibuat dengan baik sama ada pakaian yang dipilih adalah bersesuaian atau tidak. Perlulah kita melakukan sedikit pertimbangan dan perkiraan.

Jika tema pada malam tersebut adalah tentang sukan - sudah tidak menjadi kejanggalan bukan. Tapi, jika tema lain ia menjadi sebuah kesalahan namun, jika tiada tema diberikan - bukankah ia sebuah kelainan atau unik? 

Begitulah kehidupan. Pilihan kita terhadap sebuah keadaan pada masa tersebut menentukan betul dan salahnya kita pada masa tersebut.

Bagaimana dengan cita-cita kita? 
  • Cita-cita ingin menjadi kaya 10 tahun kemudian atau
  • Cita-cita menjadi seorang yang terkenal 20 tahun kemudian atau
  • Cita-cita menjadi CEO sebuah syarikat atau
  • apa sahaja cita-cita anda di masa hadapan
Dengan bercita-cita sebenarnya anda sudah mula membuat pilihan. Membuat pilihan dengan menentukan sebuah objektif dan tujuan. Hala tuju anda sudah menjadi jelas. Cita-cita umpama sebuah  rumah api. Kepada pelayar, adalah pilihan sendiri untuk memilih cara bagaimana untuk sampai kepadanya dan mendarat. Justeru, mulalah memilih cita-cita anda, agar tidak sesat sekaligus karam dalam lautan hidup yang sekian luas ini.

Hiduplah dengan pilihan cita-cita anda, lihat bagaimana anda akan sentiasa bangun dengan semangat dan motivasi tinggi.


Justeru, lakukanlah pilihan terbaik untuk diri anda - hidup hanya sekali. Tapi, kegagalan sebuah pilihan bukanlah kegagalan buat selamanya. Selagi masih bernafas, munasabah, ambil ia sebagai tauladan dan carilah yang terbaik. untuk diri.

Tidak akan Allah swt akan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak berusaha untuk berubah nasib mereka sendiri. Justeru, mahukah anda menjadi kaum yang langsung tidak mahu mengubah nasib dan rugi? - fikirkan.

Bagaimana kita ingin melihat diri kita adalah pilihan kita sendiri dan bagaimana kita ingin dilihat oleh masyarakat juga adalah atas pilihan kita sendiri. 

Soalan : Apakah pernah anda hidup tanpa melakukan pilihan dan tanpa ada pilihan? Kongsikan pendapat anda.

5 comments:

  1. cita cita tu penting bg memastikan kehidupan kita ada hala tuju

    ReplyDelete
  2. cita cita aku nak tengok anak aku berjaya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Saya kena tengok balik hala tuju dan cita2 saya dalam berblog.. :)

    Saya nak pergi jauh, tapi mcm takut2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapkan matlamat, insya-allah berjaya. Takut memang satu cabaran dan risiko, tapi mesti diatasi untuk kemajuan.

      selamat berjaya Lana.

      Delete
  4. tiada siapa yang dapat bantu diri kecuali diri sendiri. Tetapkan matlamat, teguhkan langkah dan berani utk melangkah untuk sesuatu perubahan pd diri sendiri. Thx bro dgn perkongsian entri ni. Follow blog bro sekali...

    jom singgah dan lihat entri terbaru dari saya:
    http://mindakabur.blogspot.com/2013/11/jobstreetcom-berwajah-baru.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.