Wednesday, August 14, 2013

PENGALAMAN PERTAMA DI KLINIK 1MALAYSIA

anggapan kepada satu perkara mampu menyerongkan pandangan atau persepsi kita terhadap satu perkara, benda atau keadaan. Sebaiknya untuk memberi keputusan atau penilaian kepada satu perkara adalah dengan mengalaminya sendiri - pengalaman.

Klinik 1Malaysia : Gambar : sumber
Setiap hari kita akan belajar perkara baru dan pasti setiap perkara yang sukar punya pendidikan dan pengalaman yang bakal diajar.

Hari ini adalah hari untuk membuat pemeriksaan rutin untuk anak lelaki sulung saya, Ariff ( pemeriksaan untuk 5 bulan). Namun, untuk kali ini pemeriksaannya dilakukan ditempat berlainan iaitu di Sibu. Selalunya pemeriksaan dilakukan di Poliklinik di Bintulu.

Dengan tanggapan akan mendapat sedikit kesukaran dan mengambil masa kerana berada di tempat yang lain. Malangnya, setibanya di Poliklinik Sibu kami telah mendapat tahu hari untuk pemeriksaan rutin adalah pada hari lain - memang menghibakan apatah lagi kepada anak yang dikejutkan ketika sedang nyeyak tidur.

Masih tidak berpuas hati, saya terus bertanya kepada jururawat yang menjaga kaunter dan beliau mencadangkan supaya saya membawa si Ariff ke klinik 1Malaysia berdekatan. 

Klinik 1Malaysia? - kata sendiri dan masih tidak yakin yang klinik tersebut mempunyai perkihidmatan rawatan ibu dan anak. Namun, kerana tidak mahu bertangguh saya teruskan juga hajat untuk rawatan Ariff.

Setibanya di Klinik 1Malaysia, persepsi dan tanggapan saya terhadap klinik kecil ini mula berubah. Setelah menjejak di dalamnya saya dapati, klinik 1Malaysia memberikan perkhidmatan seperti ;
  • Rawatan / pemeriksaan rutin Ibu dan Anak
  • Kecemasan dan ,
  • Rawatan biasa/pesakit luar
Keadaan didalam juga agak selesa dan mengunakan sistem giliran bernombor - tanggapan dulu terus terpadam. Klinik 1Malaysia beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Perkhidmatannya pula hampir percuma - RM1.

Kepada sesiapa yang lebih tertumpu kepada polikinik atau klinik untuk rawatan-rawatan biasa, sebenarnya bolehlah pergi ke klinik 1Malaysia kerana perkhidmatan yang diberikan adalah sama seperti klinik kerajaan yang lain. Ia sangat membantu dalam anda dalam menjimatkan masa dan kos langsung atau tidak langsung anda.

Untuk penerangan lanjut tentang klinik 1Malaysia dan mengetahui lokasi klinik yang berhampiran dengan anda, bolehlah mendapatkannya di Google :)

Initiatif ini sememangnya memudahkan rakyat.

Soalan : Pernah anda menjejak kaki di Klinik 1Malaysia? Kongsikan pengalaman anda.

4 comments:

  1. blom pernah gi klinik 1malaysia
    klinik kesihatan pernah pergi :)

    ReplyDelete
  2. ala... mia belum pernah pergi lagi... selalu pergi klinik panel dan klinik kesihatan...

    ReplyDelete
  3. oooo... tapi kat sini tak ada la...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.