Tuesday, August 13, 2013

SEDIKIT PERUBAHAN UNTUK SEDIKIT "MOOD" BERBLOGGING

erubahan sememangnya mampu membawa sedikit ruang "bernafas". Untuk perkara yang sedang atau sering kita lakukan, kadang-kadang perasaan bosan mengatasi segalanya. Melakukan perubahan juga memberi peluang untuk mempelajari perkara-perkara baru dalam lautan ilmu yang sekian luas ini.

Sedikit perubahan dalam berblogging juga mampu mendatangkan "mood" untuk menulis. Jika anda adalah pengunjung yang selalu mengunjung ke blog ini, pasti akan perasan sedikit perubahan yang telah berlaku.
Header baru 2013
Sedikit perubahan kepada blogger header dan warna "pages" blog ini. Sekian lama sudah tidak menulis dalam ruangan maya ini, tapi perasaan minat untuk menulis kembali setelah bersusah payah dan memerah otak bagi mendapatkan apa yang diingini.

Tagline think.learn.grow pula mengantikan Red Inspired yang pernah saya gunakan. Dapat saya rasakan ia kini lebih sesuai untuk kandungan blog dan tujuan atau jaringan yang saya fikir dan tulis. Semoga dengan penemuan baru itu juga, membawa lebih banyak semangat untuk menulis.

Untuk perkongsian, saya melakukan sedikit editing header blog ini dengan menggunakan pixlr - sebuah program meng "edit" gambar secara online.

Warna senarai "pages" pula saya lakukan dengan belajar di blog bloggersentral.com. Sebuah blog untuk belajar mengubahsuai dan antara yang penting ia mudah untuk difahami. Ia didatangi dengan gambar dan ia memudahkan lagi pemahaman anda.

Insya-Allah, dalam masa terdekat dengan masa dan tenaga yang ada saya akan cuba menjadikan template blog  menjadi lebih mesra dan menarik kepada pengunjung. Namun paling penting, ia memberikan motivasi dan semangat untuk terus menghidupkan blog ini.

 Teruslah berfikir, sentiasa belajar dan sama-sama menjadi lebih baik.

Soalan : Apakah perubahan yang pernah anda lakukan dengan blog dan adakah ia mempengaruhi "mood" anda berblogging?

8 comments:

  1. syabas...cantik dan kemas...thanks for share

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Perubahan memang satu keperluan.

    Perubahan untuk blog..hehe. Saya suka tukar header. Dan saya tukar atas beberapa sebab. Antaranya, nak sesuaikan dengan template yg diguna.

    Selain itu, memberi mood yang berbeza. Tiap kali ke blog org lain, saya suka tgk headernya dulu. Bagi saya header ibarat mata pada wajah manusia. Sekali pandang, kita boleh baca sedikit karakternya.

    Camtulah header. Sekali imbas, boleh rasa apa yg cuba disampaikan diblognya walaupun tak tepat mana.

    ReplyDelete
  3. perubahan baru yang menarik... memberikan nafas dan sinar baru pada blog ini...

    ReplyDelete
  4. lepas ni nak tenggelam berapa lama pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah, tapi insya-allah akan cuba bertahan

      Delete

Terima kasih atas komen anda.