Thursday, August 8, 2013

SEGALA MUNGKIN KEPADA YANG SABAR

asanya masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya membicarakan tentang satu perkara iaitu sabar. Dalam masa selepas seluruh umat islam menjalankan kewajiban dalam menunaikan arahan berpuasa. Dalam menunaikan arahan tersebut, sebagai umat islam kita sedar setiap satu perbuatan yang kita lakukan punya ganjarannya.
Bersabar | Gambar : sumber
Ganjaran setimpal dengan apa yang kita laksanakan.


Norma asas kita dalam menjalani kehidupan, kita sedar bahawa hasil daripada perbuatan kita tidak akan nampak atau muncul secara segera. Ia amat bergantung dengan usaha dan yang paling penting masa. Ya, saya yakin jika setiap perlakuan atau tindakan diberikan balasan dengan segera - mungkin kita akan cepat merasa bosan dan tidak memberi apa-apa pengajaran dan pengalaman kepada kita.

Justeru, dalam menanti untuk menuai segala perkara yang kita usahakan terdapat satu faktor yang sangat penting untuk dijadikan sebuah pegangan - kesabaran.

Kepada sesiapapun, tindakan sabar adalah sangat diperlukan.

Masih saya ingat keadaan saya sendiri. Contoh terbaik dalam dunia berblogging - mendapatkan hasil daripadanya. Suatu masa, amat yakin saya mampu. Segala usaha dan ilmu mula dipelajari. Keyakinan mula menurun apabila berhadapan pelbagai faktor, masalah dan tanggapan. 

Manisnya, kini saya mula tersenyum kembali apabila usaha yang dilakukan selama ini mencapai objektif yang sekian lama diidamkan - walaupun ia mengambil masa selama 4 tahun. Dan paling menyedarkan, ia berlaku di bulan ramadan. 

Ia memberi tanda baik kepada diri bahawa segala usaha bukan hanya sia-sia. Sehelai cita-cita perlukan sebuah usaha. Sebuah usaha pula perlukan tenaga dan masa. Manakala menuai hasilnya perlukan segunung kesabaran.

Tiada siapa dapat menafikan ia bukan - segala kemungkinan adalah mungkin kepada semua orang yang banyak bersabar.

Soalan : Pernahkan merasakan segala usaha anda gagal, namun kerana bersabar ia mula membuahkan sebuah hasil? Kongsikan pengalaman anda.

7 comments:

  1. pernah kot...tapi, tak perasan...hehe

    ReplyDelete
  2. lepas ni kena bersabar dgn nafsu pulak... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang patut kita pelajari dalam bulan ramadan

      Delete
  3. Betul2, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya, yang penting sabar & ikhlas

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Saya lama bersabar tunggu abgtaliff update entry,hahaha

    Ada2, pengalaman dalam dunia blogging ni jugak.
    Ingat tak saya berhenti menulis lebih kurg 3 bulan, yg tiba2 lesap hjg thn 2011 tak silap.

    Saya penat sbnrnya, dgn nak sesuaikn diri dengan persekitaran kerja, pastu saya rsa apa yg sya tulis tu, bukan tu yg sbnrnya sya nk tulis..tak jumpa apa yg saya nak..last2, saya biar je blog tu.

    Satu haritu, teringat dgn akaun nffng, pergila check. Tgk2, earning naik walaupun lama tak update. Ada peningktn,wlaupn tak bnyk. Terus rasa semangat balik nk berblog. Walaupun masa tu smngt naik balik sbb tgk earning naik, tpi, bila dah start balik tu, rsa lebih segar, lebih tahu apa yg lana nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang rasanya mengambil masa untuk berehat adalah perlu - sangat perlu. Ia memberi ruang untuk mencetuskan semula semangat kita.

      Delete
  5. hidup ini memang kena sentiasa sabar.... kalau tidak, takkan harmoni kehidupan ini...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.