Thursday, May 16, 2013

ARAH HIDUP BERKAITAN RAPAT DENGAN SIKAP

Sesiapapun dalam hidup mahupun kehidupan sesudah mati inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri. Dengan kata lain berjaya dalam apa sahaja pekerjaan masing-masing.

Yang ingin berjaya dalam kerja melakukan terbaik untuk kesempurnaan kerjanya. Yang ingin kaya berusaha keras untuk meningkatkan keuntungannya dan banyak lagi.

Tapi, semua ini sangat berkaitan langsung dengan satu perkara yang tidak mungkin dpt dipisahkan dengan manusia - sikap.

Ia adalah faktor yang pada saya menyumbang 99% kepada kejayaan dan 1% pula tuah.

Kita sering membanggakan kejayaan orang yang sangat berjaya dalam bidang mereka namun bagi saya pula, yang lebih penting untuk dibanggakan adalah etika dan sikap mereka.

Pengalaman dan pandangan saya, kebanyakkan mereka yang berjaya punyai banyak nilai yang baik dalam sikap mereka dan sebaliknya kepada mereka yang gagal.

Bagi yang berjaya, sikap tidak mengalah kepada apa sahaja cabaran dalam tentangan dan rintangan mendatang menguatkan lagi kematangan diri. Berfikiran jauh, kreatif, menyelesaikan masalah dan mampu menyesuaikan diri menjadikan mereka menjadi lebih berdaya tahan. Sikap rendah diri menjadikan mereka semakin lebih dikagumi.

Sebaliknya kepada yang bersikap lebih negatif terhadap tugasan mereka. Lebih cepat menjangka keburukan sebelum mencuba membuatkan mereka sentiasa berada di tempurung lama. Sikap malas yang keterlaluan menyumbang masalah kepada organisasi dan sikap iri menyumbang aura negatif walaupun di mana mereka berada.

Oleh itu, sentiasa berfikir gelas separuh penuh berbanding separuh kosong. Lebihkan sifat yang melihat kepada nilai yang ada berbanding nilai yang tidak nampak.

Jika inginkan arah yang lebih baik untuk hidup, bermulalah menanam sikap yang sesuai dan jauhi sikap yang menghentikan langkah kita.

Kerana arah kita sememangnya sangat bergantung dengan sikap sendiri.

Soalan : Perlukan kita bersikap positif dalam setiap aspek hidup kita dan kenapa?

Sunday, May 5, 2013

SELAMAT MENGUNDI SEMUA RAKYAT MALAYSIA

ekian lama telah meninggalkan blog ini, semoga ianya masih releven kepada para pelawat dan pembaca  yang punyai pandangan sama dan mencuba bersama menambah ilmu.

Hari ini 5 Mei 2013, adalah hari dimana seluruh rakyat rakyat Malaysia menggunakan kuasa memilih untuk menentukan nasib 5 tahun akan datang tempat masing-masing dan yang juga akan menentukan nasib negara.

Selepas pembubaran parlimen oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, bermula 20 April 2013 sehingga tengah malam 4 Mei 2013, setiap jentera parti melancarkan kempen untuk memancing setiap individu pengundi di seluruh negara.

Apa yang dilihat setiap perkara diungkit dan diperkatakan untuk memanipulasi pemikiran setiap rakyat. Tidak peduli sama ada ia isu tentang polisi, kewangan, isu peribadi dan tidak terlepas juga isu agama. Selagi ada ruang untuk menyatakan mereka terbaik dalam bidang tersebut, sekecil mana pun ia akan terus dibesarkan.

Tidak terlepas juga kepada rakyat-rakyat yang mempertahankan pendirian masing-masing. Yang lemah lembut mula menjadi sangat ekstrem. Tapi, saya pasti jika ditanya apakah kebenaran yang cuba dipertahankan mungkin hanya mendapat jawapan yang tidak "memuaskan hati". 

Menjengkelkan.

Apapun, terserahkan kepada pemikiran dan pilihan masing-masing. Undi anda pilihan anda. Pilihan setiap anda akan menentukan nasib negara.

Selamat mengundi rakyat Malaysia.