Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

S elepas tahun yang agak mencabar dan penuh dengan segala pancaroba dan hikmah dalam tahun 2013, kini semua kita menjejak kaki dalam tahun baru masihi Tahun 2014. Mungkin ada yang sudah menetapkan matlamat-matlamat baru ketika sudah masuk tahun baru Hijrah. Mungkin juga akan menetapkan matlamat dalam tahun baru ini - terpulang dengan keselesaan masing-masing.

2014
Namun, itu adalah sebuah matlamat yang kita sudah tulis dan akan capai dalam tahun yang sedang kita berada.


Tapi, sudah tercapaikah matlamat atau objektif yang diingini? Atau masih dalam pembikinan atau sudah tidak tahu apakah matlamat sebenar dalam tahun tersebut. Tidak dapat dinafikan, ini kerana kita adalah manusia biasa yang hanya ruang masa yangt sangat sedikit untuk mendapatkan segalanya.

Saya sendiri juga begitu, permulaan yang kita sudah ditetapkan tidak akan pasti tercapai seperti apa yang kita tetapkan. Akan ada sahaja perkara yang akan mengubah corak dan keadaan pada sesuatu masa. Itu kerana menentukan sesuatu hanyalah kerja Allah swt.  Terima kerana setiap satu perkara punya hikmah dalam kejadiannya - walaupun seburuk mana keadaannya.

Jadikan pengalaman tahun 2013 untuk menentukan hala tuju kita dalam tahun 2014. Jadikan ia sebagai iktibar dan batu loncatan untuk mencapai tempat yang lebih tinggi. Disiplin dan terus cekalkan hati, yang penting jangan pernah berhenti bersabar. Kemenangan selalu hadir kepada mereka yang sabar. 

Akhir kata, saya ucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua. Semoga tahun ini akan memberikan lebih banyak kejayaan kepada semua. 

Sedikit kata-kata bijaksana ;

Kita tidak akan mampu memulakan helaian baru, jika kita hanya asyik berhenti dan membaca dihelaian lama.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

4 comments:

  1. Assalamualaikum.

    For sure, terima kasih banyak kerana menjadi sahabat maya saya :)
    Banyak input saya dapat dari sini.

    Semoga abgtaliff berjaya dalam apa pun bidang yang diceburi. ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.